Oh Baru Saya Faham: Kenapa Tidak Boleh Abaikan Pelajaran
karya: Nikhila Kilambi
Cerita-cerita dalam siri ini berkisarkan pelbagai situasi yang menyukarkan dalam kehidupan harian kita. Tujuan siri ini ditulis adalah bagi melatih anak-anak peka terhadap keperluan hidup, seterusnya memahami nilai baharu yang positif.
Keistimewaan buku ini:
- Membina psikologi positif anak-anak terhadap realiti kehidupan melalui kisah yang menarik dan memberi nilai.
- Merangsang minat membaca anak-anak melalui ilustrasi dan grafik yang menarik dan berwarna-warni.
- Sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi mewujudkan interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak secara santai.
Dapatkan versi e-book penuh di e-sentral.com
Penerbit: PTS
Penulis: Nikhila Kilambi