Ulasan Buku: 25 Pahlawan Islam

Demi mempertahankan kesucian agama Islam telah lahirlah pahlawan-pahlawan yang sanggup meletakkan kepentingan agama melebihi daripada kepentingan diri. Mereka sanggup menegakkan agama Allah SWT dan mengorbankan diri demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi. Buku nukilan Shafie Abdul Rahman memaparkan kisah suka duka perjuangan para pahlawan Islam bagi menegakkan agama Islam bagi dijadikan pendoman buat pembaca.

Buku ini sedikit sebanyak memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada pembaca mengenai sejarah pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup berkorban nyawa demi menegakkan agama Allah iaitu agama Islam. Kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah sahaja,ia sewajarnya dihidupkan terus dalam diri terutamanya dalam perjuangan menjalani hidup sebagai seorang Muslim. Buku ini juga sediki sebanyak dapat dijadikan pendoman kepada pembaca bagi mempertahankan agama Islam. Buku ini sewajarnya dihayati dan dijadikan sebagai ikon kepada generasi muda Islam dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

Penulis: Shafie Abdul Rahman

Kategori: Religion

Penerbit: Must Read Sdn Bhd

Harga: RM 11.90

URLhttp://www.e-sentral.com/search/byid/1719