Kerana terdesak dalam mencari pekerjaan, Suri Isabella terpaksa memegang jawatan sebagai pembantu peribadi kepada seorang lelaki yang berlagak dan miang seperti Adrian. Ini membuatkan hari-hari Bella di pejabat itu semakin tidak tenteram dibuatnya. Setiap hari, bagaikan ada saja wanita seksi yang datang bertandang ke pejabat itu. Bella juga ditugaskan untuk mengingati setiap nama skandalnya lengkap dengan biodata sekali. Memang kerja gila namanya! Kehadiran Adi, yang sudah beberapa tahun tidak berhubung seakan mengubah segalanya. Bella menaruh hati kepada lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di Melbourne dulu. Malangnya, sahabat baiknya Eja juga menaruh perasaan yang sama terhadap Adi. Bella terperangkap di dalam dilema. Bingung. Tidak pasti keputusan manakah yang terbaik untuknya pilih. Keadaan semakin rumit apabila papanya ingin menyatukan dia dan Adrian. Mana mungkin dia dapat mencintai seorang lelaki yang cukup dia benci selama ini. Tambahan dengan perangainya yang kaki perempuan itu, sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu tidak mampu untuk menjadi suami yang baik. Mampukah Bella bertahan dalam mengharungi dugaan ini? Apakah dia mampu menolak permintaan papanya dan seterusnya menerima Adi?
SESEKALI aku mencuri pandang ke arah wajah lelaki yang sedang fokus memandang jalan raya itu. Mulut ini terasa seperti ingin berkata sesuatu, tetapi melihat wajahnya yang begitu serius, ibarat seekor harimau yang sedang menanti untuk menerkam mangsanya, lebih baik aku membantutkan sahaja niatku.
“Bella…” Lelaki itu memanggil namaku dengan nada perlahan, sekali gus membuatkan aku terpaksa memandang ke arah wajahnya sekali lagi. Jangan kata dia nak naik angin lagi sudah.
“I’m sorry… I tahu I tak patut naikkan suara tadi…” ujarnya lagi. Aku masih terdiam, tidak pasti apa kata-kata yang perlu aku balas. Takkan nak cakap, ‘okey… Never mind. Saya tahu semua ni sebab Adreana…’ ataupun… ‘Eh, tak payah minta maaf, awak tak salah pun.’ Erk… Okey, kedua- dua pilihan jawapan sangatlah poyo.
“Boleh tak you janji dengan I, yang you takkan larikan diri lagi macam tadi?” soalnya sambil menjeling ke arah aku yang duduk bersebelahan. Aku masih mendiamkan diri. Macamlah lepas ni aku nak keluar lagi dengan dia kut?
“Boleh atau tidak?” soal lelaki itu lagi setelah gagal mendapatkan jawapan dariku.
“Okey, okey… Boleh…Tapi, kalau saya nak tanya sikit, awak jangan marah ya?”
“Apa dia?”
“Janji dulu awak takkan marah…” ujarku sambil menghalakan jari telunjuk ku kepadanya.
“Okey, I tak marah…”
“Kenapa awak tak suka Adreana datang sini? Bukan ke, dia tu girlfriend awak?”
“Kenapa you cakap macam tu?”
“Yalah, selalunya awak tu kalau dengan perempuan, bukan main happy lagi. Tapi hari ni, awak tak macam selalu. In fact, saya tak pernah pun nampak awak marah-marah perempuan… Kecuali saya,” jelasku lagi. Ayat terakhir itu cuba ku perlahankan intonasinya.
Lelaki itu melepaskan tawa kecil dan kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Awak sebenarnya jealous, kan?” soal lelaki itu. Entah dari sudut mana yang dia nampak aku jealous, aku sendiri pun tak pasti, memang perasan betullah mamat ni!
“Haaa? What? Excuse me… No way. Tak ada faedahnya saya nak jealous pun. Lagipun, saya bukannya ada perasaan pun dekat awak…”
“Mengaku ajelah…”
“Pleaselah, Adrian… Saya berada dekat sebelah awak sekarang ni pun atas sebab kerja tau. Awak bos dan saya pekerja… That’s all… Tak lebih daripada itu, okey?” balasku sambil memeluk tubuh.
“Okey… Fine… Tapi, takkan tak ada sikit pun perasaan cinta pada saya?” soalnya lagi sambil menunjukkan secubit jari.
“T-I-A-D-A… Tiada…” Aku mengeja perkataan itu dengan jelas dan terang. Semoga lelaki itu dapat seratus peratus apa yang aku sampaikan.
“He is a lucky guy. To own you.”
“To own me? Siapa?” soalku sambil mengerutkan dahi.
“Lelaki yang I nampak dengan you dekat bawah office hari tu. What’s his name…” jawabnya sambil cuba meneka.
“Who? Adi?” jawabku secara spontan. Entah kenapa mulut ini begitu ringan tak sengaja menyebut nama lelaki itu di hadapan Adrian. Segera aku tutup mulutku menggunakan kedua-dua tapak tangan.
“Ooo… Adi… So, maknanya I kena compete dengan Adi lah lepas ni untuk dapatkan you?”
“Dia bukan boyfriend I lah!”
“Wow… That’s better! Maknanya, I tak perlu compete dengan sesiapa.”
“Stop it, Adrian. Boleh tak kita tukar topik lain? Please …”
“Yes, madam! Noted…” Dia tergelak kecil sebelum menabik tangan.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com