Pelancaran eusahawan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak

internetsiri1-medium

EBUKU Interaktif Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 Oleh Wan Nong Muzafar

Sebentar lagi ebuku interaktif yang berjudul Kuasai Perniagaan Internet akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini yang akan dibawakan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC], Kuala Lumpur.

Ebuku interaktif yang bakal dilancarakan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu para usahwan dalam menceburi perniagaan online. Sememangnya, kami berharap lebih ramai para usahawan internet akan tertarik dengan buku ini seterusnya mengaplikasikan dalam perniagaan mereka.

Bersama ini juga, ada  Video Kata Aluan ebuku interaktif oleh Dato’ Yasmin Mahmood yang bertajuk Kuasai Perniagaan Internet .

Kepada yang berminat untuk mendapatkan ebuku interaktif ini boleh terus layari laman web kami e- Sentral. Kami juga akan bawakan kepada anda secara lansgung mengenai majlis pelancaran itu sebentar lagi. Itu sahaja untuk setakat ini. Nantikan update terbaru dari kami mengenai majlis tersebut.