Buku ini mengisahkan tentang cinta tidak berbalas antara Arissa dan Izhan sewaktu di universiti. Lantaran kecewa kerana tidak menerima sebarang respons daripada Izhan, Arissa telah membawa dirinya sekali gus mengasingkan diri daripada rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Setelah sekian lama menyepi,akhirnya Arissa bertemu dengan Daniel dan mengikat tali pertunangan. Saat bahagia yang dirasainya tergugat oleh kehadiran Daim,iaitu teman rapat Izhan yang merupakan lelaki yang pernah dicintai Arissa di masa lalu. Malah luka Arissa bertambah parah apabila Izhan muncul menagih simpati. Daniel pula seakan merelakan. Tersepit dengan konflik ini, satu musibah berlaku menambahkan kepahitan dalam hidup Arissa. Keyakinan yang dibinanya selama ini hancur berkecai apabila mendapat khabar berita kematian tunang yang disayanginya ,Daniel pergi menghadap ilahi buat selamanya. Di luar pengetahuannya,Daniel telah mengikat satu janji bersama Izhan. Janji yang membuatkan Izhan serba-salah dan rasa bersalah. Mampukah Izhan menunaikan janji Daniel? Segalanya bakal terjawab didalam novel Segalanya Cinta…
Pada pendapat saya,novel ini mempunyi ciri-cirinya tersendiri.Dari segi susunan plot,penulis pandai memainkan peranan bagi menghidupkan jalan cerita.Pada mulanya,jalan ceritanya sama seperti permulaan jalan cerita novel cinta yang lain,tetapi apabila sampai kemuncaknya,jalan ceritanya semakin mendebarkan apabila sampai dibahagian tunang arissa,Daniel dilaporkan meninggal dunia di saat Arissa menghitung hari menjadi seorang isteri.Apakah yang akan terjadi dengan Arissa tatkala kehilangan cinta keduanya?adakah cintanya bertaut kembail kepada Izhan?atau sebaliknya…Segalanya terjawab didalam novel Segalanya Cinta.
Kategori: Romantik
Penerbit: Norhanizah Ismail
Harga: RM 7.99