Ulasan Buku: Surat Dari Singapura

Kerana minat yang terlalu mendalam mengenai muzik Aflin bercita-cita untuk menjadi pemuzik terkenal dan pengubah lagu tersohor seperti artis pujuaanya, Tengku Alfee. Dia telah menjadikan Tengku Alfee sebagai inspirasinya dan ingin mempelajari muzik daripada Tengku Alfee sendiri. Selama lebih enam bulan Afdlin menghantar surat kepada Tengku Alfee bagi menyampaikan hasrat murninya  itu. Namun, suratnya itu tidak pernah di balas oleh Tengku Aflee. Afdlin tidak pernah berputus asa malah dia tetap menghantar surat berulang kali. Akhirnya Tengku Aflee terbuka juga hatinya untuk menerima Afdin sebagai muridnya dan meminta Afdin datang ke Singapura. Bermulalah kehidupan Afdlin sebagai anak didik Tengku Aflee. Dari situlah Afdlin banyak mengetahui sejarah silam artis pujaannya itu. Disebalik muzik yang digubah menjadi lagu ada kisah disebalik itu. Kisah di antara Tengku Aflee dan juga Mariam. Mereka berlainan darjat dan keturunan tetapi mempunyai cita-cita yang satu. Kerana salah faham hubungan cinta mereka telah terkubur begitu sahaja. Afdlin bercita-cita untuk menyatukan cinta mereka kembali.  Dia berusaha mencari surat yang berusia tiga puluh tahun yang telah menyebabkan salah faham antara mereka dan ingin menyatukan mereka semula yang sudah tidak percaya lagi kepada cinta.

Hasil karya Khairul Naim ini mempunyai keunikannya tersendiri. Penggunaan teknik flashback membuatkan pembaca lebih memahami kisah di sebalik Surat dari Singapura ini. Jalan ceritanya agak menarik dan mempunyai sedikit kelainan dari novel cinta biasa.  Inilah keunikan novel Surat Dari Singapura yang mungkin tiada pada novel lain.

 

Kategori: Romance

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM 10.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/1465