Ayam Madu
Bahan A:
500 g Ayam
4 sudu makan sos tomato
1 cawan kacang pis
1 labu bawang besar (dimayang kasar)
3 sudu makan madu
Minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Bahan B (Dikisar):
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan C (Bagi Menumis):
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Cara membuat:
1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak
3. Angkat ayam dan ketepikan
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukupnya bagi menumis (anggaran 1 senduk)
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi
6. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga pecah minyak
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar, dan madu. Kemudian kacau rata.
8. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, boleh dihidangkan.
Nak resipi ayam lainnya? Jom beli buku resipi Chef Hanieliza Senangnya Memasak… Ayam. RM 2.75 sahaja semasa Ramadhan di http://bit.ly/1LjMQ76