SNEAK PEEK KAMERA

9789670954516-medium

KAMERA Oleh Min Jamil

Surat 2

Maafkan aku kerana tidak bertanyakan khabar kau. Biasalah, bila dah mula berceloteh, topik utama pun boleh lari jauh. Pernah tak kau bersembang dengan seseorang dan mula cerita sesuatu tapi bila sampai satu masa kau akan tanya diri sendiri, macam mana aku boleh sembang sampai ke topik ini? Perkara yang sama juga akan berlaku bila kau melayari
internet. Pada mulanya, kau akan semak laman sesawang yang kau ingin kunjungi, tiba-tiba beberapa jam kemudian kau dah terperosok ke dalam laman-laman yang entah apa-apa. Kalau kaki porn pula, pada mulanya tengok blue biasa, tapi sampai suatu ketika dah sampai masuk laman main dengan haiwan. Aduh, minta simpang! Oh ya, macam mana aku boleh sembang sampai ke topik ini?

Aku tak ingat bila kali terakhir kita berjumpa. Adakah kau masih ingat? Aku pasti hidup kau mesti bahagia sekarang. Adakah kau masih seperti dulu? Seingat aku dulu, kau ada prinsip hidup yang sangat mengujakan aku. Adakah prinsip-prinsip yang kau bawa dulu masih kekal sehingga sekarang? Kalau ya, aku sangat bangga dengan kau. Maknanya, jati diri kau teguh dan kau masih mahu mengekalkan identiti yang tersendiri. Selain itu, kau tak mahu jadi pretentious dan lakukan sesuatu hanya untuk memuaskan kehendak orang lain. Tapi kita perlu ingat, prinsip hidup mungkin akan berubah ikut masa dan pengalaman. Lebih jauh kita mengorak langkah, makin cepat ia berubah. Pada masa yang sama, sekiranya ia tidak berubah, ia akan menjadi utuh. Semuanya bergantung pada apa yang ada di sekeliling kita. Semua benda boleh mempengaruhi satu sama lain.

Betul cakap kau. Lain orang, lain sebab untuk mereka travel. Seperti yang aku katakan dulu, aku travel untuk lari dari realiti. Kau pula mahu pergi mencari realiti. Bunyinya agak berbeza tapi boleh jadi maksud yang sama bergantung kepada keperibadian masing-masing. Kau pula pergi melancong ingin melihat kehidupan orang yang lain nasibnya dari diri kau sendiri. Kau suka pergi negara-negara yang jauh terpencil, tidak membangun dan kurang teknologi. Kepayahan mereka untuk meneruskan hidup membuatkan kau berfikir, sekiranya mereka mampu meneruskan hidup dalam kepayahan begini, mampukah kita? Untungnya menjadi mereka, nikmat-nikmat kecil yang hadir seperti bekalan air bersih dan makanan yang
mencukupi sudah cukup untuk buat mereka gembira sepanjang bulan. Bagi orang sekeliling kita di bandar pula, mereka hanya mahu disuap kecanggihan dan material mahal untuk berasa seronok. Kadang-kadang orang yang susah itu lebih mudah capai nikmat keseronokan. Pada masa yang sama, mereka seolah-olah lebih mudah capai tahap kesyukuran.

Perjalanan terawal aku menjelajah Eropah juga merupakan perkara yang paling gila aku pernah buat dalam hidup ketika itu. Aku menjelajah dari Copenhagen hingga ke Rome secara solo menaiki tren menggunakan pas InterRail. Ideanya mudah, aku beli pas tren yang boleh digunakan sebanyak mungkin dalam masa sebulan. Bunyinya memang sedikit meh, ini pun kira gila ke? Tapi untuk seorang remaja yang tak pernah melakukannya, ia tidak semudah yang disangka – macam beraksi pada malam pertama. Selain dari mengelak menggunakan kapal terbang yang melecehkan – memandangkan lapangan terbang memang jarang terletak di tengah bandar berbanding stesen keretapi, aku juga dapat menikmati pemandangan indah sewaktu perjalanan dari sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain. Perjalanan aku diatur secara longgar untuk mengelak seberang unnecessary stress yang boleh buat aku gelabah tanpa sebab.

Pemilihan kawasan untuk aku berhenti dan kunjung pula adalah untuk memastikan
jarak perjalanan yang aku lalui adalah sejauh mungkin. Aku mahu merasai perjalanan tren yang panjang. Aku mahu merentasi segalanya. Aku mahu lihat lebih banyak lagi.

Sewaktu di Copenhagen, dengan menggunakan akaun Couchsurfing aku yang kian aktif, aku tumpang rumah 3 pemuda Denmark yang budiman. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku bertemu dengan pemuda Kristian yang sungguh warak. Mereka juga mengamalkan gaya hidup
gotong-royong seperti masak bersama-sama, kemas rumah bersama-sama dan membeli
barang rumah bersama. Hal ini mengingatkan aku semula terhadap komuniti ghetto Melayu di Dublin. Aku tinggal di sana buat dua malam dan pada malam terakhir di sana, mereka masakkan makan malam buat aku lalu kami baca doa bersama-sama.

Di Amsterdam, aku bertemu seorang perempuan yang merupakan guru di sebuah sekolah untuk kanak-kanak istimewa. Pada waktu itu terdapat seorang gadis Jepun turut berada di rumahnya. Aku lawat tempat-tempat menarik di Amsterdam dan juga Red Light District yang selalu dihebohkan. Namun aku rasa malu bila melalui kawasan itu. Aku rasa kasihan melihat perempuan yang cuba memikat para pelancong. Mereka seolah-olah nampak dipaksa dan tak rela. Kenapa mereka masih melakukannya? Kenapa mereka tidak cari kerja lain? Bagaimana perasaan keluarga mereka? Beratus soalan berlari dalam kepala otak aku, lalu aku pulang ke rumah untuk beromen dengan gadis Jepun di ruang tamu.

Bandar seterusnya yang aku jenguk ialah Paris. Malangnya aku tiba pada waktu Krismas jadi semua orang sibuk dengan perayaan masing-masing. Jadi aku hanya tidur di hostel yang berdekatan stesen keretapi. Tiada apa yang boleh aku katakan tentang Paris selain dari
fakta-fakta yang berikut:

1. Bandar ini penuh dengan scam.

2. Terlalu ramai pelancong yang bergambar dengan La Joconde.

3. Kewujudan sebuah menara besi yang sampai sekarang aku
tak tahu apa fungsinya.

Kemudian aku naik tren ke St. Chamond di timur tengah Perancis sebelum dijemput kawan seuniversiti aku di Dublin untuk ke rumahnya di Le Bessat. Memandangkan masa aku sampai itu sudah malam, aku tidak pasti bagaimana rupa tempat itu waktu siang. Namun kawan aku sudah memberi amaran untuk bawa baju sejuk yang secukupnya dan boots yang real. Esok paginya, aku terkesima melihat pemandangan di depan mata aku. Gunung-ganang yang
dipenuhi salji, jalan yang dilitupi salji sehingga tahap lutut serta kesunyian dari bunyi kenderaan berat membuatkan aku jatuh cinta dengan pekan kecil ini. Tengahari itu kawan aku ajar bagaimana nak main ski depan rumahnya sebelum kami menaiki Alpe d’Huez pada malam sama untuk mencuba ski yang sebenar esok harinya.

Di atas pergunungan Alps, aku masuk percuma untuk ski tanpa bayar apa-apa dengan hanya menggunakan equipments kawan aku selain daripada menumpang chaletnya. Malam terakhir aku di Alps, ibunya masakkan aku sup ikan. Warna dan rasanya sebiji macam kuah laksa. Sebagai tanda terima kasih, aku mahu beromen dengan kawan aku itu namun dia lesbian.

Destinasi terakhir aku ialah Itali yang merupakan fokus utama dalam perjalanan aku pada waktu itu. Kelebihan untuk berjalan sewaktu musim sejuk ini adalah kekurangan pelancong pada masa itu. Bandar-bandar kecil terutamanya di Itali ini, memang akan penuh bila tiba musim panas, bahkan kalau sewa hostel juga boleh naik dua hingga lima kali ganda.
Malangnya di Itali, aku tidak dapat tempat untuk surf menggunakan Couchsurfing. Itali memang terkenal dengan teori Couchsurfing yang aku sebutkan sebelum ini:

Para Couchsurfer perempuan takut untuk host lelaki, manakala para Couchsurfer lelaki hanya mahu host perempuan.

Jadi lelaki macam aku ini memang akan tertinggal begitu saja. Ini berdasarkan apa yang dikatakan seorang Couchsurfer yang aku jumpa di Florence. Sewaktu di Florence, aku sertai aktiviti penyediaan makan malam yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baru oleh komuniti Couchsurfing di Florence. Kami masak pesto secara pukal. Aku agak terkejut melihat bilangan Couchsurfer yang hadir. Memang ramai namun tak ada seorang pun yang nak host aku. Babi betul. Malam itu aku pulang awal ke hostel untuk melihat dua perempuan sedang bersenggama dengan seorang lelaki atas katil aku. Aku terus ke tandas untuk melampiaskan nafsu seorang diri.

Selepas itu, aku tiba di Venice. Ada beberapa benda yang kau perlu tahu
pasal Venice:

1. Memang mudah untuk sesat dalam pekan yang hanya dipenuhi lorong kecil ini.

2.Makanannya naharam mahal nak mampus.

3.Gondola merupakan perangkap pelancong terang-terangan, mahal gila.

Selain itu, tiada apa lagi yang menarik tentang Venice. Bandar ini memang hidup disebabkan pelancong dan dihidupkan untuk pelancong. Kesemua kedainya adalah untuk pelancong. Kadang-kadang aku tertanya juga ke mana pergi semua orang tempatan. Mungkin mereka semua cuma bekerja di kedai-kedai untuk pelancong manakala yang lain bawa gondola dan speedboat. Bayangkan kalau kita semua boikot Venice secara ramai-ramai untuk 3 bulan, aku pasti bandar ini akan mati dalam sekelip mata.

Aku masih boleh belum lupakan pizza yang aku makan di Gino Sorbillo, Napoli. Sejujurnya, ia antara pizza paling sedap yang pernah aku makan. Dengan harganya yang berpatutan untuk saiz yang power dan rasa yang sedap, pizzeria ini mungkin yang terbaik. Ramai yang gelar bandar ini sebagai Napoli Darul Pizza (aku seorang saja yang cakap setakat ini) namun
memang tidak boleh disangkal. Selain itu, Napoli juga merupakan bandar yang mana peminat bolasepaknya mempertuhankan Maradona dan menganjingkan Juventus dan kelab-kelab gergasi lain di Itali. Aku sempat tonton perlawanan di Stadio San Paolo dengan hanya membayar 10 euro untuk tempat duduk berhampiran ultras mereka. Gegak-gempita stadium buat telinga aku bingit dan jelas sekali para penyokong mereka bukan datang untuk
tengok bola semata-mata tapi untuk berperang. Bersembang dengan beberapa peminat Napoli, mereka terangkan bahawa mereka bukan saja menyokong bolasepak Napoli kerana pasukannya, tapi kerana Napoli itu sendiri sebuah tanah yang agung. Dalam erti kata lain, mereka cuba katakan vaffanculo kepada bandar seperti Milan dan Rome kerana suatu masa dulu, Napoli merupakan ibu kota bagi Two Sicilies sebelum penyatuan Itali pada 1861 (aku baru Google tadi).

Selepas itu, aku habiskan saki-baki masa menjelajah Rome pula. Impian aku dari kecil tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melawat Colosseum. Elok saja lepas letak beg, aku terus berjalan ke arah Colosseum dengan melalui Parco Del Colle Oppio. Sebaik melepasi taman itu, aku boleh lihat dengan jelas depan mata aku gelanggang para gladiator beraksi. Impian aku waktu kecil sudah tercapai. Hati aku tiba-tiba rasa sebak memikirkan perjalanan hidup aku yang sudah bawa aku hingga ke sini dan pada masa yang sama perjalanan musim sejuk aku yang sudah ingin mencapai sebulan.

Rome merupakan bandar yang penuh sejarah. Aku suka lihat bagaimana kesemua bangunan lama akan dipelihara dan tidak akan dirobohkan walaupun bentuknya tidak ada lagi. Jadi ketika berjalan atau memandu di sini, akan kelihatan beberapa ketul batu besar yang terpacak ditepian jalan. Itu bukanlah tahi bintang namun sebenarnya tinggalan dalam kota Rome yang lama. Di Malaysia pula, lain ceritanya. Semua benda nak dirobohkan untuk dibina shopping mall ataupun kawasan perumahan kos tinggi nak mampus. Pada hari terakhir aku di Rome, aku ke Vatican City berjumpa pope untuk ambil berkat.

Sebenarnya antara Le Bessat dan Florence, aku ada berhenti di Zürich untuk beberapa hari namun aku malas nak tulis di sini sebab ia akan perlukan satu lagi surat dan aku sekarang dah naik malas.

Ramly

Surat 3

Aku tidak sangka kau akan tanya soalan macam itu. Kau rasa macam mana? Kau rasa kita akan bertemu lagi ataupun tidak? Ini satu soalan yang sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu macam mana nak jawab. Kau ingat lagi kali terakhir kita berjumpa yang bila mana kau hilangkan
diri secara tiba-tiba? Merata-rata aku cari kau ke sana dan ke mari namun tidak jumpa-jumpa juga. Kau tahu tak aku rasa resah dan tak keruan sehingga bagai nak gila? Ya, bunyinya macam over sangat tapi aku jujur sekarang. Kau boleh bayangkan macam mana kalau secara tiba-tiba orang yang kau rapat tiba-tiba hilang begitu saja? Bagi aku, membayangkan perasaan itu saja sudah cukup menakutkan. Tidak boleh dikecapi akal untuk memikirkan mereka yang melalui pengalaman itu secara first hand. Kematian mungkin boleh jadi antara faktor utama untuk seseorang meninggalkan kita. Putus hubungan pun sama. Bagaimana kau nak terangkan rasa perasaan yang sedih bila ditinggalkan? Aku pun tidak pasti macam mana nak terangkan tapi rasa yang agak sama adalah seperti menyanyi lagu jiwang putus cinta. Sebab itu ramai orang suka dengar lagu itu sambil nyanyi mendayu-dayu – untuk merasai perasaan kehilangan walaupun diri sendiri tidak pernah bercinta. Boleh dikatakan seolah-olah perasaan itu kadang-kadang mengujakan – teruja dalam kesedihan.

Aku sebenarnya memang tidak berapa gemar belajar di sekolah perubatan. Belajar medicine ini sangat membosankan. Dari 8 pagi hingga ke 5 petang di hospital. Bunyinya macam seronok dan adventurous tapi percayalah, untuk lakukannya setiap hari memerlukan hati yang kental dan lutut yang keras. Aku boleh senaraikan 1001 sebab kenapa aku benci med school, namun
aku terlalu sakit hati sehingga malas nak tuliskan di sini. Aku memang berminat untuk jadi doktor suatu ketika dulu, namun minat itu kian pudar bila aku masuk universiti. Aku baru sedar bidang ini indah khabar dari rupa. Kau dapat bayangkan doktor yang bergaya dan kacak berjalan ke sana ke mari dengan penuh keyakinan. Walhal, dalam realitinya mereka semua kelam-kabut ke sana ke mari dalam peluh yang membasahi seluar dalam. Lebih kasihan melihat doktor muda yang secara lahiriahnya nampak seperti pekerja buruh. Kadang-kadang
aku rasa tukang sapu sampah di hospital ada lebih banyak masa luang berbanding
para doktor muda.

Med school juga buat aku rasa macam hidup dalam penjara. Dan yang kelakarnya bila aku lihat para pelajar lain, mereka seolah-olah seronok untuk teruskan hidup dalam penjara ini. Semua orang sembang pasal penyakit, semua orang sembang pasal organ, semua orang sembang pasal ubat-ubatan. Siapa nak sembang pasal politik? Siapa nak sembang pasal isu-isu
semasa? Tiada sesiapapun. Kalau ada pun, mereka akan cakap dalam hati saja. Sebab di med school, kau akan cuma cakap pasal pelajaran dan itu memang tidak akan berubah. Kadang-kadang aku terfikir sama ada med school membuatkan aku lebih bijak ataupun sebenarnya cuma sebuah kilang pembodohan beramai-ramai. Ramai yang di sekeliling aku tidak peka dengan apa yang berlaku di luar. Kadang-kadang mereka seolah tidak sedar dan tidak mahu sedar. Seperti aku katakan tadi, mereka tahu mereka dalam penjara dan mereka menyukainya. Ini sangat menakutkan!

Walau sebenci mana pun aku terhadap bidang perubatan, aku masih mahu teruskan juga. Sudah bertahun-tahun aku habiskan masa belajar jadi aku tidak mahu siakan masa yang aku ada. Masa yang berlalu memang tidak boleh ditebus balik, kita cuma mampu berusaha untuk pastikan masa depan kita boleh memuaskan hati sebaik mungkin. Caranya adalah
untuk meneruskan perjuangan tanpa erti penat lelah. Jadi aku berazam untuk teruskan juga perjuangan aku dalam pelajaran ini. Aku anggap med school ini sebagai satu journey. Bayangkan kalau suatu hari nanti aku gagal dalam peperiksaan ataupun aku gagal dalam pengajian, sekurang-kurangnya aku tahu apa rasa kegagalan dalam peperiksaan.
Sekurang-kurangnya aku tahu apa rasa gagal selepas berusaha bersungguh-sungguh.
Sekurang-kurangnya aku boleh cerita dekat orang lain, aku dah belajar bertahun-tahun hanya untuk gagal. Screw my life! Sekurang-kurangnya aku boleh ceritakan pengalaman ngeri ini kepada bakal pelajar ataupun para pelajar yang tidak tahu nak ambil jurusan apa. Aku rasa pengalaman aku di med school ini patut dibukukan. Masalahnya, mood aku untuk menulis makin lama makin hilang. Makin lama makin slow.

Sewaktu di Zürich, aku sedikit lost untuk seketika. Setelah berminggu berjalan menggunakan matawang Euro, aku perlu tukar duit ke Swiss Francs yang mempunyai nilai yang sungguh nauzubillah. Setiap kali aku nak guna duit beli apa benda sekalipun, aku rasa sedih, insaf dan kecewa. Banyak lagi adjektif negatif yang boleh dimasukkan namun aku lebih suka untuk
bersederhana. Matawang di sini sangat kukuh, sekukuh pelir di awal pagi. Jadi aku tiba di Zürich setelah menempuh perjalanan dari Le Bessat, melepasi gunung-gunung bersalji yang sangat indah. Aku SMS host aku di Zürich untuk tetapkan rendezvous untuk kami bertemu. Katanya, dia ada kelas di universiti sehingga petang jadi boleh jumpa aku di stesen keretapi pada waktu aku tiba. Elok saja aku sampai, aku terima lagi satu SMS darinya:

Tall girl with huge scarf 🙂

Aku balas:

Asian guy with red shoes 🙂

30 saat selepas itu dia terus datang menemui aku. Tanpa segan-silu, kami berbalas ciuman di pipi dengan pelukan ringan.

“Ramly,” kata aku.

“Sara,” jawabnya.

Aku terus jatuh cinta. Ya, aku tahu itu benda yang mustahil namun kali ini aku rasa lain macam. Macam kena rasuk, macam kena pukau. Pernah tak kau suka orang hanya pada kali pertama kau pandang wajahnya? Bunyinya macam sangat Bollywood, namun itulah yang terjadi pada aku petang itu di Stesen Keretapi Zürich. Sara temankan aku untuk beli lagi satu tiket tren untuk ke rumahnya di Seebach. Dia cuma perlu guna pas bulanan. Tiket ke Seebach bersamaan harga sebiji kebab di Zürich yang bersamaan dua biji kebab di Dublin. Setibanya di rumah, kami terus mulakan sesi taaruf.

Pertama kali aku berhubung dengan Sara adalah melalui Couchsurfing. Sewaktu itu, aku masih di Paris. Aku terserempak dengan profile-nya yang diisi dengan minimalis. Kalau berdasarkan profile-nya, Sara ialah seorang pelajar perubatan juga yang sukakan Blur, Oasis, Radiohead
dan The Smiths. Dia turut suka makan pagi, tidur di tepi pantai serta membuat mixtape. Bila aku lihat negara-negara yang pernah dilawatnya, aku terkesima, rasaya 348583 kali ganda lebih banyak dari apa yang aku pernah pergi. Lucunya, umur kami sama

Sara rancang untuk masakkan aku sesuatu pada petang itu. Jadi, aku temani dia di dapur memandangkan rumahnya cuma ada bilik tidur dan dapur. Dapur adalah tempat sosial untuk ahli rumah dan para tetamu. Bilik tidur dan tandas kadang-kadang turut digunakan sewaktu majlis keramaian dan hubungan kelamin. Dia pasangkan lagu melalui iPad. Aku tanya dia,

“What band is this?”

“The Pains of Being Pure Retards,” jawabnya semula.

Aku angguk lalu terus membelek dapur rumahnya. Dindingnya dihiasi kolaj
gambar bogel yang ditempek muka-muka artis. Tong sampah pula ada dua jenis. Satu untuk barang yang boleh dikitar semula, manakala satu lagi diletak di luar tingkap untuk yang boleh dilupuskan secara semulajadi. Sara tanya aku sama ada aku tidak makan apa-apa benda spesifik. Aku cuma jawab babi. Dia angguk lalu terus bertanya,

“Why don’t you eat… no, no, no, I shouldn’t ask that.”

Aku tanya semula kenapa, namun jawabnya soal itu seperti menceroboh privasi seseorang. Dalam erti lain, ia turut mempersoalkan keperibadian seseorang – seolah-olah mengelak babi itu sesuatu yang kurang normal dan perlu dipandang pelik. Siapa kita untuk menentukan mana
baik dan mana buruk seseorang selagi perkara yang dilakukannya itu tidak mengganggu kita?

“So do you have anything that you don’t eat?” tanya aku semula kepada Sara.

“Well, I’m a vegetarian,” jawabnya ringkas.

Aku mahu bertanya kenapa namun untuk elak sebarang konflik, aku terus berdiam diri. Aku belajar suatu benda baru pada hari itu. Nilai-nilai sebegini takkan diajar di sekolah mahupun dalam kelas Pendidikan Sivik. Semuanya datang daripada pengalaman. Hebatnya, setiap negara
mempunyai set etika mereka tersendiri. Jadi lebih banyak kau merantau, lebih banyak kau belajar, sekaligus kau boleh terapkan semua nilai etika ke dalam satu entiti yang power.

Sara terus sambung memasak, satu persatu bahan dimasukkan ke dalam kuali. Sebagai konklusi, Sara seorang gadis Zürich yang mengamalkan gaya hidup vegetarian, makan telur free range, gunakan sabun basuh pinggan organik dan masak sambil dengar The Pains of Being Pure Retards. Aku pula seorang budak dari Kuala Lumpur yang mengamalkan gaya hidup Melayu, makan semua benda kecuali babi, guna sabun Axion dan masak sambil dengar Hail Amir dan Uji Rashid. Aku tak pasti sama ada aku perlu malu ataupun tidak untuk ceritakan ini semua kepada Sara. Namun aku ceritakan juga.

“I like your name. I like how there’s no H at the end of it. It sounds so minimalist.”

“It’s quite common here, though. How do you spell yours?”

“It’s RAMLY, it sounds like this one legendary musician and actor in
Malaysia named P. Ramlee.”

Aku pilih untuk merujuk P. Ramlee dan bukan burger Ramly untuk dikaitkan dengan nama aku supaya nampak lebih cool dan real. Namun Sara seolah-olah tidak kisah. Makanan telah terhidang, dia suruh aku pilih lagu untuk dipasang. Aku buka iPad-nya, terpampang lagu yang sedang dimainkan:

The Pains of Being
Pure at Heart – Belong

“Eh, I thought the name is Pure Retards?”

“Haha! No! It’s Pure at Heart! Oh my god you’re so cute! Hahaha!”

Apabila seorang gadis kata kau comel, maksudnya ada dua; satu, kau memang comel dan boleh mengurat dia dan dua, kau comel tapi terlalu bangang untuk mengurat dia. Aku harap dia sangkutkan aku dengan alasan pertama. Selama 2 malam aku di Zürich, aku tidak sempat untuk melepak lama dengannya. Kami cuma mampu makan malam dan pagi bersama. Masa lain, dia sibuk di universiti memandangkan peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Aku terus pasang niat untuk jumpa dia sekali lagi. Ahli rumahnya yang lain termasuklah Lara, Lorrentz dan Adrian juga mulai rapat dengan aku. 2 malam di Zürich bagaikan 2 tahun. Pada hari terakhir sebelum aku tinggalkan Zürich untuk ke Itali, kami habiskan masa di sebuah kafe di Old Town. Aku minta seorang pelanggan lain untuk tangkapkan gambar kami berdua menggunakan kamera digital aku. Walaupun matawang Swiss Francs sungguh kukuh, masih ramai rakyatnya yang tidak reti half press punat kamera untuk auto-focus sebelum tangkap gambar. Habis semua gambar kami kabur. Aku berjanji dengan Sara untuk kembali ke Zürich satu hari nanti untuk bertemunya lagi. Mungkin kami akan tangkap gambar betul-betul pada waktu itu. Sara hanya tersenyum dan cium pipi aku sebelum meninggalkan aku di stesen keretapi. Aku tinggalkan Zürich dengan hati yang berbunga-bunga, mengenali seorang lagi gadis yang mungkin aku boleh tiduri suatu hari nanti.

Ramly.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79764/kamera