Ulasan Buku: Terbanglah Sayang

Serupa tapi tak sama. . Inaz dan Fiya sering mendapat gelaran “kembar”. Mereka mempunyai rupa yang hampir sama tetapi mempunyai karakter yang berbeza.
Sibuk dengan tugas masing-masing membuatkan Inaz dan Fiya mahu meluangkan masa bersama dengan aktiviti memanjat gunung. Mereka telah menjemput Muna dan Melissa untuk pergi bersama. Pertemuan empat rakan ini dengan empat orang jejaka (Arash, Hakim. Ikram dan Munir), di atas gunung legenda, membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka. Dalam diam Inaz telah jatuh cinta pada Arash, lelaki berbadan tegap yang merupakan seorang Mejar tentera. Fiya pula makin selesa bersama Faris walaupun sebenarnya dirinya masih ragu-ragu dengan Faris. Inaz memang tidak suka akan Faris sejak dari awal perkenalan Fiya dan Faris. Bukan dirinya cemburu akan Fiya yang mempunyai teman lelaki yang kacak, tetapi dia merasakan seolah-olah Faris mempunyai perwatakan yang sama dengan bapanya yang meningalkan ibunya kerana wanita lain. Dan tanpa pengetahuan sesiapa Inaz berjaya menggagalkan perkahwinan Fiya dan Faris di saat akhir. Disebabkan rasa bersalah terhadap Fiya, Inaz telah pergi menghilangkan diri. Ketika mengetahui perkahwinan Fiya dan Faris tidak dapat diselamatkan, Arshad datang menawarkan diri sebagai pengganti Faris. Perkahwinan Fiya tetap diteruskan, cuma pengantin lelakinya bukan Faris tapi Arshad, casino pa natet lelaki dambaan Inaz. Dalam diam timbul rasa sayang antara pasangan suami isteri ini. Mereka mula mengecapi kebahagian sebagai pasangan suami isteri. Namun sekembalinya Inaz setelah menghilangkan diri telah menimbulkan penyesalan di hati Fiya kerana bersetuju mengahwini Arshad. Fiya mula menjauhkan diri dari suaminya atas alasan mahu melihat Inaz bahagia, namun di sudut hati kecilnya dia masih menyayangi suaminya itu.Jalan cerita yang amat menarik. Kisah persahabatan dan cinta yang diadun dengan begitu baik sekali. Penulis pandai memainkan peranannya bagi menghidupkan watak yang ada dalam novel ini. Dalam cerita ni, pembaca boleh mempelajari apa itu kejujuran dalam persahabatan. Jalan cerita yang teratur membuatkan ia mudah untuk difahami.

 

Kategori: Romantik

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM 11.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/253