Tengok post Facebook kami untuk mengetahui soalannya.
Bagi yang sudah cuba menjawab soalan kami di Facebook, adakah ini jawapan anda?
1. Pekerjaan
2. Wang
3. Hutang
4. Aset
Selamat, jawapan anda sama dengan kebanyakan orang!
TETAPI.
Ini menunjukan anda mendapatkan latihan kewangan, bukan pendidikan kewangan.
Ramai orang mengikuti ini dan kehilangan segala-galanya. Malah, menyebabkan banyak penceraian berlaku. Pendidikan kewangan memberikan keupayaan untuk tidak mengikuti nasihat kewangan konvensional.
Bagaimana cara memperoleh kejayaan walaupun ketika ekonomi jatuh?
Kita akan dapat banyak pengajaran dari permainan Monopoly.
- Mula melabur secara kecil-kecilan, namun miliki impian besar. Sebagai peraturan, kami meneliti 100 unit hartanah sebelum kami membeli seunit hartanah. Setiap yang kami teliti, terutamanya yang merugikan, menjadikan kami lebih bijak. Berikan masa kepada diri kita sekurang-kurangnya 5 sehingga 10 tahun untuk belajar dan memperoleh pengalaman.
- Lebih banyak rumah yang kita miliki, lebih banyak aliran tunai yang kita peroleh. Pelabur yang berpendidikan kewangan perlu mengetahui perbezaan antara aliran tunai dan keuntungan modal. Kebanyakan pelabur yang tidak ada pendidikan kewangan melabur bagi memperoleh keuntungan modal. Sebab itu, keluar kata-kata seperti:
- “Nilai Rumah Saya Meningkat”
- “Harga Saham Saya Naik, jadi Saya jual saham itu”
- “Saya melabur dalam emas kerana harga emas naik”
Orang yang mengalami kerugian semasa krisis kewangan adalah orang yang melabur demi keuntungan modal semata-mata. Kerana bertaruh dalam sesuatu yang akan meningkat harganya, kekayaan mereka akan jatuh apabila pasaran jatuh.
Ingin tahu lebih banyak tentang pendidikan kewangan? Dapatkan ebuku Unfair Advantage Edisi Bahasa Melayu karya Robert Kiyosaki (penulis Rich Dad Poor Dad) dengan klik disini