[SNEAK PEEK] Ikhlas Dari Hati

Ikhlas Dari Hati
-karya akyelrahim


. . .

Bab 4

“TZ, boleh pinjamkan I telefon you tak? I need to make a call.” Cawan kopi diletak ke tepi. Sekarang bukan masanya untuk dia bersantai begini.

TZ hulurkan telefonnya tanpa banyak cakap.

“Terima kasih,” ucap Ally penuh sopan lantas dia ambil telefon itu dan pergi sedikit jauh daripada TZ. Dia nak hubungi Nick.

Habislah… mesti Nick tengah tak tentu arah sekarang ini mencari Ally. Dia mendail satu-satunya nombor telefon yang dia hafal selain nombornya sendiri.

Ally menanti dengan penuh debar. Deringan berhenti tanda Nick menjawab panggilan dia.

“Helo, siapa ni?”

“Helo, Nick. Danny ni.” Takut-takut Ally menyapa.

“Danny! You dekat mana sekarang ni? I’m freaked out tau tak bila Danny hilang macam tu je. You okey tak? Ada apa-apa jadi tak malam tadi? You dekat mana sekarang ni?”

Nick menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi sampai Ally langsung tak boleh nak bersuara.

“Nick, Danny okey. Betul-betul okey. Jangan risau.” Ally cuba tenangkan abangnya yang jelas sedang menggelabah ketika itu.

“Thank God, Danny okey. I cuma risau sebab you tiba-tiba hilang. Bila call, telefon Danny dekat dalam rumah. Macam-macam dah Nick fikir. Betul ni, tak ada apa-apa jadi dekat Danny?”

“Ya, ya, Danny okey. Sumpah.”

Ally dengar abangnya itu lepaskan keluhan besar di seberang sana, lega mungkin.

“Habis tu Danny dekat mana ni?”

“Danny dekat rumah orang ni.” Tenang Ally menjawab sambil memandang TZ di dapur. Mata mereka bertentangan.

“Siapa? Lelaki ke perempuan?”

“Lelaki tapi…” Tak habis lagi Ally nak terangkan, Nick dah terlebih dahulu menyampuk.

“Lelaki?!” Jelas pada pendengaran Ally suara garau itu melengking kuat.

“Nick, tak ada apa-apa jadi dekat I, okey? Dia terjumpa I terbaring atas jalan, lepas tu dia bawa I balik rumah dia. Itu je.I’m okay. I swear.” Ally dapat bayangkan Nick yang sedang mundar-mandir ketika ini, kebiasaan untuk abangnya itu jika sedang serabut dan kalut.

“Habis tu sekarang you dekat mana? Bagi alamat, Nick datang jemput.” Ally dah dengar bunyi enjin kereta dihidupkan di seberang sana tanda Nick dah pun berada di dalam kereta, tinggal nak memandu sahaja.

“Dekat mana?”

Telefon, Ally jauhkan daripada telinganya sedikit. “TZ, rumah you ni dekat mana?”

“Cyberjaya. Tell him I’ll text the rest of the address.

Ally sampaikan pesanan TZ, barulah Nick tamatkan panggilan telefon. Hal itu buatkan Ally mengeluh berat. Dia rasa sangat bersalah kerana telah menyusahkan abangnya sampai begitu sekali.

Dia melangkah semula ke dapur dan menyerahkan telefon itu kepada TZ.

“Terima kasih,” ucap Ally ikhlas atas bantuan yang tak putus dihulurkan kepadanya.

“Okey?” tanya TZ atas dasar prihatin apabila dia lihat kening si gadis seperti hampir mahu bertaut.

“Entahlah.” Ally angkat bahu. Dia pun tak tahu nak rasa apa sekarang. Bercampur aduk rasa.

Nak gembira sangat tak boleh. Bersalah sangat pun tak juga sebab bukan salah Ally jadi mabuk dan hilang kawalan. Dia pun tak tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi malam tadi.

“Chill je. Tak ada apa jadi dekat you. Dapat tahu yang itu pun, abang you mesti dah happy.TZ sorongkan sepinggan roti bakar berinti coklat kepada Ally. “Makan.”

Ally tak segera menerima, sebaliknya dia lihat sahaja roti itu kosong sebelum mata terarah pula kepada TZ yang sedang duduk bertentangan dengan dia.

“Betul, tapi still I dah menyusahkan abang I. I tak tahu macam mana dia cari I malam tadi. Mesti dia freaking out gila-gila. Entah kenapa Ally rasa selesa sangat nak mengadu begini dengan TZ, seolah-olah dia dah kenal lama dengan lelaki itu sedangkan mereka berkenalan tak sampai satu jam pun lagi.

Roti bakar itu Ally ambil juga dan dia bawa ke mulutnya. Sedap.

“Mestilah, siapa tak risau adik hilang macam tu je. I pun freaked out bila jumpa you terbaring atas jalan macam tu. I ingat you hantu.” TZ beritahu apa yang terdetik dalam hatinya malam tadi.

Ally rasa lucu dengan pengakuan TZ hingga dia tersengih. “Ya ke?”

Angguk.

“Yalah. Tak gila ke dekat pukul dua belas tengah malam ada perempuan baring atas jalan?” Dia sumbatkan juga roti bakar ke dalam mulutnya. Bercakap dan mengunyah serentak dengan mulut yang penuh.

“I langsung tak ingat macam mana I boleh baring atas jalan tu. Sumpah I tak ingat apa-apa langsung.” Ally masih berfikir-fikir tapi itulah satu apa pun dia tak ingat.

“Sorry to ask, tapi you mabuk ke?” Terus tak ada tapisnya TZ tanya.

“Yep. I guess…” Lambat-lambat Ally anggukkan juga kepalanya, mengaku. Apa lagi nak jawab kalau dah memang itu kenyataannya. Mabuk hanya dengan segelas martini. Noob.

“So, you are a bad drinker.” TZ buat konklusi sambil goyangkan tangannya di depan muka Ally. Bibir dah terlebih dulu tertampal dengan senyum nakal.

And I just figured it out… today,” kata Ally sambil jongketkan bahunya, kemudian dia tersengih.

TZ kerutkan dahi. “Oh, really?”

“Tu first time I minum sebenarnya. Selama ni I tak pernah tahu yang I’m gonna be a bad drinker.” Tenang Ally berterus-terang dengan bibir yang separa tersengih. Terhibur pula dia dengan kenyataan sendiri.

“Oh… macam tu. Jadi you ni budak lagilah, kan?” TZ tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gadis tinggi lampai itu.

“I’m old enough to drink, cuma I tak minum.” Ally larikan pandangannya, kalah dengan renungan tajam TZ.

“Habis tu apa buatkan you nak minum pula tiba-tiba?”

“People say curiosity killed the cat. I’m that cat,” terang Ally sambil tersenyum.

TZ ambil masa untuk mencerna apa yang Ally katakan sebelum gelak kecil terlepas daripada bibirnya. Dia capai cawan yang berisi kopi lalu dicicip sedikit.

“Habis tu, your parents tak bising ke kalau tahu you minum?”

Ally geleng.

“Oh, really?”

Lambat-lambat Ally angguk. “Dia orang pun minum juga once in a while. I je tak minum.”

“Sebab?”

Ally tongkat dagu dekat meja. “You pernah minum tak?”

Laju je TZ geleng. Isy, memang tidaklah. Senakal-nakal TZ, tidaklah dia berani buat gila sampai sentuh air tu. “Haram…”

Jawapan spontan itu mencuit hati Ally. “Sorry.Muslim, right?”

“Alhamdulillah, masih lagi pada jalan yang benar.” TZ jawab dalam nada berlelucon membuatkan Ally ketawa.

“I tak minum sebab satu, bau beverage tu busuk, I tak suka. Kedua, sebab after effect dia pun I tak suka. I tengok orang yang minum, bangun pagi mesti sakit kepalalah, apalah. Buat apa nak sakitkan diri sendiri, lepas tu sibuk-sibuk cari itu ini untuksober.

“Jap, jadi you Kristian?”

Ally angguk dulu untuk jawab soalan TZ. “Thanks, Jesus. Masih lagi pada jalan yang benar juga.”

TZ ketawa. Wah, curi ayat TZ!

“Tapi muka you nampak macam Melayu,” komen TZ selamba macam sudah lama kenal Ally.

Ally tak terkejut. Banyak kali dia dengar orang cakap yang mukanya nampak seperti orang Melayu. “Sayangnya… tak.”

Baru TZ nak buka mulut untuk bertanya dengan lebih lanjut, getaran daripada telefon mematikan segala apa yang ingin dia cakap.

Skrin yang menyala dia lihat tanda ada pemberitahuan baru yang masuk. TZ baca apa yang tertera di skrin.

“Alice, abang you cakap lagi dua puluh minit dia sampai.”

“Alice who?”

“Eh, ke Ellen?”

Ally mengeluh dan jadi tertanya-tanya. Susah sangat ke nama dia untuk disebut dan dihafal?

“Ally. A.L.L.Y. Ally.”

TZ pekup mulut tahan gelak. Dia kemam bibir. “Oh ya, ya, Ally. Maaf, maaf. Abang you cakap lagi dua puluh minit dia sampai.”

“Okey. Kalau macam tu, I tunggu dia dekat bawahlah.” Ally turun dari kerusi tinggi dan berdiri.

“You tak nak pergi cuci muka dulu ke?”

“Ha?”

TZ muncungkan bibirnya pada cermin yang agak besar ada di dinding supaya Ally lihat apa yang dia nampak. Sebaik sahaja imejnya singgah di retina mata, terus mata Ally membulat besar.

. . .

Baca versi e-book di e-sentral.com

Penerbit: Jemari Gemok

Penulis: akyelrahim