[REVIEW] LOCKED & DOWN (+Delima)

Locked & Down (+Delima) by Ayumi Syafiqah

Hidup Delima – seorang loner – mula berubah sejak Azhad pindah masuk ke rumah depan. Ada jiran baru kacak, dalam diam Delima simpan minat. Tapi keadaan jadi huru-hara Delima secara tak sengaja ternampak seorang perempuan di balkoni rumah Azhad. Lebih teruk lagi, bila dua hari lepas tu perempuan tu ditemui mati oleh pihak polis!

Delima mula lancarkan misi sendiri.  Dia perlu siasat sama ada betul atau tidak Azhad itu seorang pembunuh.

Tapi makin dia libatkan diri, makin jauh pula dia terheret masuk dalam hidup Azhad.

“So, in other words, you were spying on me?” – Azhad

“I prefer the term ‘friendly watching from afar’.” – Delima


Hai semua! Entry kali ni min nak share dengan korang cerita yang agak action tapi boleh buat screen korang semua bersemut yaa. Kali ni min nak ulas sebuah cerita yang bergenre romantik dan action yang bertajuk Locked & Down.

Novel ini mengisahkan tentang Delima dan Azhad yang berkenalan secara tiba-tiba atas tindakkan Delima yang menuduh Azhad adalah seorang pembunuh terhadap Hanim. Disebabkan keterujaan Delima untuk membongkarkan kebenaran yang mengatakan Azhad itu seorang pembunuh, akhirnya, misi untuk mencari kebenaran itu gagal dan terbongkar. Selepas mendengar penjelasan dari Azhad, Delima mula memahami dan dia juga telah ditawarkan oleh Zaidi untuk menyertai penyiasatan mereka. 

Selepas mereka menjalakan siasatan mereka, Zaidi mengarah Azhad dan Delima untuk pulang dulu ke kediaman mereka kerana hari sudah lewat. Dalam pejalanan mereka pulang ke kediaman, mereka tidak sedar yang kereta mereka telah diekori oleh sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti. Selepas Delima menaiki rumah, nalurinya mengatakan bahawa ada sesuatu entiti yang sedang mengikorinya dan secara tiba-tiba dia diserang oleh entiti tersebut. Pada saat Delima tengah bergelut dengan entiti tersebut, dia telah diselamatkan oleh Azhad yang tiba-tiba muncul.

Selepas insiden itu berlaku, Delima tidak keluar dari rumah dan menutup semua langsir dirumahnya akibat trauma dari insiden itu. Selepas seminggu, Delima tergerak hati untuk ke balkoninya untuk menjenguk keadaan Azhad. Dia dapati terdapat kertas yang ditampalkan di balkoni milik Azhad yang menanyakan khabar Delima. Selepas mereka bersoal jawab memalui kertas yang ditampal di balkoni mereka, akhirnya Delima bersetuju untuk berjumpa dengan Azhad. Pada perjumpaan itu, Azhad ingin meluahkan hasrat hatinya terhadap Delima. Delima terkejut atas luahan hati tersebut kerana dia menganggap hanya dia saja yang menyukai azhad dalam diam. Bak kata perpatah, mereka ini bagaikan asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351953

[REVIEW] KESAL YANG BERBISA

Kesal Yang Bersisa Oleh Arsha

Seperti mana pasangan lain yang berkahwin, Kamalia dan Naim berkahwin atas rasa cinta antara kedua-duanya. Dikurniakan tiga orang cahaya mata atas keizinan-Nya. Namun dalam kebahagiaan yang dibina, ada hati yang terluka tanpa sengaja.

“Biarlah dia orang tu. Dia orang tak nak jaga, abang mampu lagi nak jaga ayah tu.” – Naim

“Tulah abang! Balik-balik, biarlah… biarlah! Sebab abang biarlah, semua adik-adik abang lupa diri. Tak ingat langsung kat ayah!” – Kamalia

Ayah Chu sering menjadi punca perbalahan antara Kamalia dan Naim. Ayah Chu yang lebih banyak bergantung kepada anak sulungnya, Naim memandangkan anak-anak yang lain tidak mempedulikannya. Itu yang menjadi punca terbesar kedinginan Kamalia.

Kesabaran Naim tiba ke kemuncak apabila kata-kata isteri tersayang berterusan menyakiti hati ayahnya.

“Ingat Lia… abang ni suami Lia. Sabar abang ada limit. Kalau Lia dah tak suka sangat abang jaga ayah, Lia boleh…” – Naim

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Antara cinta kepada sang isteri dan kasih buat seorang ayah. Kedua-duanya adalah amanah daripada-Nya.

Naim buntu. Perngorbanan apa yang perlu dilakukan agar tiada lagi yang terluka?


Hi semua. Okay, entry kali ni min nak korang semua ubah mood korang semua kearah alam rumah tangga. Macam biasalah, adat rumah tangga ni mesti ada asam garamnya. Ada kalanya manis-manis belaka, ada kalanya pahit untuk ditelan. So, kali ni min nak korang semua dalami peristiwa dan ikhtibar yang dapat diambil dari novel ni.

Novel ini mengisahkan sepasang suami isteri, Naim dan Kamalia, serta bapa mertua kepada Kamalia iaitu Ayah Chu. Naim dan kamalia juga telah dikurniakan tiga cahaya mata yang melambangkan kasih sayang sepasang suami isteri ini. Disebabkan perasaan amarah dan ketidakpuasan hati Kamalia terhadap adik-beradik Naim telah menyebabkan keberantakkan pasangan suami isteri ini. Naim ingin bertindak adil dalam setiap tindakkan yang dia lakukan terhadap isteri dan bapanya. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Antara cinta kepada sang isteri dan kasih buat seorang ayah.

Buku ini sesuai dibaca dari peringkat remaja hinggalah dewasa kerana buku ini dapat mengajar kita erti kasih sayang. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351853

[REVIEW] AKU TUNGGU DIA

Aku Tunggu Dia Oleh Nurul Jannah

NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang. Dirinya dikelilingi sahabat-sahabat yang gila-gila dan satu kepala dengannya. Dia juga dicintai Iqmal Hisyam tetapi dia tidak pernah membalas kasih lelaki itu. Hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Fazar Azameer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina tetapi lelaki itu juga yang terus bertakhta dalam hatinya. Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit daripada koma, dia memberi kejutan. Tetapi dia lebih terperanjat dengan kejutan yang diterimanya. Rupa-rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali tetapi dia perlu memberi nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya. “Memang saya sayangkan awak, Fazar. Tapi saya tak pernah doakan perpisahan tu. Saya tahu awak sayangkan Fasha. Dan saya…” ~ Nadia Asyila

“Layak ke untuk aku mencintai kau? Kau terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya insan sebaik Fasha yang layak miliki hati aku. Dia sanggup undur diri untuk beri ruang pada insan kotor macam kau.” ~ Fazar Azameer

“Kenapa aku diduga sebegini? Kenapa kau masih datang jumpa aku? Kalau peluru tadi tak terkena Nadia, pasti akan tembus badan kau. Kau masih lagi nak jumpa aku? Aku jahat, Fazar.” ~ Iqmal Hisyam


Entry kali ini, min macam biasa pilih cover yang comel comel, cantik cantik, warna warni, ada vibe sweet and romantik gitu. Anda semua pun dah tahu kan perangai min macam mana hehehe. Tapi kalini pilihan min tersasar. Ku sangkakan ini buku romantik sweet, rupanya kisahnya sedih dan pilu. Tak pasal pasal tisu kat rumah min habis sekotak. Huhuhu.

Okay, novel ini mengisahkan seorang anggota polis perempuan, Nadia Asyila, yang sangat setia mencintai seorang jejaka yang sesaat pun tidak pernah mencintainya. Orang kata, cinta bertepuk sebelah tangan lah, senang cerita. Akan tetapi, terdapat seorang lelaki lain yang menaruh perasaan kepada Nadia namun, sedikit pun tidak dibalas oleh Nadia. Sensitif betul la min kalau cerita cerita unrequited love ni atau dalam bahasa melayu nya, cinta tiga segi. Nadia tu sanggup bertekak untuk menegakkan benang yang basah dan sanggup tunggu si Fazar tu sampai bila bila.

Tapi, penantian Nadia tu tak sia sia. Orang kata kebenaran itu pahit. Fazar sedar cintanya dikhianati oleh Fasha setelah kebenaran terbongkar, kembali menagih cinta Nadia. Malu tolak ketepi. Sayangnya Nadia coma. Sedar je, dia mencari Syam..lelaki yang tulus mencintainya. Fazar kecewa kerana lafaz cinta ditolak. So, apa kesudahannya? Siapakah yang Nadia pilih? Haaa… Jeng jeng jeng…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351825

[REVIEW] JEJAKA HAZEL UNTUK ORKED

Jejaka Hazel Untuk Orked Oleh Ain Mshitah

Tristan Orked, seorang gadis bandar berperangai gila-gila dan selamba. Hidupnya bahagia di samping keluarga tercinta. Pertemuan secara tidak sengaja dengan jejaka bermata hazel, membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah.

“Awak tak pandai bawak motor ke?”

“Patah sikit pun nak kecoh.”

Speechless! Orked terkedu. Pertemuan demi pertemuan menyebabkan jejaka hazel yang mesra disapa Kael mendekatinya. Lebih mengharukan apabila hubungan Orked dan kekasihnya putus di pertengahan jalan. Surat ugutan mula diterima sehingga Orked berasa diburu seperti bayang-bayang yang sentiasa mengikuti ke mana sahaja dia pergi. Dia berasa takut dan cemas. Kael pula muncul sebagai pelindung.

“Shh… jangan takut. Aku ada. Aku akan jaga kau. Percaya cakap aku.”

Adakah Kael berpegang dengan kata-katanya yang mahu menjaga gadis itu? Adakah Kael akan munculkan diri tatkala nyawa gadis itu dalam bahaya?

“Seinci kau bergerak, peluru ni akan tembus kepala dia.” – DM

Siapakah sebenarnya Hans Mikael? Apakah kaitan Orked dengannya? Mengapa Orked diburu?


Okay, kalini min kembali dengan novel cintan cintun! Anda pun tahu kan min ni suka pilih novel yang cover nya menarik hati min. Anda tengoklah cover novel ni, dia macam tahu tahu je min lemah dengan orang handsome ni. Jadi, tu lah sebab min bersungguh nak review novel ni hehehe. 

Mari kita ke pengenalan novel ni. Novel ini berkisahkan seorang gadis yang berperwatakan outgoing yang mempunyai kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang. Kehidupan dia berubah serta merta setelah bertemu dengan seorang jejaka yang mempunyai mata yang sangat cantik berwarna hazel. Sejak Orked putus dengan bekas kekasihnya, Orked sering diburu dan mendapat surat ugutan. Kael, jejaka bermata Hazel muncul sebagai pelindungnya tatkala menerima segala ancaman.

Buku ini sesuai untuk dibaca dari remaja hinggalah ke dewasa. Min mendapati buku ini mempunyai banyak pengajaran daripada setiap watak. Jadi, min sangat recommend buku ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351852

[REVIEW] MISS GENIUS MATEMATIK

Miss Genius Matematik Oleh Haryani Kamilan

Kelas 4D dapat pelajar baru! Nampak macam sombong tapi rupanya baik hati. Lily Si Genius Matematik banyak membantu kawan-kawan, tetapi sebenarnya dia juga ada kelemahan. Lily sangat sukar menghafal, subjek lain selalu gagal. Ayahnya pula garang bukan main, sebatan rotan jadi makanan.

Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak lama lagi. Lalu Lily merancang sesuatu, komputer sekolah akan digodam. Soalan bocor amat diidam. Namun lain pula yang berlaku, perbuatan Lily dihidu guru.

Adakah Lily dapat lepas? Ataupun ada hukuman sedang menunggu?


Haaa harini min pilih buku remaja untuk dibuat ulasan. Tajuk dia gempak kan sebab min rasa dulu masa kat sekolah pun min macam dia. Cewahhh up diri sendiri hahaha. Siapa lagi nak up diri sendiri kalau bukan kita. Ye dok? Hahaha. 

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar baru yang otak dia betul betul otak matematik. Yang macam kalau baru pandang nombor je dah tahu jawapan. Jadi, dialah kaunter pertanyaan matematik dalam kelas selain cikgu. Tapi, kebiasaan orang yang mempunyai otak matematik ini ada satu kelemahan lain iaitu sukar menghafal. Subjek subjek teori ni memang musuh budak matematik.

Banyak pengajaran sebagai seorang pelajar dan seorang rakan dalam novel ni. Jadi, ia amat sesuai dibaca dari peringkat umur masih muda. Bacaan pun santai je. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349050

[REVIEW] UNTUK KITA

Untuk Kita Oleh Aliahnawal

Keluar bermusafir wahai penghuni bumi

Jelajahi setiap pelosok dunia

Mengembara mencari hikmah

Berdagang dengan setiap hamba

Pelajari ilmu dan rahsia alam

Sampai bila engkau harus berada pada tempat yang sama?

Aku tahu tak mudah

Untuk kau pasak dan tekadkan hati

Untuk keluar dari zon yang kau selesa

Untuk berjalan dengan langkah pertama

Namun percayalah, ia berbaloi

Dan kau akan kenang bagaimana

Indahnya menjadi berani.

Berhijrah ke arah kebaikan

Tinggalkan yang duka

Kau akan terus menjadi kuat

Malah sebaik-baik manusia apabila

dia memberi manfaat kepada orang lain.


Okay harini min nak buat review lain sikit. Selalu min review novel cintan cintun kan, harini min nak review novel yang bahasanya begitu puitis. Hahaha taktahu la tiba tiba je nak mood puitis. Novel Untuk Kita karya aliahnawal ni banyak menceritakan atau membicarakan tentang hal yang berkaitan islam atau lebih tepat motivasi cara islamik. 

Buku ini mempunyai 20 bab kesemuanya dan penulis menggunakan bahasa yang sangat indah dan puitis. Min baca buku ni dengan gaya sekali tau haa hahaha. Apa yang min dapat simpulkan, terlalu banyak pengajaran yang penulis ingin tonjolkan dengan cara kiasan. Yang paling terkesan kepada min adalah ada satu bab ni yang ingin menyampaikan mesej supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dengan tidak membandingkan diri kita dengan orang yang ada lebih daripada kita. Sebaliknya, pandanglah yang ada dibawah kita. Sebak min baca.

Selain itu, ada juga pengajaran seperti sebagai hamba di muka bumi ini, kita digalakkan mengembara. Macam min, min suka frasa “jauh berjalan, luas pemandangan”. Buku ni menggalakkan kita untuk menerokai dunia ciptaan Tuhan supaya kita sentiasa mengucapkan syukur kepada Tuhan. 

Bagi min, buku ni memang amat sesuai dibaca semua lapisan umur kerana pengajaran yang banyak boleh diterapkan dalam diri setiap individu. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349120

[REVIEW] TIADA DIRIMU

Tiada Dirimu Oleh Eliza AB

Hanya kerana satu insiden, Dalia dan Shafiq terpaksa hidup dalam pelarian. Shafiq sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi keselamatan Dalia. Selama 2 tahun Shafiq memegang rahsia. Jika dengan rahsia itu membuatkan dia menerima segala cemuhan dan pukulan, dia sanggup demi adiknya, Dalia.

“Maafkan aku, Dalia. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. Ada baiknya kau tak tahu siapa mereka tu semua.” – Shafiq Akmal

Shafiq dan Dalia kemudiannya dipertemukan dengan Rafiq Adam. Pertemuan itu berlarutan sehingga membawa kepada satu perhubungan yang mesra dan istimewa. Rasa sayang dan kasih kepada Rafiq berputik dalam hati tanpa Dalia sedari. Namun dia sedar, siapalah dia untuk memasang impian bersama dengan Rafiq. Dia hanya seorang gadis selekeh yang dipandang sebelah mata oleh Rafiq.

“Kau kena cermin diri kau tu dulu, Dalia. Kau tu siapa? Dia tu siapa? Mana nak sepadan.”  – Dalia Imani

Kehadiran Dalia di syarikat tidak disenangi oleh Ziqri Arif. Dia turut berpakat dengan Azie yang sememangnya tidak menyukai kehadiran Dalia di syarikat itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka berdua demi untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat.

“Lepas ni kau jangan nak main-main dengan aku, Dalia. Aku boleh buat kau berhenti daripada syarikat ni. Ini amaran aku buat kau.” – Azie

Sikap ambil berat Rafiq terhadap Dalia menambahkan lagi kebencian Ziqri terhadap gadis  itu. Tatkala dia mengetahui tentang perasaan Dalia terhadap Rafiq, dia memasang rancangan. Baginya, Rafiq tidak layak untuk bahagia setelah apa yang dilakukan oleh Rafiq terhadapnya pada 2 tahun yang lepas.

“Aku tak akan mengaku kalah, Raf. Aku akan pastikan orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau. Aku akan balas dendam atas apa yang telah kau lakukan pada aku dahulu.”  – Ziqri Arif

Peristiwa yang berlaku kepada Shafiq menyebabkan Dalia berputus asa. Demi sebuah rahsia dan kebenaran memaksa Dalia untuk menerima tawaran Ziqri. Hanya dengan bantuan Ziqri, dia dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama menghantui hidupnya dan Shafiq.

Tawaran apa yang ditawarkan oleh Ziqri kepada Dalia? Rahsia apa yang disembunyikan oleh Shafiq selama 2 tahun? Apa yang telah dilakukan oleh Rafiq sehingga menyebabkan Ziqri berdendam?


Okay anda semua tahu kan admin suka pilih novel untuk diulas berdasarkan cover book dia. Hehehe. Cover book kali ni aesthetic kan? Admin suka! Baca tajuk dia automatik rasa nak menyanyi lagu Shila Amzah yang tajuknya sebiji macam tajuk novel ni, Tiada Dirimu. Hahaha okay focus

Novel Tiada Dirimu ni berkisahkan tentang sepasang adik beradik yang hidup seperti pelarian akibat sebuah insiden yang menimpa diri mereka. Pada suatu hari, Dalia dan Shafiq bertemu dengan Rafiq dan mereka menjadi rapat dari hari ke hari tetapi bagi Dalia, timbul satu rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Dalia merasakan ada sesuatu yang berputik dari dirinya untuk Rafiq.

Setelah pertemuan itu, Dalia bekerja sebumbung dengan Rafiq. Namun, ada yang tidak menyenangi kehadiran Dalia. Ziqri, yang menyimpan dendam kesumat terhadap Ziqri bersekongkol dengan Azie untuk menyingkirkan Dalia dari syarikat itu. Apa yang akan berlaku seterusnya? Haaa kalau nak tahu, apa lagi? Min dah selalu pesan kan? Tahu kan nak buat apa? Hujung entry ni min tepek link okay!

Bagi admin, novel ni sesuai dibaca oleh remaja hingga lah ke orang tua sebab tiada apa yang berat pun so boleh enjoy, bukan lah enjoy, maksud min boleh menghayati penceritaan yang hendak disampaikan oleh penulis. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349119