Ada pro dan kontra dalam persoalan bercinta sebelum kahwin. Ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Dalam persoalan ini, tidak dinafikan ramai pasangan yang sedang bercinta, mencari cinta dan menanti cinta. Cinta adalah rasa dan perasaan dalam hati. Ia sesuatu yang fitrah.
Namun persoalan yang lebih penting ialah bagaimana cinta itu dibudayakan dalam kehidupan. Jika ditelusuri budaya cinta hari ini, memang confirm budaya cinta hari ini ialah sesuatu yang bertentang dengan hukum syarak. Perhatikanlah sekeliling kita bagaimana pasangan yang bercinta. Halal haram sudah tiada dalam diari pertimbangan hidup. Yang penting adalah enjoy, happy dan menikmati nikmat dunia.
Namun, jika cinta dijaga dengan hukum syarak, maka cinta sebegini adalah harus. Perlu diingat, keberkatan kehidupan berkait rapat dengan kehidupan seseorang. Jika dijaga hukum syarak dengan baik, maka insya-Allah hidupnya berkat. Jika tidak dijaga, maka keberkatannya akan hilang sedikit demi sedikit.
Oleh sebab itu, ada ungkapan bahawa;
‘Setiap saat pasangan itu bercinta, maka hilang keberkatan’.
Mungkin ada kebenaran ungkapan sebegini. Berkat adalah limpahan kebaikan daripada Allah. Bagi mendapatkan keberkatan, maka kehidupan hendaklah berpandukan syarak. Keberkatan makanan yang sedikit namun jika dikongsi akan mencukupi untuk beberapa orang. Anak yang taat kepada ibu bapa dan berbuat ihsan akan mendapat ganjaran pahala dan hidupnya diberkati. Keberkatan ini zahir dalam kehidupan.
Kalau boleh diambil sedikit masa untuk dikaji bagaimana peratusan kes-kes perceraian. Sudah tentu antara sebabnya ialah kecurangan yang berlaku selepas pernikahan. Si suami curang, dan mungkin juga si isteri bersikap curang. Mungkin tidak puas dengan layanan pasangan masingmasing. Mungkin tidak wujud lagi nilai percaya atau trust terhadap pasangan.
Biasanya ketika zaman bercouple, semuanya indah belaka dan wangi belaka. Hatta kalau bau kentut yang memang semua orang yakin akan busuknya, namun bagi pasangan yang bercinta, bau kentut adalah nikmat. Kalau sesuatu terjadi kepada pasangan, hatinya menggelabah tidak keruan. Kalau ada yang bermusuh dengan pasangan kekasihnya, semuanya juga akan menjadi musuh baginya.
****
Apa yang dibincangkan dalam buku ini adalah panduan hukum dalam interaksi hubungan antara lelaki dan wanita khususnya buat pasangan yang sedang bercinta dengan harapan dapat memahami objektif sebenarnya cinta dan mengawalnya serta menguruskannya berdasarkan syariat agar hubungan yang ada menghasilkan berkat. Jika ada istilah dating, couple dan sebagainya yang digunakan dalam buku ini bukanlah bermaksud menghalalkan dan mengharuskan perkaraperkara tersebut tetapi sekadar pinjaman istilah agar isu ini lebih dekat dan mudah difahami.
- Bercinta tidak salah TETAPI ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.
- Dating dalam gambaran yang mudah difahami hari ini merupakan amalan yang BERTENTANGAN dengan hukum Islam. Hukumnya adalah haram dan berdosa.
- Pertemuan yang MENJAGA adab dan hukum, maka itu adalah harus.
- Cinta Allah dan cinta rasul mestilah MENGATASI rasa cinta kepada makhluk. Dengan ini, cinta kepada makhluk akan disalurkan dalam perkara yang dibenarkan oleh hukum syarak.
- Pandangan MATA hendaklah dijaga agar tidak melihat perkara yang haram. Manakala pakaian mestilah SENTIASA sopan dan menutup aurat.
- Khalwat ialah perbuatan seorang lelaki bersama dengan seorang wanita di tempat yang tersembunyi daripada pandangan orang lain. Ini SANGAT ditegah. Khalwat adalah ruang dan peluang untuk zina.
- Pintu taubat sentiasa TERBUKA dan masih terbuka walaupun kita banyak melakukan maksiat kepada Allah SWT.
- Andai terlanjur, segeralah MENGINSAFI diri dan kembali bertaubat.
- Usah terlalu lama bercinta, eloknya SEGERA bernikah.
- Nikah adalah mudah dalam Islam. Sewajarnya masyarakat dan undang-undang mempermudahkan sistem pernikahan sebagai satu kaedah MENGELAKKAN zina. Hari ini, nampaknya nikahdirumitkan sehingga ruang berzina makin mudah.
- Zina akan TERSEBAR pada akhir zaman, dan kini zina makin tersebar. Pelbagai cara digunakan untuk menghalalkan zina. Akhirnya, minda masyarakat termasuk masyarakat Muslim akan berpendapat bahawa zina tidaklah haram
- Istilah-istilah teman rapat, close friend, teman tapi mesra dan sebagainya adalah permainan bahasa yang MEMUDAHKAN jalan ke arah zina.
- Anak luar nikah tidak bersalah. Anak ini hendaklah DIPELIHARA dengan baik, bukannya dibuang begitu sahaja.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/97528/Bolehkah-Bercouple