[REVIEW] DI PENJARA DAISY

Di Penjara Daisy Oleh Amwa

Kemunculan seorang lelaki bernama Rafael dalam hidup bosan si Doktor Gigi Daisy telah merubah segalanya. Mempunyai sejarah memalukan yang sama menjadikan diri mereka merasa serasi dalam berkongsi kesemuanya. Rafael pernah mengelar pergelangan tangan sendiri dan Daisy pernah mencari pelbagai metod untuk membunuh diri. Mereka terus menjadi teman pada awal perkenalan. Rafael mula jatuh cinta dan Daisy turut merasakan hal yang sama. Mereka mengakui mutualnya cinta namun mereka bersetuju untuk menolak sebarang hubungan. Kedua-duanya punya alasan. Rafael memilih untuk menceritakan tetapi Daisy tetap pendirian.

Aizan si kekasih lama sentiasa datang. Daisy tidak menolak peluang. Aizan tidak pernah putus menyimpan harapan dan Daisy tidak pernah menyimpan kenangan. Segalanya adalah rahsia masa silam. Mereka kekal berhubungan hanya untuk menggembirakan cahaya mata Aizan.

Rafael makin lemas dalam rasa cinta. Janji mereka untuk hanya berteman cuba dileraikan tetapi Daisy masih tetap dengan pegangan. Wanita itu cukup trauma dengan penjara masa silam. Rafael tidak mengalah namun rahsia yang disimpan kemas oleh si pemilik hati telah pecah merosakkan kepercayaan.

Rafael kecewa.

Daisy tidak mahu melakukan kesilapan yang sama. Cahaya mata Aizan adalah yang utama. Rasa cinta buat Rafael tidak mampu meruntuhkan kasih sayangnya. Daisy tidak akan pernah meninggalkan kesilapannya yang bernyawa, cahaya mata Aizan yang dilahirkannya. Farina Dahlia; kesilapan Daisy yang penuh makna.

Rafael sedar ketelanjurannya. Daisy diajak berbincang dan rasa yang ada cepat saja mencairkan tembok yang terbina. Rafael dan Daisy kembali bersama, kali ini tanpa sebarang rahsia.

Aizan tak pernah mengalah. Dirinya dipenjara oleh rasa cinta dan kerinduan pada Daisy. Wajah Farina mirip Daisy dan itu yang menyelubungi hati. Daisy dipujuk untuk kembali.

Rafael sedar kedudukan diri. Daisy dan Aizan sudah lama bersama dan Farina perlukan sang bidadari. Rafael tak sanggup lagi hidup bersendiri. Satu saja cara untuk hilangkan rasa hiba dihati; bunuh diri.

Jantung Rafael yang terhenti membuatkan Daisy tersedar yang betapa dia memerlukan si lelaki. Hilangnya nafas Rafael menyedarkan Daisy yang dirinya terpenjara oleh cinta di hati. Bantuan pernafasan diberikan berkali-kali.

Umur Rafael panjang dan Daisy anggap itu peluang. Lamaran Rafael diterima dan segala trauma cuba dilupakan. Mereka bahagia meniti hari yang mendatang.


Bagi admin, novel ni agak berat sedikit untuk remaja. Watak utama, Doktor Daisy adalah seorang yang baik cuma perwatakannya itu agak lain sikit. Boleh dikatakan sedikit agresif hahahaha. Watak watak yang lain pun banyak yang baik cuma tu lah perangai sebenar mereka agak keterlaluan la. 

Novel ini mengisahkan seorang wanita bekerjaya yang terperangkap dengan rasa untuk tidak memberikan hatinya kepada mana mana lelaki dan berjanji tidak akan jatuh cinta sehinggalah dia berjumpa dengan Rafael. Namun, pada permulaannya beliau tetap dengan pendiriannya tetapi lama kelamaan, dia rasa dia perlukan seorang lelaki dalam hidupnya setelah satu tragedi terjadi. 

Kemunculan kekasih lama bersama anaknya telah menggugat kedudukan Rafael. Walau bagaimanapun, Daisy meyakinkan Rafael dengan mengatakan perasannya terhadap Aizan dah lama padam. Dia hanya baik dengan Aizan kerana anak perempuannya. Anak perempuan Aizan sangat rapat dengan Daisy. Kerisauan Rafael bertambah apabila dia mengetahui bahawa Aizan merupakan bapa tunggal kerana dia sudah bercerai dengan mama Farina. 

Novel ini sangat seronok untuk dihayati dan banyak pengajaran boleh didapati. Penuh dengan dugaan kehidupan dan kemanisan kehidupan. Bak kata orang putih, balance gitu! Apa yang baik kita ikutkan, yang buruk kita jadikan sebagai pengajaran. 

Novel ini sangat sesuai untuk lewat remaja jadikan bahan bacaan semasa waktu lapang. Bagi admin, novel ni sangat best dan ada scene yang meleleh air mata bila baca. Biasalah, min ni sensitif orangnya. Huhuhuhuhu.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/346810

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *