[SNEAK PEEK] Psikologi Cinta (Edisi Kemas Kini)

Psikologi Cinta (Edisi Kemas Kini) oleh Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin

Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam. Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta. Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan.


Sembahyang Istikharah

Berlainan pula halnya bagi yang mempunyai calon. Kadangkala kita tertanya-tanya adakah si dia pilihan yang terbaik? Persoalan ini kerap menghantui fikiran. Begitu juga dengan yang mempunyai ramai peminat dan tidak tahu bagaimana untuk membuat pilihan terutama mereka yang mempunyai personaliti menarik ataupun selebriti yang terkenal seperti ahli kumpulan In-Team, UNIC, Saujana, Siti Nurhaliza, dan lain-lain? Bagaimana pula jika harus memilih antara dua orang calon, siapa yang harus dipilih? Semua persoalan ini dapat dirungkai dengan menunaikan solat istikharah.

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad mengajarkan sembahyang istikharah yang bertujuan memohon hal yang lebih baik dalam segala urusan. Sembahyang istikharah ialah sembahyang sunat dua rakaat yang dilakukan bagi membantu membuat pilihan terbaik ketika berhajatkan sesuatu. Lakukanlah sembahyang istikharah sekerap mungkin sehingga kita yakin dengan pilihan hati. Doa di bawah adalah khusus untuk sembahyang istikharah.

Nak baca lebih lanjut? Boleh dapatkan ebook di-

https://www.e-sentral.com/book/info/338265/Psikologi-Cinta-Edisi-Kemas-Kini’