[SNEAK PEEK] FILOSOFI MAK SINGA

Filosofi Mak Singa Oleh Anie Alja

 

“Boleh percaya ke?” soal acik mencebik, menggeleng dengan gelagat muda-mudi sekarang.

Alkisahnya, adik menceritakan gelagat seorang anak buah yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Kononnya, selama dia membesar dengan mak ayah, sedikit pun dia tidak tahu bahawa petang sebelum raya adalah petang paling sibuk dalam setahun. Petang sebelum raya adalah petang yang paling melelahkan seorang ibu dan kaum keluarga untuk menyiapkan jamuan raya.

“Habis, selama ni dia makan ketupat dan rendang, segala mak nenek juadah tu, dia tak tahu maknya masak?” soal adik yang lain, pun menggeleng tanda tidak percaya.

Kami sama-sama naik angin.

….

Si anak buah yang bergelar isteri baru menyedari betapa sibuknya petang sebelum raya apabila beraya di rumah mentua. Barulah tersedar yang selama ini, maknya yang bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah raya. Apa yang dia tahu, semuanya siap dimasak dengan pelbagai menu terhidang di atas meja.

“Selama ni, mak dia tak pernah ajak memasak ke?”

“Mak sorang-sorang duduk di dapur, dan anak-anak berkurung di dalam bilik?”

“Haih, baiknya mak dia. Dapat mak kita, memang kena hamput!”

Berselang-seli kami menyoal, masih tidak percaya cara sesetengah mak mendidik anak-anak.

“Hantaran kahwin bukan main mahal!” tempelak adik bujang acik yang mencuri dengar perbualan kakak-kakaknya.

Dan ini bukan kes terpencil. Bukan juga keluarga kaya-raya yang harta tidak habis dimakan tiga keturunan. Ini kisah keluarga kampung biasa-biasa, tetapi anak-anak dididik sungguh ‘luar biasa’.

….

“Kalau tak tahu masak sekalipun, duduk dan tunggu di dapur. Potonglah apa-apa yang patut. Basuh pinggan mangkuk dalam singki,” pesan mak kepada semua anak perempuan.

Alhamdulillah, kami memang ikut pesanan mak apabila balik ke rumah mentua. Kalau terlupa sekalipun, suami pasti akan jentik supaya acik beredar masuk ke dapur.

Pemerhatian acik sekian lama, jika isteri jenis malas ke dapur memanglah menjadi titik panas antara menantu dan mentua. Siapalah yang boleh bersabar, kan? Nak makan sama-sama, masuklah ke dapur bersama. Walaupun si isteri pegang jawatan pengarah di pejabat, tetapi balik ke rumah mentua jadilah menantu.

Masuk ke dapur dan masak bersama mentua.

“Oh, my mother in law baik… mulut tak panas,” mengelat seorang isteri pemalas.

Ya, mentua Melayu baik di depan tetapi mengutuk di belakang. Panas telinga ipar-duai mendengar umpatan mak mentua tentang menantu yang malas ke dapur. Tolonglah, janganlah bajet suci seolah-olah kita dari planet Marikh. Tidak ada orang yang suka menyusahkan diri sebab melayan kita yang tak sedar diri.

Sekali-sekala orang mungkin boleh bermanis muka, tetapi apabila sudah selalu dan tidak ada segan-silu, pasti orang akan berbunyi.

Ada juga anak lelaki jenis bebal. Tidak dicuit isteri supaya masuk ke dapur menolong si ibu. Tuli dan buta tidak berperasaan, sampai hati melihat si ibu berpeluh-peluh menyiapkan makanan di dapur untuk dia dan anak-beranak.

Acik sudah puas melihat fenomena ini dalam keluarga marhaen.

Tolonglah, jangan buat mak atau mentua macam orang gaji.

Tolonglah, jangan jadi menantu yang buta hati dan akal.

Tolonglah, jangan jadi anak lelaki yang dayus.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277293/Filosofi-Mak-Singa

[REVIEW] UPDATE IMAN LAJU-LAJU

Update Iman Laju-Laju Oleh Ahmad Damha

Jahanam Niat Mulia Timah Hamit cuti hari tu. Dia duduk saja-saja kat rumah.Badannya tak sihat, nak pergi kerja pun liat. Dah sangap tengok TV dari pagi, nak tidur pulak awal lagi, dia pun pasang laptop, nak melayari Internet katanya. Dia buka blog-blog orang, dah bosan baca gosip-gosip artis dan sebagainya, dia pun buka youtube pulak. Nak try dengar ceramah-ceramah agama niat asalnya. Kot- kot ada ilmu boleh dapat sebelum mengantuk matanya. Nak eja “ceramah”, dia pun taip c….baca seterusnya 119 ——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————— Unta from Australia Mus: Alhamdulillah ustaz, saya dah pun sempurnakan ibadah korban saya tahun ni. ustaz: Alhamdulillah, bagus. Enta Korban lembu ke kambing? Mus: Unta, ustaz. Kebetulan ada kenalan saya jual unta. Tapi itulah, ada usykil sikit…..baca seterusnya 25 ——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————- Buang Kotoran Degil Ahmad Damha: Dari tadi saya tengok awak termenung kat situ. Apa yang awak tengok dalam mesin basuh tu, Mah? Nanti dah siap basuh, mesin tu berbunyi, Mah. Tak payahlah awak tunggu. Timah Hamit: Bukanlah, abang. Bila lama-lama Mah tengok baju-baju dalam mesin ni, Mah terfikir. Macam nilah gamaknya orang islam dalam neraka nanti…….baca seterusnya 36 ——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————- Sayang Mucuk Laju-laju Awie taip SMS: “Tayangg masih marah kt B? Dh sminggu Tayang majok ngan B. B tau B salah. sorry Tayanggg…B separuh mati windukan Tayangg..B sayang Tayangg sgt2.” Dah siap taip, Awie send SMS to “Mucuk”. ‘Mudah- mudahan dia maafkan aku.’ Selang seminit, Awie dapat SMS daripada Mus……baca seterusnya 109


Update Iman Laju-laju menceritakan pelbagai kisah dan disebalik kisah tersebut sebenarnya ada perkara yang hendak disampaikan untuk kita jadikan teladan dalam kehidupan seharian kita semua. Novel ini sangat ringkas dan tidak jemu untuk kita membacanya. Ketika saya membaca setiap kisah di dalam novel tersebut, banyak sebenanrnya yang membuat saya terkilan dan jadikan iktibar dalam diri saya. Mesej-mesej yang disampaikan tu begitu mendalam dan boleh kita menelaah dan memperbaiki diri kita sebanyak mungkin. Antara kisah menarik yang ada adalah mendidik anak dari kecil, beza pahala dan dosa, kasih seorang ibu kepada anak-anaknya, bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu, kisah kucing pembawa rezeki dan banyak lagi. Paling best novel ni banyak bagi nasihat dalam bentuk pantun yang sangat menarik. Banyak juga benda yang saya peroleh dalam novel ini. Nak tahu apalagi menarik?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277346/Update-Iman-Laju-Laju

 

[SNEAK PEEK] PROJEK SERAM : TEROWONG

Projek Seram : Terowong Oleh A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, Syasya Bellyna

 

SEKUMPULAN pemuda berjubah dan berketayap putih memasuki tren. Berjanggut kemas dan bercelak di bawah mata. Beberapa orang penumpang berasa kurang senang dengan kehadiran mereka. Ada yang terus bangun dan segera berpindah duduk di tempat lain.

Syed dan kawan-kawan buat-buat tidak endah lalu melabuhkan punggung seperti biasa. Mereka sudah betah dengan penerimaan umum sebegitu. Orang sekarang mudah takutkan sesuatu yang mereka tidak tahu. Dan suka meletakkan penilaian tertentu berdasarkan penampilan luaran seseorang.

“Pandang kita macam nampak hantu,” bisik Hidhir, jengkel.

“Abaikan… bukan kita buat salah pun,” pujuk Syed, malas hendak ambil pusing.

Dia mengitari suasana di dalam tren itu sebelum arah matanya terhenti pada susuk tubuh yang sedang duduk beberapa langkah darinya. Dia seperti mengenali wajah itu.

Syed yakin sekali itu kawan sekolahnya dari tingkatan satu hingga lima. Dia nekad hendak menegur.

“Azlan kan?” sapa Syed.

Azlan yang sedang termenung dek leka memandang butiran air hujan yang melekap di cermin gerabak tren, sedikit tersentak. Latifah yang duduk di sebelah, baru saja terlena.

Azlan mengangguk. Dahinya sedikit berkerut menatap lelaki berjanggut dan berpenampilan Islamik itu. Setelah diperhati lama, wajah di hadapannya itu seperti mengingatkan dia kepada sahabat lama sewaktu di bangku sekolah.

“Syed ke ni? Syed Munawar?”

“Betullah tu! Lamanya kita tak jumpa. Habis SPM, terus lost contact. Kita sekarang pun dah 27 tahun… maknanya dah 10 tahun bro!”

Azlan dan Syed berdakap. Dulu, mereka boleh dikatakan agak rapat berdua.

“Maaflah, lambat sikit nak cam muka kau. Kau dah jauh berubah. Suara kau tu yang buatkan aku masih ingat. Aku habis sekolah, balik kampung. Ni pun baru biasakan diri hidup di bandar. Kau buat apa sekarang?”

“Aku mengajar di sekolah agama. Kau, Lan? Mesti kerja bagus dah ni.”

“Kalau kerja bagus, taklah aku pergi balik naik LRT tiap-tiap hari Syed. Ha… ha… ha… aku kerja biasa aje.”

“Tak apa… asal kerja yang kau buat tu diredai, berkat rezeki dan lapang hidup kau. Syukurlah.”

“Amin, terima kasih Syed.”

Syed memperkenalkan Azlan kepada kawan-kawannya yang lain. Mereka saling berjabat tangan. Dalam pada mereka rancak bersembang, salah seorang kawan Syed yang bernama Hidhir berkerut-kerut hidungnya. Dia terbau sesuatu. Terbongkok-bongkok dia hendak mengintai cermin luar, mencari papan tanda stesen.

“Kita kat mana dah ni?”

“Baru aje lepas stesen KLCC. Lepas ni, stesen Ampang Park. Kenapa, Hidhir?”

Lelaki itu cuma mengangguk. Bau harum mirip bauan bunga kuburan terus-terusan menusuk ke lubang hidungnya. Awalnya, Hidhir mahu mendiamkan saja tetapi apabila kawan-kawannya yang lain turut terhidu bau yang sama, mereka saling berisyarat mata.

Azlan yang menyedari akan tingkah Syed yang seperti menyembunyikan sesuatu, digaru-garu perasaan ingin tahunya.

“Syed, apa yang kau bisikkan dengan kawan-kawan kau tu?”

Syed serba salah hendak memberitahu. Dia merapati Azlan.

“Kami tercium bau wangi. Kau tak bau ke?”

Azlan menggeleng. Tidak pula dia terhidup bau apa-apa. Aneh. Dalam pada Syed, Hidhir dan lain-lain mencari punca bau wangi itu dari mana, suara tangisan bayi hinggap di pendengaran mereka semua.

Syed dan kawan-kawannya pula sudah memandang sesama sendiri. Sehinggalah Azlan sendiri ternampak satu susuk wanita berkerudung di kepala, sedang menimang bayi yang sedang menangis sakan, duduk di bangku paling hujung berdekatan dengan pintu di gerabak sebelah. Kelibat wanita itu membelakangi mereka. Barangkali naik di stesen sebelum ini tadi. Fikir Azlan.

“Anak akak tu yang menangis kuat,” beritahu Azlan kepada Syed.

Tangisan bayi itu semakin lama kedengaran semakin merengsakan. Kasihan kepada si ibu yang cuba menenangkan tetapi kian menjadi-jadi pula esakannya. Syed terpanggil untuk datang menolong. Bayi kalau menangisnya luar biasa, kemungkinan ada sesuatu yang mengganggu.

“Puan,” sapa Syed pendek. Salam yang diberi tidak bersambut.

Wanita itu dilihatnya sedang bersungguh memujuk si anak supaya berhenti menangis. Sekali lagi, Syed memberi salam.

Si ibu berpaling. Perlahan-lahan menunjukkan sisi muka.

Syed terdorong beberapa langkah ke belakang. Meremang dia satu badan. Hampir-hampir hendak terjelepok. Wanita yang ditegurnya itu tidak berwajah. Kulitnya putih pucat serupa mayat. Dan bayi yang sedang didakap kelibat menyerupai wanita itu pula adalah batu nisan. Syed tergemap. Serentak itu juga keseluruhan lampu di dalam tren terpadam tiba-tiba.

Menjerit beberapa orang penumpang perempuan dek kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Pasangan ibu anak yang tertidur tadi, serta-merta terjaga dari lena dek kekecohan yang timbul. Begitu juga dengan Latifah. Celik saja mata, pandangannya jadi gelap. Menggagau dia mencari telefon bimbitnya.

“Lan, awak kat mana?” panggil Latifah, sudah cuak.

“Saya ada dekat sini. Jangan takut.”

“Kenapa gelap aje ni?”

“Saya rasa bekalan elektrik terputus. Tren pun tiba-tiba aje berhenti,” beritahu Azlan.

Masing-masing bergantung pada cahaya telefon bimbit untuk memeriksa apa yang sebenarnya sudah berlaku. Latifah memegang hujung baju Azlan. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya sudah mula menggigil kecil.

“Stesen berikutnya, Kampung Baru.”

Pengumuman dari sistem hebahan tren berkumandang dari salah satu pembesar suara di dalam gerabak tren itu. Azlan berkerut dahi. Apa mungkin dia silap mendengar? Bukankah sepatutnya selepas stesen KLCC adalah stesen Ampang Park?

Baru berdetak rasa pelik di dalam hati, tren yang tadinya terberhenti secara tiba-tiba, meluncur laju sehinggakan hampir semua penumpang di dalam tren, terdorong ke belakang. Ada juga yang terjatuh di lantai gerabak dek tidak sempat memaut pada mana-mana tiang.

“Tren berundur ke belakang!” jerit satu suara, cemas.

Azlan dan Latifah tertelan air liur. Bagaimana sistem perjalanan tren yang sudah dikomputerisasi mengikut jadual sekian-sekian stesen, boleh berubah haluan dengan sendiri? Masing-masing kehairanan.

Tren terus bergerak laju menyongsang arah. Sehinggalah bunyi geselan besi rel berdentum kuat sekali gus membuatkan tren mendadak berhenti untuk ke sekian kali. Latifah terhantuk sisi kepalanya pada tiang dek momentum yang terhasil akibat perubahan halaju itu.

“Auch!” keluh Latifah sambil mengusap-usap bahagian kepalanya yang sakit.

Matanya kemudian melingas ke serata tempat. Keadaan lebih buruk dari sebelumnya. Kalau tadi, meski bergelap, masih ada tempias cahaya yang tembus masuk ke dalam tren itu. Tetapi sekarang, gelap sehingga mereka tidak nampak wajah sesama sendiri.

“Tren dah berhenti,” gumam Azlan.

“Lan, mari kita keluar dari sini. Saya tak boleh ada dalam tempat gelap. Saya fobia,” adu Latifah menunjukkan ciri-ciri seorang penghidap achluophobia.

Azlan mencari Syed dan kawan-kawannya. Dia melihat Hidhir dan dua orang lagi sahabat pemuda itu sedang mengerumuni seseorang. Bergegas dia ke sana.

“Kenapa ni?” celah Azlan apabila melihat riak muka Syed yang ketara nampak berubah.

“Tak ada apa-apa. Mari kita keluar dari sini lekas,” putus Syed tidak mahu memanjang-manjangkan isu.

Kelibat menyeramkan yang dia nampak beberapa minit lepas cuma diceritakan kepada kawan-kawannya.

Azlan, Latifah, Syed, Hidhir dan lain-lain bergerak masuk jauh ke dalam gerabak tren untuk bersama penumpang-penumpang yang lain. Masing-masing panik. Sudahlah tren itu dikendalikan secara automatik tanpa pemandu, dengan siapa mereka hendak meminta tolong?

Semua penumpang yang terkandas berkumpul di gerabak tengah. Azlan sempat mengira berapa orang yang ada ketika itu. 14 orang penumpang termasuk dirinya.

“Tren berhenti dalam terowong bawah tanah… berkemungkinan kita ada di pertengahan terowong di antara stesen KLCC dan stesen Kampung Baru,” ujar salah seorang penumpang.

Latifah sudah berasa sesak nafas. Suasana yang gelap dan terkurung, memburukkan lagi keadaan.

“Siapa tahu nombor telefon kecemasan Putra LRT?” soal Azlan, terfikir akan jalan penyelesaian yang satu itu.

Wanita yang bersama-sama kanak-kanak lelaki tadi, menyahut dari belakang.

“Saya ada nombornya,” jawab Mariam lalu memeriksa data simpanan nombornya.

Belum sempat nombor dihubungi, mereka terdengar bunyi letupan kecil di kepala gerabak diikuti percikan api.

“Tren terbakar!” laung Hidhir apabila memerhati percikan api yang datang dari kepala tren, semakin lama semakin melarat hingga deria hidu masing-masing sudah tercium bau asap. Barangkali kebakaran berlaku disebabkan masalah teknikal pada sistem tren. Atau mungkin disambar petir lantaran hujan lebat di luar sana. Sekali gus memutuskan bekalan eletrik. Segalanya boleh jadi punca.

Mariam lekas-lekas menghubungi nombor kecemasan LRT untuk meminta bantuan. Dia merengus tidak lama kemudian. Merungut-rungut.

“Kenapa kak?”

“Tak ada line lah. Saya sudah cuba lebih tiga kali!”

Semua yang berada di situ, segera mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Benarlah kata wanita itu, liputan isyarat telefon di dalam terowong bawah tanah itu lemah dan adakalanya terus tiada. Sekali gus memutuskan hubungan komunikasi mereka yang terperangkap di bawah tanah dengan orang di luar.

Syed tidak mahu tertegun tanpa berbuat apa-apa. Matanya meliar mencari sesuatu. Berlari dia ke hujung gerabak lagi satu. Bunyi kaca pecah merenggut perhatian semua orang. Pemadam api keselamatan di dalam tren itu ditarik keluar oleh Syed. Lalu bahagian belakang pemadam api dihentak ke permukaan cermin gerabak. Semua orang berundur ke belakang. Hentaman demi hentaman membuahkan hasil. Permukaan cermin mulai retak seribu. Syed menendang ke arah cermin itu sehingga pecah. Seorang demi seorang mulai membantu.

“Hati-hati. Jangan sampai terpegang kaca,” pesan Syed kepada para penumpang lain yang pakat-pakat menolongnya.

Sebaik sahaja terbuka satu cermin, Syed berlari ke kepala tren yang terbakar dengan membawa sekali pemadam api bersamanya. Berhati-hati Syed menarik pin keselamatan dan kemudian menekan pemicu. Muncung hos pemadam api dihalakan ke kawasan api yang merebak. Percik-percik api yang baru hendak merebak, beransur-ansur padam selepas itu. Masing-masing menghembus nafas lega.

“Kita kena keluar dari sini cepat, Syed. The worst can happen kalau pusat kawalan tak tahu kita terkandas kat sini, bila-bila masa saja tren lain akan hentam tren ni,” beritahu Azlan.

Boleh dikatakan setiap hari dia menggunakan perkhidmatan LRT itu. Perbezaan selang masa dan kekerapan tren pada waktu puncak dan di luar waktu puncak sudah terakam dalam kepala.

“Takkan sistem dia orang tak dapat kesan tren ni bermasalah?”

“Apa yang aku cakap tadi situasi paling buruk yang boleh berlaku. Kalau pusat kawalan dapat detect, lagilah bagus. Paling tidak, dia orang akan panggil pegawai bantuan untuk selamatkan kita. Apa pun, kita kena keluar dari tren ni sekarang,” saran Azlan.

Syed bersetuju. Mereka berdua bertindak sebagai marsyal. Menolong setiap seorang pengguna tren untuk lolos keluar dari tren itu dengan selamat.

“Semua melekap ke dinding terowong sewaktu berjalan. Sebolehnya, jangan pijak landasan. Takut terkena renjatan,” pesan Azlan.

Meskipun sudah jelas bekalan elektrik terputus tetapi risiko itu tetap ada. Empat belas penumpang tren yang terkandas itu berjalan lurus sehinggalah lebih kurang 10 minit kemudian, mereka akhirnya sampai di stesen Kampung Baru.

Malangnya, stesen itu adalah stesen bawah tanah. Ada pintu skrin platform yang memisahkan di antara bahagian dalam stesen dengan bahagian luar laluan tren.

“Pintu kaca ini tebal, macam mana kita nak pecah masuk?” celah satu suara daripada ramai-ramai itu.

Azlan dan Syed sudah memandang antara satu sama lain. Mereka buntu. Apa tindakan yang mereka perlu ambil lagi?

Dalam masa yang sama, Hidhir cuba mencari jalan masuk. Dia berjalan hingga ke hujung pintu skrin platform itu dan mendapati ada tangga kecil ke atas. Ada papan tanda yang tertulis, ‘Untuk Kakitangan Sahaja’ ditampal di pintu kaca. Hidhir melaung nama Syed.

“Pintu ni kaca dia tak tebal. Aku rasa kalau kita hentak guna pemadam api, mahu pecah,” usul Hidhir sebaik sahaja Syed dan semua yang lain sudah berkumpul di situ. Azlan menawarkan diri untuk berpatah balik ke tren. Pemadam api keselamatan ditinggalkan di dalam gerabak tren itu.

Hati-hati!” ujar Latifah apabila Azlan membuat keputusan untuk pergi sendiri.

Azlan mengangguk. Cahaya pada telefon bimbit dihidupkan. Dia perlu mengharungi terowong yang gelap itu sekali lagi.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/266815/Projek-Seram-Terowong

[SNEAK PEEK] BUDAK KELAS BELAKANG

Budak Kelas Belakang Oleh Emylia Mohd Nor

 

Selepas lights-off, pasti ada jembalang hitam pakai baju tidur, seluar paras lutut dan berselempang kain batik susup-sasap berlari masuk dewan makan. Dalam masa lima minit, jembalang hitam kepala manusia susup-sasap berlari keluar semula membawa bersama satu tin biskut yang disembunyikan di celah kain batik. Entah kelas mana punya biskut dia songlap. Selalunya tin biskut akan dipulangkan sebelum kehilangan tin biskut disedari keesokan pagi. Isi tin sudah tentu berkurang. Mungkin dalam fikiran si pencuri biskut, curi separuh, dosa pun separuh.

Bahan perencah untuk mi segera seperti telur, cili, garam, kicap dan bawang juga dirembat dari dewan makan. Dewan makan waktu itu macam pasar raya percuma untuk pelajar. Ambil apa sahaja yang diperlukan pada bila-bila masa.

Biasanya kami tidak menghalang perbuatan sedemikian atau sibuk nak buat laporan sebab kami faham betapa kebulurnya tinggal di STF terutama waktu malam. Mungkin kami juga ada bahagian dalam biskut curi dan mi segera itu tanpa disedari. Apabila sama-sama belajar di common room selepas pukul 11.00 malam, segala biskut dan mi segera yang ada dikeluarkan. Makan bersama, maka tidak tahu mana yang dibeli, yang mana dicuri.

Pokok nangka dan ubi hidup subur di STF. Apabila nampak ubi dan nangka makin membesar, pelajar STF akan menjalankan aktiviti pertanian; menggali ubi dan memetik nangka. Ubi yang digali akan direbus menggunakan pemanas air. Kadang dicicah dengan gula, kadang tunggu hari ada menu sambal, ditapau sikit dari dewan makan, untuk dimakan bersama ubi rebus.

Dari umur belasan tahun lagi, rakan-rakan aku sudah menjadi pakar proses tanaman nangka. Tahu bila masanya nangka sedia untuk dipetik, bagaimana dipetik, proses peram nangka dan akhirnya kupas nangka. Selalunya nangka akan diperam dalam dorm atau bawah tangga blok. Setiap hari mereka akan memeriksa nangka sama ada nangka sedia untuk dikupas atau belum. Nangka ranum akan dikongsi bersama jika sedia untuk dimakan.

Ada sebatang pokok rambutan di Blok C tetapi umpama hidup segan, mati tak mahu. Mungkin kedudukan pokok rambutan berhampiran tangki tandas Blok C. Entah apa budak-budak Blok C makan, terbantut terus pertumbuhan pokok rambutan.

Masa aku tingkatan lima, semua pelajar tingkatan lima menginap di Blok E. Aku tidur katil atas. Elynn bedmate aku. Aku juga dapat lokar atas. Maka sesi jingkit kaki acah-acah balerina untuk letak dan ambil barang dari lokar perlu dilakukan setiap hari.

Lokar Elynn, Tie Z, Enit dan Na penuh dengan poster artis rock kapak. Pernah masa aku tiada di dorm, mereka berempat rancang untuk prank aku. Ditampalnya poster Man Dayak dari kumpulan Lefthanded betul-betul di siling atas katil aku semasa aku pergi mandi. Apabila aku masuk ke dalam dorm setelah habis mandi, mereka senyum-senyum simpul pandang aku.

Elynn : Hemy, we all ada surprise untuk Hemy.

Aku : Apa dia?

Elynn : Tunggulah, nanti masa sesuai we all bagi tau.

Aku tidak syak langsung mereka akan prank aku. Sampai ke malam aku tidak tahu apa kejutan yang disembunyikan.

Malam tiba, aku panjat katil seperti biasa. Aku cuba melelapkan mata. Dengan bantuan sedikit cahaya dari lampu koridor, aku nampak Man Dayak dengan rambut mengerbang pandang tepat ke arah aku. Aku memang penakut.

Punyalah kuat aku menjerit sampai budak dorm sebelah datang tanya, “Eh, kenapa?”

Gelak evil mereka setelah mengetahui cerita sebenar. Lemah semangat aku tau!

Tinggal dalam satu dorm bersama Elynn, Tie Z, Na dan Enit membolehkan aku mengembangkan minat menjadi seorang model. Saat rakan lain melepak di dorm waktu hujung minggu, kami dressed up. Penuh bergaya persis model.

Setiap minggu kami akan gayakan tema pakaian berbeza. Ada tema pakaian warna terang dan seksi. Ada minggu kami gayakan jeans dan sneakers. Pernah 

t-shirt dan leggings. Dengan muka selamba, kami akan pose di kawasan sekitar STF. Bukan tidak ada mata yang memandang. Aku pose, kau yang kepoh dah kenapa?

Pernah ketika kami sibuk pose menonggeng, kereta Puan KD berhenti di depan kami.

Beliau turunkan kaca mata hitam yang dipakai, pandang ke arah kami dan berkata, “Hmmm very good.”

Sebelum amali percubaan dan amali peperiksaan sebenar, makmal dipasang kain hitam untuk ditutup daripada pandangan mata pelajar. Sulit.

Misi panjat untuk operasi skodeng makmal sains akan diketuai oleh lelaki jadian atau perempuan yang lupa daratan. Pelajar skema duduk dalam kelas diam-diam, seolah-olah tiada apa yang pelik sedang dan akan berlaku. Masing-masing khusyuk dan tawaduk baca buku. Kena cover line kawan-kawan yang sedang berjuang di tepi makmal. Kebisingan melampau akan mengundang kehadiran warden. Jadual tugas pengawas masa prep malam pun ditukar demi memastikan yang faham atau ada kepentingan bersama yang jaga kelas. Pengawas pun ada yang terlibat sama. Bak kata Wonder Pet, yang penting kerjasama.

Seorang panjat, seorang catat. Biasanya yang kurus atau tinggi yang panjat. Kalau yang montel diharapkan panjat, dikhuatiri kerusi besi pun patah, mahu havoc satu sekolah. Bukan sebab bunyi kerusi patah, tetapi bunyi gelak berjemaah ketawakan kawan yang patahkan kerusi walhal member itu dah susah payah berkorban demi rakan seperjuangan.

Di STF, jika pelajar melakukan sesuatu yang nakal, terutama jika dia seorang sahaja berani buat, dia akan sangat berbangga. Detik ini sering dirakamkan sebagai kenangan menggunakan kamera zaman dulu oleh junior aku, kini Dr. Rafidah. Ketika keluar outing baru boleh pergi cuci gambar. Kadang-kadang ada gambar yang siap mata tertutup, kadang mata merah macam mata raksasa. Pasrah, tiada apps untuk mengedit red eye waktu itu.

Maklumat kemudian akan dibentangkan di hadapan kawan-kawan yang nerd yang tentunya tidak berani panjat. Skema. Umpama Nujum Mak Belalang, maklumat ini akan ditafsir, didebat, dibincang dan ditilik sebelum rumusan dibuat. Rumusan ini akan dikongsi bersama semua pelajar aliran Sains. Ada firasat Nujum Mak Belalang yang mengena, ada yang tersasar jauh. Demi memastikan dapat lebih pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanafaat, rumusan juga dikongsi bersama koresponden di MCKK, STAR, SDAR, RMC. Kesian abang Telekom Malaysia kena datang selalu. Kotak oren sekejap sahaja syiling dah penuh.

Tingkatan lima 1989 adalah tahun paling best dalam sejarah hidup aku di STF. Pelajar Sains Sosial diberi pilihan untuk mengambil subjek Add Maths atau Sejarah. Separuh kelas yang memang terer atau perasan terer ambil Add Maths. Separuh lagi termasuk aku ambil Sejarah. Apabila subjek Sejarah, kami wajib berjalan ke kelas 5 Sains 3 untuk tumpang kelas kerana kelas kami digunakan untuk Add Maths.

Jalan kaki dari kelas kami ambil masa lima minit. Jalan balik lima minit lagi. Sambil jalan turun tangga, sempat jeling ke makmal di bawah kelas tingkatan 5 Sains 3. Ada pembantu makmal yang sedap mata memandang; Aris. Tidak ramai kaum Adam yang kami jumpa setiap hari. Apatah lagi yang bujang, maka Abam Aris sentiasa berada dalam radar kami.

Tempat parking motor besar Abam Aris sering jadi salah satu tempat pelajar wajib bergambar. Kadang-kadang apabila lalu di depan makmal, kami suweet suweet Aris. Kalau Aris pandang ke arah kami, kami buat muka bajet suci. Buat-buat pandang tempat lain. Kemudian gelak beramai-ramai. Aris hanya mampu senyum tengok perangai anak-anak ikan.

Paling aku ingat, waktu Sukan Komanwel berlangsung. Waktu prep petang, kami perasan beberapa rakan sekelas kami hilang. Tak dapat dikesan. Nak kesan pelajar hilang waktu prep senang; sama ada di dalam kelas atau perpustakaan. Jika nak ke perpustakaan, perlu beritahu pengawas bertugas dalam kelas. Kami tidak dibenarkan squatting belajar di kelas lain. Bayang mereka langsung tidak kelihatan di kelas, mahupun di perpustakaan.

Aku, Along, Farasya dan Noraliza pinjam court shoes pelajar yang pergi prep pakai court shoes. Kami pergi ke Blok C sebab kami tahu dorm C1-6 ada enam belas pelajar sama tingkatan dengan kami yang tinggal dorm yang sama. Mesti tengok Matt Biondi, perenang yang mereka kagumi. Ada acara Matt Biondi petang itu. Kami bayangkan air liur mereka meleleh-leleh tengok Matt Biondi dengan cawat kecik beraksi di kolam renang. Setiap hari sepanjang Sukan Komanwel berlangsung, orang lain berlari ke dewan makan, mereka berlari balik blok. Gigih cari gambar Matt Biondi dalam surat khabar. Di gambar itu akan tulis booked by C1-6.

Agak-agak nak sampai Blok C, kami membunyikan tapak kasut lagi kuat seolah-olah tapak kasut warden. Dari jauh, kedengaran bunyi bising. Bunyi pelajar bertempiaran lari dan menutup kabinet televisyen. Kes berani buat tidak berani tanggung. Apabila kami masuk, mereka semua bersembunyi di bawah kerusi, macamlah tidak boleh nampak kalau sembunyi di bawah kerusi kayu. Ketika mereka nampak kami, berbakul-bakul sumpah seranah sebab mereka terlepas siaran langsung acara Matt Biondi.

Di STF hanya ada dua buah telefon awam untuk kegunaan pelajar. Telefon awam bentuk kotak berwarna oren. Dua kotak oren ini diletakkan di depan bilik warden dan di tepi bilik guru. Di bilik guru, tidak ramai yang guna sebab jauh sikit dari asrama. Waktu menunggu penggunaan telefon di sebelah bilik warden sangat lama. Dapat pula yang beratur di depan aku, Anakku Sazali versi gegirl. Rasa nak suruh mak dia masuk asrama sekali. Kalau kejadian ini berlaku sekarang, mesti dah kena buli. Zaman kami dulu, senior seperti kami memang spesis terancam – baik, lemah lembut, pijak semut pun tidak mati. Muka tidak payah nak cakaplah – innocent habis. Sebab itulah tidak kedengaran kes buli sewaktu itu.

Apabila aku tingkatan lima dan tinggal di Blok E, akses kepada telefon kotak oren semakin mudah. Aku dan R, koresponden aku akan menetapkan waktu untuk berbual melalui telefon. Aku akan lepak di depan kotak oren tunggu panggilan.

Pada suatu malam, aku, Wan Ann dan Aiz memberanikan diri lepak di kotak oren lepas lewat malam. Warden jarang tidur di bilik warden. Sebelum itu, kenal pasti dahulu siapa warden bertugas; Cik Hanita. Kurang garang, lady of few words tetapi jelingan dia sentiasa buat kami rasa terancam.

Kami bergilir-gilir berbual di telefon. Giliran aku terakhir sekali. Lepas bergayut lama, aku letak telefon. Tak larat sangat dapat sembang dengan si dia. Aku peluk kotak oren itu. Jiwang karat dengan kotak oren itu.

Menyedari Wan Ann dan Aiz tiba-tiba diam, aku musykil. Aku toleh ke belakang. Cik Hanita sedang berdiri cekak pinggang. Rupanya dari tadi Cik Hanita memerhatikan aksi gedik aku peluk kotak oren. Duh! Sleep walking ke Cik Hanita ni? Tengah-tengah malam buat spot check.

“Awak tahu tak sekarang pukul berapa?”

‘Satu pagi,’ aku jawab dalam hati.

Masing-masing tunduk menikus. Tidak berani bertentang mata dengan Cik Hanita.

“Balik dorm sekarang.”

Perlahan kami berjalan ala-ala geisha menuju ke dorm. Tatkala Cik Hanita hilang dari pandangan, kami gelak sampai ke dorm. Malu beb, kantoi aksi jiwang dengan warden.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277290/Budak-Kelas-Belakang

 

[REVIEW] AKU BUKAN MISTRESS

Aku Bukan Mistress Oleh Acik Lana

 

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.


Bagi admin novel ini penuh dengan pengisian dan jalan cerita yang agak berat. Setiap watak yang ada di dalam novel ini dapat memberi kesan dalam diri kita. Kisah yang diceritakan mempunyai kelainan masing-masing dan menjadikan cerita ini menjadi lebih menarik. Mya Arlissa punya nama indah yang tak seindah kisah hidupnya. Terperangkap dalam dunia kotor itu bukan kehendak hatinya tetapi apakan daya. Mujur ada sang penyelamat, si ‘hero’ yang muncul dalam kelam. Tetapi siapa sangka, Mikail sama saja seperti yang lain, hidup bertunjangkan nafsu dunia. Setelah dua tahun berlalu, Mya sedar hidupnya diselebungi dosa dan dia ingin berubah. Tetapi semakin dia ingin lari jauh semakin Mikail tidak mahu melepaskannya dan bukan itu sahaja kehadiran lelaki dari kisah lama dia dan juga tentangan daripada ibu Mikail membuat hidupnya semakin sukar. Ramai yang mahukan dia. Mikail juga ada rahsia masa silam. Bolehkah mereka hidup bersama? Siapa dia di hati Mikail? Bila Mikail halalkan hubungan mereka, adakah bahagia mula hadir dalam hidup Mya?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/183588/aku-bukan-mistress

[SNEAK PEEK] SESEGAR NAILOFAR

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar

 

“IQBAL, tolong!”

Dia tersentak. Dari mana datangnya suara itu? Tambah terkejut lagi apabila dia berada di suatu tempat yang asing. Di mana aku, dia tertanya- tanya. Setelah puas mengitari kawasan yang sangat gharib itu, dia menyedari dirinya kini berada di puncak bukit di dalam sebuah kota. Kota Karak berhampiran Mu’tah!

Bagaimanakah aku boleh berada di sini? “Iqbal, tolong aku!”

Itu suara Amjad. Dia mengintai ke bawah. Dari situ, dia nampak pemuda Palestin berjambang nipis itu sedang dikejar tiga lembaga hitam yang tidak dapat dipastikan gerangannya. Amjad yang ketakutan berlari sekuat hatinya merentasi padang pasir Mu’tah yang maha luas.

“Iqbal, tolong aku, sahabat!”

Ini pula suara Aiman. Lelaki itu sedang berlari di sebelah Amjad dan dikejar oleh tiga lembaga yang sama. Termengah-mengah nafas Aiman nampaknya. Malah larian mereka berdua 

“IQBAL, tolong!”

Dia tersentak. Dari mana datangnya suara itu? Tambah terkejut lagi apabila dia berada di suatu tempat yang asing. Di mana aku, dia tertanya- tanya. Setelah puas mengitari kawasan yang sangat gharib itu, dia menyedari dirinya kini berada di puncak bukit di dalam sebuah kota. Kota Karak berhampiran Mu’tah!

Bagaimanakah aku boleh berada di sini? “Iqbal, tolong aku!”

Itu suara Amjad. Dia mengintai ke bawah. Dari situ, dia nampak pemuda Palestin berjambang nipis itu sedang dikejar tiga lembaga hitam yang tidak dapat dipastikan gerangannya. Amjad yang ketakutan berlari sekuat hatinya merentasi padang pasir Mu’tah yang maha luas.

“Iqbal, tolong aku, sahabat!”

Ini pula suara Aiman. Lelaki itu sedang berlari di sebelah Amjad dan dikejar oleh tiga lembaga yang sama. Termengah-mengah nafas Aiman nampaknya. Malah larian mereka berdua

“IQBAL, tolong!”

Dia tersentak. Dari mana datangnya suara itu? Tambah terkejut lagi apabila dia berada di suatu tempat yang asing. Di mana aku, dia tertanya- tanya. Setelah puas mengitari kawasan yang sangat gharib itu, dia menyedari dirinya kini berada di puncak bukit di dalam sebuah kota. Kota Karak berhampiran Mu’tah!

Bagaimanakah aku boleh berada di sini? “Iqbal, tolong aku!”

Itu suara Amjad. Dia mengintai ke bawah. Dari situ, dia nampak pemuda Palestin berjambang nipis itu sedang dikejar tiga lembaga hitam yang tidak dapat dipastikan gerangannya. Amjad yang ketakutan berlari sekuat hatinya merentasi padang pasir Mu’tah yang maha luas.

“Iqbal, tolong aku, sahabat!”

Ini pula suara Aiman. Lelaki itu sedang berlari di sebelah Amjad dan dikejar oleh tiga lembaga yang sama. Termengah-mengah nafas Aiman nampaknya. Malah larian mereka berdua semakin lama semakin lemah. Tetapi padang pasir itu seolah-olah tiada penghujungnya, bahkan tidak ada tempat untuk mereka berdua berlindung di mana- mana. Dan tiga lembaga hitam yang membuntuti mereka di belakang kian merapat dan merapat.

Dia mesti membantu mereka!

Entah kuasa mana yang diperolehnya, tidak semena-mena dia dapat terbang dari puncak kota itu terus ke padang pasir yang luas dan safsaf itu. Kini dia berdiri tegak menunggu Amjad dan Aiman serta tiga lembaga tadi tiba di situ. Dengan kekuatan yang ada, dia bertekad menolong mereka berdua. Belati di tangannya ini akan merodok perut bangsat bertiga itu.

Sejenak kemudian, Amjad dan Aiman sampai lalu mereka bersembunyi di belakangnya, membiarkan dia berhadapan dengan tiga lembaga hitam yang sudah terpacak menunggunya. Ketiga- tiganya memakai topeng dan tidak dikenali.

“Siapa kamu bertiga, hah?” sergah Iqbal. Belati digenggamnya sekemas mungkin. Kalau tiga durjana itu melangkah, dia akan menikam tidak kira siapa.

“Usah banyak bertanya, budak mentah. Serahkan dua kawan kau tu!”

“Langkah mayat aku dulu. Siapa gerangan kamu bertiga yang cuba membunuh kawan-kawan aku, hah?”

“Kami pemimpin dunia!”

Pemimpin dunia? Dia terperanjat. Jadi, dia sedang berdialog dengan pemimpin dunia? Sedang berhadapan dengan konflik antarabangsa? Apa pentingnya nyawa Amjad dan Aiman kepada mereka?

Siapakah mereka ini?

Belum sempat dia menyoal seterusnya, tiga lembaga mengeluarkan pistol dari poket masing- masing dan serentak menghalakannya ke kepala mereka bertiga!

“Kami akan tembak kamu semua sampai mampus!”

Belati di tangannya terlepas. Tatkala itu, ketiga- tiga manusia di hadapan mereka membuka topeng masing-masing, cukup untuk membuat mulut mereka bertiga terlopong luas.

“Barak? Albright? Clinton?”

Spontan nama-nama itu termuntah dari bibir mereka. Tawa tiga durjana itu meledak kuat, melantun-lantun, bercempera ke segenap penjuru padang pasir. Dia berasa loya melihat Madeleine Albright yang sudah ganyut, tetapi masih berskirt itu terjelir-jelir ke arah mereka. Ehud Barak dan Bill Clinton pula tidak henti-henti ketawa sekuat- kuatnya sehingga gegendangnya terasa bagai hendak pecah.

“Kaulah yang selalu memaki dan memanggilku nenek tua yang nyanyuk dan penyibuk, ya? Ambil ni habuan kau!”

Dan ketika itulah Albright menarik picu mahu membidik perutnya!

“Jangan… jangannn!” 

Dam! Damm! Dammm! 

“Argghhh!”

Terasa peluru menikam usus besar dan peparunya. Terasa jasadnya seakan-akan melayang dari sebuah curam yang amat tinggi sebelum perlahan-lahan terhempas ke bumi dan kepalanya terhentak pada sebiji batu yang besar dan keras.

“Arghhh!”

Iqbal tersentak. Lenanya terganggu apabila kepalanya berdenyut akibat terhantuk lantai simen yang menjadi bantal tidurnya.

“Aku bermimpi rupanya.”

Iqbal mengucap dan beristighfar beberapa kali. Mukanya yang berkeringat diraup. Kemudian dia bingkas, duduk sambil memeluk lutut. Menyorot ke kanan dan kiri. Di luar, seorang polis wanita yang barangkali sedang bertugas berteleku di meja. Sesekali wanita itu melepaskan pandangan ke arahnya.

Iqbal melunjurkan kaki untuk membuat sedikit senaman ringkas. Sejak bangun pagi tadi, seluruh badannya terasa sengal. Kakinya juga. Bukan akibat dipukul, tetapi akibat tidur beralaskan kertas surat khabar dan berdiri terlalu lama malam tadi. Tiga jam dia terpaksa berdiri sepanjang soal siasat. Soalan tidak banyak, sebaliknya polis-polis itu lebih cenderung mahu membulinya. Membiarkannya lenguh berdiri tanpa baju!

Matanya mengitari bilik yang cuma seluas 3×3 meter ini. Tiga per empat bilik ini dikelilingi jeriji besi. Selebihnya dibina dinding batu tempat dia bersandar sekarang. Ada sebuah tingkap yang agak tinggi di bahagian atas dinding — hampir ke siling — yang disengkangi tiga batang besi, menjadi laluan cahaya matahari menerobos masuk.

Bagaimana jika aku tidak boleh menduduki peperiksaan?

Bagaimana jika Amjad tertangkap?

Bagaimana jika aku terus dihantar pulang ke Malaysia?

Soalan-soalan itu sering kali menerjah kotak fikirannya, tetapi segera pula dihalau.

Sebolehnya mungkin dia tidak mahu dirundung bimbang. Kebimbangan akan membuat dirinya berasa kurang selesa. Hanya doa dan tawakal yang tepu kepada Ilahi akan menjadi senjata ketenangannya di dalam lokap ini.

Iqbal berharap nasibnya tidak semalang Abdel Salam dan beberapa sahabat Moronya dari Filipina yang diterbangkan secara percuma dari Amman ke Manila setelah diberkas kerana mengadakan usrah dengan Ikhwanul Muslimin di sini dua tahun lepas.

Sepanjang hari ini dia tidak banyak disoal. Hanya selepas zuhur, dia dipanggil untuk sekali lagi memberi keterangan. Seperti semalam, Iqbal bercakap benar. Bukan memberitahu di mana Amjad berada, tetapi menyatakan apa yang dia tahu, berbohong tidak sekali-kali. Itu prinsipnya!

Terlintas riwayat para tabiin yang pernah dibacanya. Kisah bagaimana Hasan al-Basri terselamat tatkala melarikan diri daripada buruan tentera Hajjaj sewaktu dirinya sedang dilanda fitnah besar. Menurut ceritanya, ulama terkenal itu telah lari bersembunyi di rumah sahabatnya Syeikh Habib semasa dikejar oleh beberapa orang askar kerajaan. Apabila askar-askar Hajjaj tiba di rumah Syeikh Habib, mereka bertanya kepada ulama itu kalau-kalau dia ternampak kelibat Hasan melarikan diri.

Dengan penuh sadiq Syeikh Habib menyatakan bahawa Hasan yang mereka kehendaki itu berada di dalam rumahnya. Hasan yang sedang bersembunyi terasa kecut perut mendengar kata-kata sahabatnya. Tetapi askar-askar Hajjaj yang masuk mencarinya tidak menjumpai sesiapa pun di dalam rumah Syeikh Habib; mereka berasa dipermainkan, dan sebelum beredar mereka menuduh ulama tabiin itu telah gila. Syeikh Habib hanya tersenyum mendengarnya.

“Doamu telah menyelamatkanku, sahabat,” kata Hasan al-Basri setelah dirinya selamat.

“Bukan kerana doaku.” Syeikh Habib menyangkal dakwaan itu. “Tapi, berkat aku bercakap benar.”

Kini kisah tabiin itu semacam berulang lagi ke atas dirinya. Dia percaya, dengan izin Allah, Amjad tidak ditemui malam itu — mungkin berkat mereka tidak menipu. Bagaimana polis-polis itu boleh tidak perasan dia tidak pasti. Walhal Amjad sekadar bersembunyi di dalam gelap. Barangkali kerana geram tidak menemui sesiapa di Darul Hawariyyin lalu Abu Mandoub bertindak menahannya.

Logikkah hanya kerana membeli majalah dia dilokap?

Ini bukan negara komunis!

Ah, memang bangsat!

Dia percaya sikap sebeginilah yang menjadi punca bangsa Arab sentiasa lemah. Abu Mandoub cukup untuk menjadi misal yang jelas. Kerana tidak berpuas hati, sanggup menuduhnya bersubahat, walaupun alasan memiliki Falestin Muslimah itu tidak relevan. Sikap suka mencari kesalahan orang lain seperti ini memang menular di kalangan pemimpin mereka. Bertambah buruk jika ditambah dengan sikap taasub, bongkak, dan tamakkan kuasa. Sudahnya mereka berpuak-puak. Tidak pernah mahu bersatu untuk mencari titik persetujuan. Tidak hairanlah negara Arab begitu banyak berpecah yang dia tidak pasti jumlahnya di sekitar Teluk sahaja. Tidak hairanlah jika Khilafah Uthmaniyyah jatuh pada 1924 dengan beberapa wilayah Arab sendiri turut bersubahat meruntuhkannya. Tidak hairanlah jika sudah lima puluh tahun Baitulmaqdis dihina Yahudi sebegitu rupa.

Abu Mandoub memang bangsat!

Tanpa Iqbal sedari, dia menggenggam jemarinya. Geram. Memang sejak semalam, dia tidak boleh terpandang muka Abu Mandoub yang sesekali melintas di luar. Api amarahnya segera menunu.

Tetapi dia lekas pula terhantar ke ruang insaf; betapa ini cabaran biasa bagi setiap pejuang Islam. Difitnah seakan-akan menjadi sesuatu yang rutin. Sayid Qutb sendiri lebih dahsyat diuji — terpenjara selama lima belas tahun, seterusnya mati di tali gantung. Semuanya gara-gara fitnah ciptaan Gamal Abdel Nasser yang menjadi Presiden Mesir ketika itu. Dia baru dilokap sehari suntuk, sudah mengeluh. Alangkah lemahnya iman, walhal inilah pengalaman yang akan mematangkannya pada hari muka.

Iqbal lekas-lekas beristighfar.

Pagi agak kelam.

Selepas solat subuh, Iqbal menelan sarapan pagi berupa sekeping roti keras dan segelas air masak. Badan terasa gatal dan berdaki memandangkan sudah masuk dua hari dia tidak mandi.

Iqbal sentiasa berdoa. Mudah-mudahan hari ini dia akan dilepaskan. Jika tidak, peluangnya menduduki peperiksaan akhir amat tipis. Esok peperiksaan itu bermula. Dia akan menghadapi Syi’ir Andalusiy lusa. Terbayang muka Profesor Fayez Batayneh dengan soalannya yang terkenal payah dan selalu mengecewakan pelajar tidak kira bangsa. Mampukah dia menghadapi kertasnya?

Iqbal menggaru pipi yang bintat digigit nyamuk dan agas dua malam berturut-turut. Tidur tanpa selimut pada malam musim luruh begini tidaklah boleh membuat seseorang menggigil, tetapi gangguan itulah yang dia tidak betah. Nyamuk dan agas terlalu banyak. Mujurlah dia memakai kemeja berlengan panjang semasa ditahan. Namun, tapak kakinya tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

Untuk apa mereka menahan aku lama-lama di sini?

Malam tadi dia tidak disoal. Dan dia yakin mereka sebenarnya tiada sebab untuk menyoalnya. Dia tidak bersalah. Mereka juga tidak boleh mendakwanya bersubahat menyembunyikan Amjad kerana tiada bukti. Ditambah Amjad sendiri tidak ditemui. Cuma Abu Mandoub yang bedebah itu mahu menyusahkannya dan mungkin telah lama sakit hati dengan pelajar Melayu. Sebolehnya dia cuba melupakan wajah bengis yang dibencinya itu.

Bagaimana agaknya reaksi kakak dan abang jika mengetahui dia ditahan? Barangkali mereka akan mengadakan solat hajat hampir setiap malam dan tidak putus-putus menghubungi kedutaan. Bagaimana agaknya andai Salsabila tahu dia diperlakukan sebegini? Barangkali gadis itu — seperti selalunya — akan menangis. Ah, Salsabila, engkau selalu bikin aku kesasar menanti khabar daripadamu!

Kira-kira jam 9.15, Iqbal melihat Dr. Abdul Settar muncul dengan seorang pengawai polis berjawatan tinggi dan seorang lelaki berkot coklat yang rasanya pernah dilihat di televisyen. Abu Mandoub turut berada di situ. Mereka berbicara seketika. Kelihatan air muka Abu Mandoub menampakkan dirinya berada dalam situasi kurang senang. Akhirnya atas budi bicara mereka, Iqbal dibebaskan setengah jam kemudian.

“Terima kasih, Dr.,” ucapnya.

Dr. Abdul Settar tersenyum, lalu segera memperkenalkannya kepada lelaki berkot coklat yang berada di sebelahnya. Mereka bersalaman. Rupanya lelaki itu ialah ahli parlimen kawasan Irbid. Lekas Iqbal mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sebelum sahabat baik kepada Dr. Abdul Settar itu meminta diri.

Iqbal tiba di Darul Hawariyyin tatkala jarum jam baru menuding ke angka sepuluh. Jarak dari Ibu Pejabat Polis Irbid ke Dawur Nasiem bukanlah jauh. Dr. Abdul Settar menghantarnya hingga ke rumah sebelum terus bertolak ke Mafraq kerana ada urusan. Aiman, Syahid, dan Hamizan yang sememangnya tidak dapat menelaah pelajaran kerana mengenangkan nasibnya di lokap menerpa ke pintu sebaik Iqbal membunyikan loceng burung kenari.

“Selamat pulang, Bal!”

Syahid yang pertama sekali meluru mendakapnya menitiskan air mata. Aiman yang berada di belakang Iqbal menepuk-nepuk belakang kedua-duanya.

Kemudian Aiman memeluknya. “Engkau pulang, sahabat!” Dadanya sebak mengenangkan pergorbanan lelaki ini menyelamatkan sepupunya.

Sejurus selepas memeluk Hamizan, Iqbal menyedari Amjad yang sewaktu ditinggalkannya masih bersembunyi, tidak ada. Ke mana lelaki itu? Tertangkapkah dia?

“Mana Amjad?” tanya Iqbal.

Masing-masing menyepi. Iqbal mula berasa tidak enak. Dia bergegas ke dapur, menyelak ambal dan menarik penutup besi berkarat berukuran 14×24 inci itu. Beberapa ekor tikus bertempiaran lari apabila ternampak cahaya. Kepalanya dijengahkan ke dalam kolong yang gelap-gelita.

Tiada sesiapa di dalamnya. Teman-temannya turut melangkah ke dapur.

“Mana Amjad?”

Aiman mendekati Iqbal dan merangkul bahunya dari belakang. Cuba menenangkan.

“Dia selamat.” Aiman berbisik kepadanya. “Usah bimbang. Dia lari bersembunyi sementara menanti krisis reda.”

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/48427/Sesegar-Nailofar

[SNEAK PEEK] ALEPPOKALIPS

Aleppokalips Oleh Inche gabbana

“BABA, o uyandı!”

Suara itu mengejutkan Hamzah dari tidurnya. Kepalanya terasa begitu sakit, seolah-olah ada pisau yang menikam laju pada bahagian dalam kepalanya. Perlahan-lahan Hamzah cuba untuk membuka matanya. Cahaya matahari pagi bagai mencucukcucuk matanya. Silau. Dia cuba bangun dari tempat perbaringannya.

Suara tadi datangnya dari satu sosok yang sedang berdiri di hadapan Hamzah. Hamzah terpukau dengan apa yang sedang dilihatnya.

Bidadari.

ku kat mana ni? Syurga ke? Eh takkan aku dah mati? Tak mungkin!

“Baba! Baba! Buraya çabuk gel!”

Gadis yang disangka bidadari oleh Hamzah itu menempik memanggil seseorang. Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki separuh abad mendekati mereka berdua.

“Alhamdulillah, uyanmışsın.”

Hamzah berkerut. Jelas sekali dia tidak faham bahasa yang dituturkan oleh lelaki dan gadis itu. Menyedari yang Hamzah tidak faham apa yang dikatakannya, lelaki itu mencuba cara lain pula.

“Tatakallam arabbiya?”

Hamzah menggelengkan kepalanya.

“Ingilizce? English?”

Gadis yang masih tercegat di hadapannya mencelah.

Hamzah mengangguk. Lelaki itu tersenyum.

Sakit di kepala Hamzah tiba-tiba menusuk kuat lagi.

“You ok oğlum?”

Lelaki itu segera memegang tubuh Hamzah dan berhati-hati menolaknya ke belakang.

“You need rest. You…weak.”

Hamzah menurut sahaja nasihat lelaki itu.

“Where am I?”

Gadis itu memandang wajah lelaki yang berdiri di sebelah Hamzah, seperti sedang meminta kebenaran. Lelaki itu mengangguk perlahan. Ketika itu Hamzah sudah boleh meneka yang lelaki itu ialah ayah kepada gadis jelita yang berwajah manis itu.

“You are in Kıvırcık. A small village in the Gaziantep region.”

Hamzah seperti terkejut dengan jawapan itu.

“Gaziantep? I’m in Turkey?”

“Evet. Yea.”

Lelaki itu seperti mengisyaratkan sesuatu kepada anak gadisnya. Gadis itu mengangguk dan sejurus selepas itu, berjalan keluar meninggalkan mereka berdua.

“Alhamdulillah, Allah safe you oğlum. Thank Allah.”

Hamzah cuba untuk mengingat-ingat apa yang telah terjadi. Tetapi sakit yang mendenyut-denyut di kepalanya sedikit pun tidak membantu.

“We found you…near border. You…hmmm… baygın.”

Hamzah membuat muka pelik.

Baygın?

Lelaki itu menggaru kepalanya yang botak.

Ketika itu juga anak gadis lelaki itu masuk membawa dulang berisi secangkir air, roti pita dan sepiring humus.

Lelaki itu bercakap dengan anaknya dalam bahasa Turki dengan pantas, sambil mengerling Hamzah.

“Oh. We found you near the border. You passed out.”

Gadis itu cuba memberi penjelasan bagi pihak ayahnya.

Pass out? Aku pengsan?

Penjelasan gadis itu gagal merungkaikan misteri bagaimana Hamzah boleh berada di situ. Di sebuah kampung di Kıvırcık.

“It’s okay oğlum.. You rest first. Eat and drink this.”

Hamzah baru teringat yang dia tidak menjamah apa-apa sejak di Manbij lagi. Dan kali terakhir dia minum adalah sebelum dia dikejar Khalid dan soldadu ISIS yang lain dalam perjalanan ke Jarabulus.

Tanpa segan silu, Hamzah melahap roti dan mereguk air yang dihidangkan kepadanya dengan gelojoh sekali. Lelaki itu tersenyum melihat telatah Hamzah. Dia menyuruh anaknya mengambil lagi roti dan air untuk diberikan kepada Hamzah.

Merah padam muka Hamzah apabila gadis itu kembali dengan berkeping-keping roti pita, semangkuk humus dan sejag air.

“Don’t shy oğlum. You…our guest. Allah sent you. This is rizq. Eat, drink and rest.”

Hamzah terharu. Dia tidak kenal siapa lelaki ini, tetapi dia amat terhutang budi kepadanya.

“What day is today?”

“Saturday young man.”

Sabtu?

Hamzah melihat jam tangannya. 10.47 pagi.

Bermakna tempoh Hamzah tidak sedarkan diri tidaklah begitu lama. Namun Hamzah masih belum dapat mengingat apa-apa.

“You eat, okay? And rest. We don’t disturb you.”

Lelaki dan anak gadisnya sudah bersedia untuk meninggalkan Hamzah ketika Hamzah – dengan mulutnya yang masih penuh dengan roti dan humus – dirundung rasa bersalah.

“I’m sorry. My name is Hamzah.”

Lelaki itu tersenyum.

“Me, Salleh, oğlum.. Ahmad Salleh. And this…my daughter, Aiyla.”

 

*****

 

Sudah hampir seminggu Hamzah berlindung di rumah Ahmad Salleh, seorang lelaki budiman Turki yang sudah mencecah usia separuh abad. Sepanjang tempoh itu, dia telah menyaksikan sendiri beberapa perkara yang tidak pernah diimpikan dalam hidupnya sebelum ini.

Buat pertama kalinya, Hamzah merasakan sendiri hidup di dalam sebuah keluarga yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang syumul. Dan ia suatu suasana yang amat mempesona dan membahagiakan, sehingga Hamzah berasa cemburu dengan keluarga Ahmad Salleh.

Ahmad Salleh mempunyai lima orang anak kesemuanya. Yang sulung – lelaki – merupakan seorang doktor perubatan di Ankara. Yang kedua – perempuan – ialah seorang guru di Gaziantep. Aiyla – yang ketiga – masih lagi belajar di Marmara Universitisi di Istanbul dalam bidang kewartawanan. Dua lagi anaknya – seorang lelaki dan seorang perempuan –masing-masing masih belajar di sekolah agama Imam Hatep.

Ahmad Salleh sudah kematian isterinya sejak tiga tahun lalu dek barah payudara. Sejak itu, Ahmad Salleh lah yang menguruskan segala-galanya di rumah itu, dari mencari rezeki sesuap roti sehinggalah hal ehwal rumah tangga seperti memasak, membasuh baju dan lain-lain lagi. Aiyla pula akan banyak membantunya setiap kali dia pulang bercuti.

Setiap hari, Ahmad Salleh akan bangun seawal jam empat pagi untuk bermunajat dan bertahajud kepada-Nya. Selepas menunaikan solat dua rakaat, dia akan mengejutkan anak-anaknya untuk bangun bersama. Sudah lima pagi Hamzah di situ, tidak pernah sekali pun Ahmad Salleh tidak mengejutkannya untuk qiamullail bersama-sama.

Kemudian, kaum lelaki akan berjalan kaki untuk bersolat Subuh berjemaah di masjid yang berdekatan. Pulang dari masjid, mereka sekeluarga akan duduk membaca zikir dan doa sehinggalah fajar menyingsing. Selepas itu, kaum perempuan akan menyediakan sarapan sementara Ahmad Salleh bersiap-siap untuk ke kebunnya. Hamzah berkesempatan untuk membantu tuan rumahnya itu di kebun; melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang rakyat marhaen demi mencari rezek sehari-hari dan betapa bersederhananya hidup Ahmed Salleh sekeluarga.

Di sebalik semua itu, tidak pernah sekali pun Hamzah mendengar Ahmad Salleh mengeluh tentang kehidupannya. Malah yang sering sampai ke telinga Hamzah ialah ucapan hamdalah dan zikir-zikir memuji Allah. Dan selama Hamzah di rumah Ahmad Salleh, Hamzah dilayan dengan sangat baik dan istimewa, sehingga naik segan dia dibuatnya.

Lima belas ke sepuluh minit sebelum masuk waktu Zuhur, baharulah Ahmad Salleh akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Selepas solat dan mengurus diri, dia akan menghabiskan waktu petangnya dengan membaca. Malamnya, selepas solat Maghrib berjemaah di masjid, Ahmad Salleh akan pulang ke rumah untuk makan. Kemudian, mereka akan solat berjemaah Isyak di rumah. Selepas solat, Ahmad Salleh akan duduk memberikan sedikit tazkirah dan nasihat kepada anak-anaknya dan akan mendengar pula sekiranya mereka ada apa-apa masalah atau cerita yang ingin dikongsikan.

Meskipun baru lima hari Hamzah di situ, dia sudah terasa seperti salah seorang ahli keluarga Ahmad Salleh, biarpun hidungnya tidak mancung, kulitnya tidak putih mulus dan rambutnya tidak perang! Dan walaupun baru lima hari dia di situ, dia sudah memasang angan-angan untuk tinggal di situ lebih lama.

Tiba-tiba semangat Hamzah untuk pulang ke Malaysia tidak lagi membara seperti sebelumnya. Tiba-tiba tekadnya untuk melepaskan diri sejauh mungkin dari ISIS tidak lagi sekuat seperti sebelum dia sampai di Kıvırcık.

Dan ia bukan semata-mata disebabkan oleh suasana keluarga Ahmad Salleh yang soleh dan sejahtera, yang begitu mengesani jiwa Hamzah.

Tetapi kerana Aiyla. Ya, anak gadis Ahmad Salleh yang nombor tiga itu.

Di hari pertama sejak pandangan mata Hamzah jatuh ke wajah Aiyla lagi, dia sudah merasakan adanya satu kejutan elektrik yang tidak pernah dirasakannnya sebelum ini. Dia tidak pernah percaya pada cinta pandang pertama, kecuali pada hari itu.

Sejak hari itu, dia sentiasa mendambakan peluang untuk melihat wajah bidadari dunia itu, biarpun Ahmad Salleh tegas dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi. Suara Aiyla yang halus dan lembut itu sahaja sudah bisa mengggegarkan jiwa Hamzah. Pandangan mata Aiyla jarang sekali tersasar dari tepat menembak hati Hamzah, acap kali membuatkan dadanya sesak dengan debaran kencang.

Tetapi yang benar-benar membuatkan Hamzah terpikat pada Aiyla ialah apabila melihat betapa gadis itu amat menjaga agamanya. Selama Hamzah tinggal di rumah itu, Aiyla amat menjaga aurat dan kehormatannya. Tidak pernah sekali pun Hamzah terlihat Aiyla dalam keadaan mendedahkan auratnya. Dan Aiyla juga tidak akan berbicara dengan Hamzah jika tiada keperluan. Kebanyakan masanya, Hamzah hanya berpeluang untuk melihat Aiyla ketika waktu makan dan sesi tazkirah selepas Isyak. Semuanya benar-benar terjaga.

Berbeza sekali jika mahu dibandingkan hubungan Hamzah dengan Maria suatu ketika dahulu.

Aiyla juga merupakan lepasan sekolah Imam Hatip. Ahmad Salleh asalnya mahu anaknya itu menjadi seorang guru agama, sama seperti kakaknya. Tetapi kerana minat Aiyla yang mendalam dalam bidang kewartawanan, Ahmad Salleh terpaksa akur dengan kehendak anaknya itu. Namun dia boleh berasa lega kerana telah menyediakan asas agama yang kuat untuk anak-anaknya.

Mungkin menyedari Hamzah sedang angau dan memendam rasa terhadap anaknya, malam itu Ahmad Salleh memberikan tazkirah tentang peranan dan cabaran pemuda Muslim masa kini. Ahmad Salleh memberikan perhatian khusus tentang kebejatan sosial yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda Muslim hanya kerana gagal menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Sungguhpun Ahmad Salleh menyampaikan nasihat-nasihatnya dengan lembut dan penuh kebapaan, ia tetap menusuk ke hati Hamzah. Terbakar juga Hamzah dibuatnya malam itu!

Malam itu Hamzah sukar untuk lena. Sekejap dia mengiring ke kiri dan wajah Ailya segera tergambar dalam fikirannya. Kemudian dia mengiring ke kanan dan wajah Ahmad Salleh pula yang terpampang. Kata-kata dan pesanan Ahmad Salleh yang amat dihormatinya itu terngiang-ngiang dalam kepalanya. Lama dia mengelamun dan berfikir sehinggalah matanya terlelap sendiri.

Esoknya, Hamzah bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan. Malah dia bangun setengah jam lebih awal dari Ahmad Salleh. Selepas menunaikan empat rakaat solat sunat tahajud, dia menunaikan solat sunat istikharah. Ada perkara yang dia amat perlukan petunjuk daripada-Nya.

Lama Hamzah berdoa dalam sujudnya. Dia tidak meminta apa-apa secara khusus. Dia hanya meminta agar Allah memberikannya furqan, yakni neraca yang benar dalam membuat sesuatu keputusan. Usai memberi salam, dia berasa lega. Amat lega.

Dia yakin tindakan yang bakal diambilnya nanti ialah tindakan yang betul. Kerana dia tenang ketika membuat keputusan tentangnya. Sangat tenang.

Ketika dalam perjalanan pulang dari masjid selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, Hamzah memberanikan diri untuk memulakan bicara dengan Ahmad Salleh.

“Amca Salleh, if you don’t mind, can we talk for a minute?”

Ahmad Salleh memandang Hamzah dengan wajah yang sedikit kehairanan.

“Sure oğlum.. Sure.”

Ahmad Salleh memberikan isyarat kepada anak lelaki bongsunya untuk pulang dahulu.

Hamzah menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya pula dengan perlahan-lahan.

Bismillah.

“I have known you and your family for six days now. And I couldn’t ask for a better host, Alhamdulillah. You have been very kind and nice to a stranger like myself. May Allah shower you and your family with His bountiful blessings. ”

Ahmad Salleh tersenyum. Matanya berkaca-kaca.

“Hamzah, you are gift from Allah. Allah sent you to me…it’s taqdir. As Muslim, I must treat you well. You like my oğul…err son now.”

Hamzah memandang wajah Ahmad Salleh dengan penuh rasa terharu. Dia bertambah yakin yang Allah telah memberikannya taufiq untuk mengungkapkan kata-kata yang seterusnya.

“Amca Salleh, I have a favour to ask from you. A big favour.”

Ahmad Salleh memandang Hamzah dengan serius. Dahinya yang sudah sedia berkerut itu semakin berlapis-lapis garis kerutannya.

“What is it, oğlum? How can this old man help you?”

Hamzah teragak-agak untuk melafazkan katakata yang terbuku di hatinya. Namun dia kuatkan semangat. Sekarang, atau dia tidak akan menyatakannya sampai bila-bila.

“Can I… I want to marry your daughter, Aiyla.”

 

*****

 

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada siapa yang dapat aku adukan kerisauan dan kegelisahan aku ini melainkan kepada Engkau.”

Bilik utama rumah banglo bernombor 75 di Lorong Zaaba itu sengaja dibiarkan gelap. Jam di dinding menunjukkan pukul 4.35 pagi. Kelihatan seorang wanita bertelekung sedang khusyuk berdoa di atas sejadah.

“Ya Allah, ya rabbal a’lamin. Sekiranya aku ini seorang hamba-Mu yang taat kepada perintah-perintah- Mu, seandainya aku ini telah banyak berubah, menjadi seorang hamba yang lebih dekat dengan-Mu dan sekiranya segala amalan ibadahku, sedekahku, waqafku, amal kebajikanku dan apa-apa lagi amalan yang pernah aku lakukan ada nilai di sisi-Mu, maka aku ingin meminta kepada-Mu wahai Allah yang Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa hamba-hamba-Nya…”

Datin Zaleha tidak dapat lagi menahan air matanya dari bercucuran dengan lajunya, membasahi apa sahaja yang berada di laluannya.

“Selamatkanlah anakku Hamzah dan suamiku. Lindungilah mereka dengan kuasa yang ada pada-Mu. Lembayungilah mereka dengan dengan kasih-sayang dan rahmat-Mu. Izinkanlah dan bantulah mereka untuk selamat pulang ke Malaysia. Jauhkanlah mereka dari segala bentuk malapetaka, bencana dan musibah. Permudahkanlah urusan mereka untuk kembali. Kuat kanlah hati mereka dalam menghadapi sebarang ujian dan dugaan.”

Berombak-ombak dada Datin Zaleha menahan sebak. Namun dia terasa begitu lega dan puas dapat meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati di hening dua pertiga malam itu.

“Hanya kepada Engkau aku bergantung harap dan hanya kepada Engkau tempat aku meminta pertolongan. Aku hamba-Mu yang lemah, ya Allah. Aku hamba-Mu yang tidak ada daya-upaya, ya Rabb. Dan aku hamba-Mu yang tidak punya apa-apa, melainkan apa yang Engkau rezekikan. Bantulah aku, sepertimana yang Engkau mahu. Engkaulah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Kebeningan pagi itu tiba-tiba dipunahkan oleh satu panggilan telefon. Datin Zaleha segera mendapatkan telefonnya yang memainkan nada dering Rapuh dendangan Opick.

“Assalamua’laikum?”

Apa sahaja yang diberitahu melalui telefon kepada Datin Zaleha, ia pastinya sesuatu yang amat mendukacitakan kerana sejurus sahaja selepas itu, dia terduduk dengan raungan yang cukup menghibakan.

*****

 

Hamzah kini sudah tahu bila dan bagaimana dia tidak sedarkan diri sebelum dijumpai oleh Ahmad Salleh.

Ketika itu sudah tengah malam dan Hamzah masih tidak dapat menentukan lokasi semasanya. Yang dia pasti, dia masih lagi berada di tengah-tengah padang pasir yang langsung tidak bersimpati dengannya. Kabus malam yang tebal memburukkan lagi situasinya.

Hamzah mengalami dehidrasi yang amat teruk. Dia keletihan dan tidak berdaya lagi untuk meneruskan perjalanan. Dia malah mengalami halusinasi. Dia melihat Salman yang tersenyum, berdiri tidak jauh dari tempatnya.

Namun ketika Hamzah cuba berjalan untuk mendekati Salman, sosok itu semakin menjauhinya.

“Salman! Kau nak ke mana? Jangan tinggalkan aku berseorangan di sini! Salman!”

Mulut Salman bergerak-gerak seperti cuba untuk mengatakan sesuatu. Hamzah cuba untuk menangkapnya, tetapi kabus yang menyelubungi menghalangnya untuk berbuat demikian.

Dengan segala kudrat dan keringat yang dimilikinya, Hamzah cuba untuk mengejar Salman. Dia rindukan Salman. Dan tidak mahu melalui semua itu seorang diri.

“Salman! Salman! Salmaaaannn…”

Ketika itulah Hamzah jatuh dan tidak sedarkan diri.

Rupa-rupanya Hamzah sudah tidak jauh dari Kıvırcık. Hanya sahaja dia tidak dapat mengetahuinya kerana sudah tidak tentu arah dan keruan.

Pagi itu, Ahmad Salleh ke kebunnya lebih awal dari biasa. Dia ternampak Hamzah – yang ketika itu sudah tertiarap di atas tanah – tidak jauh dari kebunnya. Dia bergegas untuk mendapatkan Hamzah tanpa befikir panjang. Dia cuba untuk membangunkan Hamzah tetapi tidak berhasil. Tanpa ragu-ragu, dengan bantuan beberapa orang kampung yang kebetulan berada di situ, mereka mengangkat dan membawa Hamzah pulang ke rumah Ahmad Salleh.

Hamzah bukanlah orang pertama yang pernah diselamatkan dan dilindungi oleh Ahmad Salleh sekeluarga. Termasuk Hamzah, sudah lapan orang dari pelbagai bangsa dan latarbelakang yang berada dalam situasi yang sama – melarikan diri dari ISIS – yang pernah dibantu Ahmad Salleh. Cuma sahaja Hamzah yang paling lama menetap di rumahnya setakat ini. Dan Hamzah seorang sahaja yang pernah bertemu dengan Aiyla kerana ditakdirkan dia sedang bercuti.

Hamzah hanya tersipu-sipu apabila diberitahu tentang itu. Ahmad Salleh berasa bersalah kerana risau Hamzah salah faham; langsung dia meyakinkan Hamzah yang Hamzah sentiasa dialu-alukan dan boleh tinggal di rumahnya selama mana yang Hamzah mahukan.

Untuk semua yang telah Ahmad Salleh lakukan kepadanya, Hamzah amat terhutang budi dan berasa bersyukur sekali. Dia kini yakin yang bukan kebetulan Allah menghantar Ahmad Salleh untuk menjadi penyelamatnya. Bukan sahaja jasadnya sejahtera di bawah jagaan Ahmad Salleh, jiwanya juga hidup dan sentosa.

Tiga hari lepas, akhirnya Hamzah memberanikan dirinya untuk menghubungi ibunya di Malaysia. Pada mulanya, ibunya itu seperti yang boleh dijangkakan olehnya; emosional tak tentu pasal. Dia sehingga terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinganya kerana tidak tahan mendengar ibunya itu berteriak dan berleter diselang-seli dengan sedu-sedan yang menyebakkan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Hanya setelah Hamzah memberitahu ibunya yang dia sudah tidak lagi bersama ISIS dan kini sedang berusaha untuk pulang ke Malaysia, barulah gejolak perasaan ibunya itu sedikit reda. Namun setelah itu ibunya memberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya.

Ayahnya – Dato’ Sulaiman – sudah dalam perjalanan ke Syria untuk membawa Hamzah pulang. Malah ayahnya itu berangkat pada malam yang sama Hamzah melaksanakan rancangannya melarikan diri dari cengkaman ISIS.

Hamzah tidak tahu bagaimana untuk merespons pada maklumat yang menyebabkannya tercengang itu. Yang pasti, dia langsung tidak sangka yang ayahnya akan berbuat demikian. Dia tidak mengjangkakan ayahnya yang selama ini dianggapnya sebagai mementingkan diri dan tidak ada perasaan itu, sanggup mengambil keputusan sebegitu rupa.

Terbit rasa terharu dalam diri Hamzah. Muncul satu perasaan yang tidak pernah disangkanya masih wujud dalam dirinya terhadap ayahnya itu; rindu dan kasih.

Timbul juga rasa bersalah dalam diri Hamzah kerana telah menyusahkan ibu dan ayahnya sehingga mereka terpaksa membuat sesuatu yang tidak masuk akal sebegitu. Hakikatnya, dia tidak mungkin tahu sehebat mana tekanan perasaan dan jiwa yang telah disebabkan oleh tindakannya terhadap keluarganya, terutamanya ibunya itu.

Hamzah berjanji kepada ibunya yang dia akan cuba sedaya-upaya untuk menjejak keberadaan ayahnya kerana ibunya memberitahu yang ayahnya tidak dapat lagi dihubungi sejak semalam. Dia juga berjanji yang dia akan usahakan untuk pulang ke Malaysia bersama ayahnya. Sebelum mengakhiri panggilan, dia sempat menitipkan rasa rindunya pada ibunya itu dan adik-beradiknya yang lain.

Hari ini sudah genap seminggu Hamzah menumpang di rumah Ahmad Salleh.

Sepanjang Hamzah di rumah Ahmad Salleh, dia mengambil peluang itu untuk mengambil tahu berita dan perkembangan terbaru yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Dia sangat terkejut dan kagum apabila mengetahui kelajuan internet di sebuah pekan kecil seperti Kıvırcık lebih laju daripada sesetengah kawasan di Kuala Lumpur!

Hamzah kini tahu yang kerajaan Malaysia semakin tegas dan serius dalam memburu sebarang kegiatan yang disyaki ada kena-mengena dengan ISIS. Minggu lepas sahaja, unit anti-keganasan Polis Diraja Malaysia telah menahan tujuh orang dari pelbagai tempat dan latar belakang yang didakwa sama ada aktif menyebarkan propaganda ISIS, mengutip dan menyalurkan dana kepada kumpulan itu atau yang sedang merancang untuk ke Syria.

Hamzah hanya mampu menelan air liurnya apabila membaca berita itu.

Namun yang lebih memeranjatkan Hamzah ialah apabila membaca berita tentang penangkapan Ustaz Abu Ayyash lebih tiga minggu yang lalu. Dia ditangkap ketika sedang memberi ceramah di sebuah surau di Petaling Jaya. Rupa-rupanya unit cawangan khas PDRM telah lama mengekori dan memerhatikan gerak-geri dan segala aktiviti Ustaz Abu Ayyash. Akhirnya, apabila bukti telah mencukupi, mereka menyerbu Ustaz Abu Ayyash yang dilaporkan kaget dan cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

Hamzah tidak tahu sama ada mahu berasa simpati atau bagaimana. Di satu sudut, dia sedikit lega kerana dengan tertangkapnya orang seperti Ustaz Abu Ayyash, maka akan berkurang jugalah kebarangkalian untuk anak muda sepertinya yang akan terpedaya dengan dakyah ISIS.

Di satu sudut yang lain, Hamzah mengenali Ustaz Abu Ayyash sebagai seorang yang baik dan sangat mudah untuk didekati. Boleh jadi, ustaz benar-benar ‘ikhlas’ dalam merekrut kader-kader baru untuk ISIS kerana dia sungguh-sungguh beriman dengan perjuangan kumpulan itu. Untuk itu, Hamzah tidak dapat menghalang perasaannya untuk berasa belas akan Ustaz Abu Ayyash.

Hamzah juga – di sebalik perubahan sikapnya yang mendadak terhadap ISIS – tidak dapat menahan dirinya untuk mengambil tahu tentang perkembangan terbaru tentang pergerakan itu. Aleppo kini sudah berjaya ditawan ISIS; bermakna satu demi satu buah domino yang menuju ke arah kelumpuhan rejim Assad kini telah jatuh.

Hamzah gembira membaca berita itu, kerana ia bermakna kekejaman dan kezaliman Bashar al-Assad bakal ditamatkan tidak lama lagi. Tetapi dia juga khuatir kerana ia menandakan kekuasaan dan pengaruh ISIS semakin hebat. Sekiranya ISIS dibiarkan untuk terus bermaharajalela, kemaraannya mungkin tidak akan dapat disekat sampai bila-bila.

Untuk entiti seperti ISIS menggantikan rejim al- Assad bukanlah satu berita yang sebenarnya baik. Ibarat terlepas dari mulut harimau dan masuk pula ke mulut buaya. Situasinya semacam memilih syaitan yang sedikit baik berbanding syaitan-syaitan yang lainnya; namun hakikatnya syaitan tetap syaitan!

Daripada pembacaan yang dilakukan Hamzah, dia kini mengetahui yang peperangan saudara di Syria telah mengorbankan lebih 75,000 nyawa untuk tahun 2014 sahaja; lebih 3,000 daripadanya adalah jiwa kanakkanak yang tidak berdosa! Dia terkedu apabila fakta itu menghentam otaknya.

Tidak dapat tidak, dia berasa bertanggungjawab terhadap angka-angka itu, meskipun sepanjang tempoh singkatnya bersama ISIS, dia tidak pernah membunuh hatta satu nyawa. Dia berazam setibanya dia di Malaysia nanti, dia mahu menyebarkan kebenaran tentang ISIS. Dia mahu menanggalkan topeng ISIS dan mendedahkan wajah sebenar ISIS yang hodoh. Itulah paling kurang yang dapat dilakukannya bagi menebus rasa bersalah yang kini terasa begitu membebaninya.

Hari itu Hamzah mencari maklumat tentang kedutaan Malaysia di Turki. Dia bercadang untuk ke sana dan meminta bantuan mereka untuk mengesan jejak ayahnya, sekaligus merancang perjalanan pulangnya ke Malaysia. Dia juga mencari-cari sebarang maklumat yang ada di internet kalau-kalau warga alam maya punya sebarang info tentang ayahnya itu.

Ketika sedang menatal satu-persatu berita-berita yang terpampang pada skrin komputer, Hamzah bersua dengan satu tajuk berita yang menarik perhatiannya.

 

Seorang rakyat Malaysia diculik di Syria

Entah kenapa, berdebar-debar Hamzah menekan pautan untuk membaca berita itu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dibacanya.

ISTANBUL, 13 Nov – Seorang rakyat Malaysia telah dilaporkan hilang kerana diculik ketika dalam perjalanan ke Syria. Pihak kedutaan Malaysia di Turki telah mengesahkan, rakyat Malaysia itu yang merupakan seorang ahli perniagaan tersohor sedang dalam misi untuk membawa anaknya pulang…”

Hamzah tidak tenang. Jantungnya berdegup kencang.

Hamzah segera mencapai telefonnya dan menghubungi ibunya. Lama dia menunggu sebelum panggilannya akhirnya diangkat. Dengan esakan dan sedusedan yang tidak berkesudahan, ibunya mengesahkan apa yang dikhuatiri Hamzah.

Rakyat Malaysia yang diculik itu ialah ayahnya sendiri. Dato’ Sulaiman.

Menurut Datin Zaleha, berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh pihak kedutaan, kemungkinan besar Dato’ Sulaiman diculik oleh pihak ISIS ketika cuba untuk menyeberangi sempadan Turki-Syria melalui Kilis. Sehingga kini tiada siapa-siapa lagi yang menghubungi pihak kedutaan Malaysia untuk menuntut tebusan atau mengaku bertanggungjawab terhadap penculikan itu, tetapi mereka percaya yang Dato’ Sulaiman kini ditahan di Aleppo.

Pucat muka Hamzah. Dia seperti tidak mahu mempercayai apa yang diberitahu oleh ibunya itu. Lama dia terdiam. Fikirannya kosong. Buntu.

Selepas beberapa ketika sebegitu, setelah keadaan sedikit tenang, barulah Hamzah dapat berfikir dengan waras. Dia membatalkan hasratnya untuk ke Ankara untuk ke kedutaan Malaysia. Tiada gunanya dia ke sana sekarang ini.

Dengan fikiran yang masih sedikit bercelaru, Hamzah berfikir-fikir apakah langkah terbaik yang perlu diambilnya, dalam situasinya yang sedemikian rupa dan keadaan dirinya sendiri yang masih tidak tentu hala tuju. Yang pasti, dia mahu ayahnya selamat. Dia mahu pulang ke Malaysia bersama-sama dengan ayahnya yang masih bernafas, bukan dengan keranda yang membawa jasad ayahnya yang sudah tidak lagi bernyawa.

Dan Hamzah sudah tentunya tidak mahu ayahnya itu terlepas hari bersejarah pernikahannya dengan Aiyla nanti.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/276576/Aleppokalips