[REVIEW] HATIMU BUKAN MILIKKU

Hatimu Bukan Milikku oleh Pena Merah

Daniel dan Zulaikha berdepan dengan dugaan apabila belum dikurniakan cahaya mata. Ditambah lagi dengan desakan Puan Ramlah, ibu kepada Daniel yang menyebabkan mereka semakin tertekan.

“Bila kau nak bagi aku cucu? Aku ni dah lama kempunan nak ada cucu. Jiran sebelah rumah aku tu pun dah lama ada cucu, tau. Sekarang dah nak sambut cucu yang kelima pula tu. Kau dengan Daniel bila lagi? Tunggu aku tutup mata dulu baru nak bagi?”

Keadaan itu membuatkan Daniel terlebih dahulu membuat ujian kesihatan tanpa Zulaikha. Daniel disahkan mandul dan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Zulaikha. Disebabkan rasa bersalah terhadap Zulaikha kerana dia yang menjadi punca kegagalan mereka mendapatkan zuriat, dia berhasrat mahu melepaskan isterinya itu. Dia mahu Zulaikha mencari kebahagiaan dengan lelaki lain.

“Aku nak bahagiakan dia dulu sebelum lepaskan dia.”

“Kau nak bahagiakan dia dan lepas tu, kau nak lepaskan dia? Ya Allah, Daniel. Sampai hati kau buat dia macam tu. Kau tahu tak, apa yang kau buat ni tak masuk akal? Sepatutnya kau buat dia bencikan kau, bukannya buat dia sayangkan kau lebih!”

Keadaan makin kusut dengan adanya Sarah yang berhasrat mahu merampas Daniel. Dia adalah kawan baik Zulaikha yang menyimpan dendam terhadap Zulaikha.


Hai semua! Min nak minta maaf kepada semua pembaca Blog E-Sentral kerana agak lama juga min tak update review dekat blog ini disebabkan kekangan masa yang menyebabkan min tak sempat nak update. Oleh itu, harini min nak kongsi satu review yang bergenre percintaan bertajuk Hatimu Bukan Milikku dari Pena Merah.

Kisah ini mengisahkan tentang kehidupan konflik suami isteri, Daniel dan Zulaikha bersama ibu mertuanya iaitu Puan Ramlah. Zulaikha ini seorang yang penyabar dan memendam segalanya didalam hatinya apabila sering dimarahi oleh itu mertuanya. Segala caci maki yang dilemparkan oleh ibu mertuanya dianggap sebagai nasihat dan peringatan untuk dirinya walaupun kadangkala kata-katanya itu menguris hati. Walau bagaimanapun, Zulaikha masih menganggap yg ibu mertuanya itu sebagai ibu kandungnya.

Disebabkan impian Puan Ramlah untuk dapatkan cucu, dia sering memaksa Daniel dan Zulaikha untuk adakan zuriat mereka sendiri. Disebabkan itu, Daniel dan Zulaikha sering bertengkar diantara satu sama lain kerana mereka telah berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Zulaikha sering mencadangkan suaminya untuk melakukan ujian kesuburan. Tetapi, disebabkan keegoan yang dimiliki oleh Daniel menolak cadangan itu dengan mengatakan dirinya sihat seperti orang lain. 

Pada suatu hari, Daniel nekad untuk membuat ujian kesuburan itu. Selepas mendapatkan keputusan yang dirinya itu mandul, Daniel berasa kecewa dan kesal keatas dirinya sendiri kerana sebelum ini dia telah menuduh yang isterinya itu mandul.

Buku ini sesuai untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk kita semua terutamanya mereka yang telah berumah tangga. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/355102

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *