“Aku menggagahkan diri menapak menuju ke dalam lif. Berdua dengannya. Seperti dejavu kisah lama ketika kami menaiki lif berdua di awal perkenalan. Kemudian bertemu di dewan kuliah. Dua tahun setengah tempoh waktu untuk kami saling memupuk rasa. Setahun usia perkahwinan sebelum aku menamatkan dengan cara yang paling mudah.
Sampai di keretanya, aku duduk di tempat duduk penumpang, bersebelahan dengan Fuad. Sekali lagi kenangan lama muncul dalam pandangan minda. Waktu kami duduk berdua sebelah menyebelah sambil menonton TV bergelap di ruang kecil rumah sewa.
“You dengan boyfriend you, dah putus ke?” Tiba-tiba Fuad menyoal ketika perjalanan sudah separuh.
Aku diam tidak mahu menjawab.
“I ingatkan you dah kahwin dengan boyfriend you.”
Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta. “I boleh putus dan kahwin dengan siapa yang I nak.”
Aku dengar helaan nafasnya. “You still hate me?” soal Fuad.
“I tak pernah membenci you.” Cukuplah dulu kami sama-sama terluka. Aku tidak mahu membuat dia terguris perasaan.
“Tapi you pernah menyampah pada I.” Dia bersuara.
“Aku terkedu. Sebab itukah dia pernah meluahkan perkataan ‘menyampah’ kepadaku? Dia masih ingat dan masih berdendam tentang itu?”
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com