Mengisahkan perihal nasib seorang gadis bernama Nadirah yang terpaksa melalui saat getir ketika kehilangan orang yang di sayangi. Ibunya meninggal akibat kanser hati dan pada tahun yang sama bapanya yang berkerja sebagai seorang polis telah meningal dunia akibat ditembak oleh penjenayah. Perkenalan yang tidak disangka atas dasar gurauan dari sahabatnya telah menimbulkan satu perasaan luar biasa dalam dirinya. Saiful Izham, merupakan seorang pelajar igaun ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Saiful yang juga dalam masa sama menyimpan perasaan terhadap Nadirah cuba sedaya upaya bagi membantu Nadirah untuk bangkit semula dari kepompong kesedihan yang di alaminya.
Jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis amat menarik. Ia sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri pembaca untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ia mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa walau apa pun rintangan yang di hadapi. Di dalam novel ini, apa yang dapat kita lihat kesungguhan seorang lelaki bagi memenangi hati gadis yang disukai walaupun pelbagai rintangan terpaksa di hadapi bagi memikat hati gadis tersebut.
Penulis: Puteri Dhamia
Penerbit: Kelas Buku Sdn. Bhd.
Hi, asal saya dari singapura. Ada cara bagaimana saya boleh mendapatkan novel yg ada disini.
Hello, tidak lama lagi kami akan memperkenalkan website eSentral untuk Singapura. kami akan maklum terima kasih.
Terima kasih atas ulasan novel ini …