corat-coret
— karya Hafiz Latiff
. . .
Berhenti Salahkan Pembaca, Cipta Naratif Baharu
KELUH-KESAH berlarutan bertahun-tahun lamanya. Begitu banyak penerbit buku dan pemilik kedai buku yang gulung tikar kerana buku-buku tidak terjual atau setidak-tidaknya terpaksa menukar model perniagaan. Ramai juga penulis yang sudah tidak menulis kerana kecewa dengan hasil karya yang tidak sampai kepada khalayak pembaca. Kilang cetak juga mengalami kerugian kerana hutang-hutang para penerbit yang tidak dapat dilunaskan.
Apa sebenarnya yang menjadi punca kepada semua keluh-kesah ini? Adakah mereka ini langsung tidak berusaha untuk keluar daripada permasalahan ini? Atau hanya mengeluh, merintih dan meratap malah sering menagih simpati dan memohon bantuan kerajaan semata-mata untuk kelangsungan perniagaan, tetapi tidak langsung memikirkan kehendak pasaran?
BERHENTI SALAHKAN PEMBACA
AYAT pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah Iqra’ yang membawa maksud “Bacalah”. Jika ditelusuri semula kisah turunnya lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq, peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dengan Jibril dapat kita jadikan pedoman. Nabi Muhammad SAW tidak tahu membaca. Jibril berulang kali memeluk dan memujuk Baginda Nabi untuk menyebutkan ayat-ayat tersebut.
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Analoginya begini,
. . .
Dapatkan e-book penuh di sini: https://www.e-sentral.com/book/info/361773
Penerbit: Legasi Oakheart
Penulis: Hafiz Latiff