[SNEAK PEEK] DEAR PUTERI

Dear Puteri Oleh Cyda Yusof

“Awak!” panggil aku kuat. Ledakan emosi tidak terkawal di dalam dada cuba aku redakan. Aku cuba mengawal rentak pernafasan sendiri. Aku tidak mahu nampak lebih lemah di hadapannya.

“Kenapa?” soalnya bagai tiada sedikitpun rasa bersalahnya kepada aku.

“Apa yang awak dah buat pada saya?” kasar pertanyaan aku. Saat ini emosi aku lebih tercalar. Biar dia terasa hati atau sakit hati. Aku sudah tidak peduli!

“Saya buat apa?” soalnya tidak faham. Dia masih mahu menidakkan perbuatannya.

“Jangan buat-buat tak fahamlah Luth, Awak ni memang lelaki jahat. Langsung tak gentleman!” ucap aku kasar. Aku tiada kekuatan untuk bertanya secara berterus-terang padanya.

Bagaimana aku mahu tanyakan tentang maruah aku yang dia ambil secara paksa? Aku malu.

“What are you talking about?” soalnya. Intonasi suaranya sudab berubah tinggi. Pandangannya tajam menikam pandangan aku.

“Kalau awak tak buat apa-apa, kenapa saya boleh berada di atas katil awak dalam keadaan yang mengaibkan? di dalam bilik awak? Sedangkan memori terakhir yang saya ingat adalah awak provoke saya hingga pengsan. Shame of you!” Balas aku kasar.

Dia tiba-tiba ketawa kuat. Lebih kepada ketawa yang dibuat-buat demi mahu menyakiti hati aku lagi.

“Kalau ye pun, saya dah memang ada hak pada diri awak. Awak dah lupa ke yang awak tu isteri saya?” Perkataan isteri itu sengaja dia tekankan. Mungkin sengaja mahu aku ingat bahawa kami sudah berkahwin.

Aku benci dia!

Isteri. Dia menggunakan ayat itu demi mahu menarik perhatian aku kepada dirinya. Mahu menenggelamkan kesalahannya yang mengambil satu-satunya mahkota aku sebagai puteri dengan cara tidak beradap. Meragut kesucian yang aku pertahankan tanpa rela.

Air mata aku akhirnya mengalir ke pipi. Benteng yang aku tambak tinggi terasa runtuh.

“Agaknya, memang semua orang yang ada darah kerabat ni, dia ingat orang lain tak ada maruah agaknya. Semudah itu sahaja dia mempermainkan maruah orang lain. Dia ingat, pangkat dan darjat dia tu lesen untuk dia pijak-pijak orang lain.” ucap aku penuh emosi. Selesai menuturkan ayat itu, aku kemudian berjalan meninggalkan dia.

“Aya!” panggilnya kasar. Aku berhenti menoleh. Memandangnya penuh emosi.

“Siapa Hezzri?” soalannya yang keluar dari mulut Luthfi itu kedengaran biasa. Tapi sesungguhnya ianya telah berjaya menjentik perasaan aku sendiri.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351854