. . .
Rutin harian Wafa juga sudah dihafal Hakim. Pukul 8.00 pagi, Wafa akan menjemur kain. Selepas itu, gadis itu akan menyiram pokok bunga dan membasuh lantai rumah. Kadangkala Wafa membasuh kereta yang terdapat di garaj. Rajinnya bakal isteri Abang Hakim!
Hakim bergegas memetik tali gitar saat terlihat Wafa melangkah keluar dari pintu rumah dengan mengelek bakul kain baju di sisi pinggang.
“1, 2, 3, 4!”
Langkah Wafa terhenti saat mendengar suara Hakim seiring dengan petikan gitar. Pantas dia melilau mencari datangnya suara itu. Seketika, mulutnya melopong luas saat terlihat si Hakim sedang memetik gitar sambil bertenggek di jendela rumah Pak Din.
OMG! Dia nak tergelak melihat Hakim berpakaian seperti kumpulan reggae.
Hakim mengenyitkan mata pada Wafa saat tahu gadis itu terkaku melihatnya. Kemudian kening dinaikkan berkali-kali sebelum sebuah lagu Encik Mimpi dinyanyikannya. Lucky star!
Pabila bertemu kenapa mataku
Tak pernah mahu berpaling dari memandang mu
Pabila berjauh telefon bimbitku
Tak mahu terlepas jika ada pesananmu
Wafa pantas meletak bakul kainnya ke lantai dan menyarung selipar, lalu Hakim didekati.
“Awak, diamlah! Malu orang tengok!” marah Wafa sambil memandang kiri kanan takut ada orang kampung yang lalu lalang terlihat sketsa ini. Paling dahsyat kalau daddy yang nampak!
Hakim sengih-sengih pada Wafa. Amaran Wafa tidak dia endahkan. Siap dipejamkan mata konon sedang menghayati lagu yang sedang dinyanyikan.
Usai mendendangkan lagu yang kononnya dinyanyikan khas untuk Wafa, Hakim merenung buah hatinya itu dengan senyuman paling manis sekali.
“Amacam, Fa? Abang kelakar tak?” soalnya selamba.
Wafa sudah berkerut muka. Kelakar? Itu ke point utama Hakim menyanyi macam ni punya gaya? Ya Allah, apa nak jadi dengan Hakim ni?
“Walaupun tembok rumah ini memisahkan kita, namun hakikatnya abang rasa kita tak pernah terpisah, Fa. Abang dan Wafa seperti sentiasa bersatu.” Hakim mula bermadah pujangga.
. . .
Penulis: Cik Bawang
Dapatkan e-book penuh di e-sentral.com