Ulasan Buku: Bertemu Dengan Yis

9789838526463-medium

Bertemu dengan Yis menceritakan pengalaman Sarah bertemu dengan Yis. Sarah yang suka makan roti ingin mengetahui lebih lanjut tentang mikro-organisma yang membuatkan roti kesukaannya menjadi gebu. Yis begitu asyik menceritakan tentang kehidupannya.

Yis juga bercerita tentang musuhnya, iaitu mukor dan Rhizhopus. Mereka inilah yang merosakkan roti. Dalam cerita menarik tentang kehidupan yis, rupa-rupanya ada cerita sedih yang yis kongsikan bersama Sarah. Selamilah kisah kehidupan yis di dalam Siri Mikrob keluaran dari K Publishing.

Buku ini amat bersesuaian bagi kanak-kanak untuk mengenali tentang dunia sains. Ia amat menarik dan tidak membosankan. Melalui pembacaan buku ini juga, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat kanak-kanak untuk mendalami dunia sains.

Penulis: Mohaini Salim

Penerbit: K PUBLISHING SDN BHD

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/14304