Esentral di Majlis Pelancaran Buku Teks Digital Kementerian Pendidikan Malaysia

Majlis pelancaran Buku Teks Digital Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung pagi tadi di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh. Kami dari pihak eSentral telah berkesempatan untuk menyertai majlis ini dengan menghasilkan prototaip buku teks digital yang dilancarkan. Kami juga merupakan salah sebuah pempamer produk buku digital interaktif. Selepas majlis perasmian, YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh sempat berkunjung ke bilik pameran untuk melihat inisiatif buku digital yang telah dihasilkan oleh syarikat tempatan. Klik di sini untuk melihat video montaj yang ditayangkan semasa majlis pelancaran – http://youtu.be/AFNGm-j5cyQ

20140207_110207

20140207_110301