[SNEAK PEEK] Black Maria: My Wife Badwoman

Black Maria: My Wife Badwoman oleh Siti Nur Dhuha

KOSONG.
Sunyi.
Sepi.
Maria sudah tiada apa-apa lagi. Keimanan diri, setiap detik semakin berkurang. Menapaklah dia untuk pulang ke kediaman Puan Elisia.
Angin dingin di Subuh hari menyapa diri bagaikan memujuk hatinya yang sakit dan hancur.
Hidupnya telah hilang serinya. Umpama pohon bunga yang dulunya indah akhirnya berguguran dan layu.
Maria bagaikan terjatuh ke sebuah jurang yang dalam dan tidak bisa mendaki untuk keluar. Terkurung dirinya dalam kesedihan yang terpaling malang.
Kematian Ariya adalah luka yang tidak tertahan ditanggungnya untuk seumur hidup ini.
Dunia ini bagaikan sudah tiada cahaya, yang tinggal hanyalah kegelapan.
Air mata yang gugur banyak tidak terkira umpaman luruhnya dedaunan kering ke bumi. Apakah selepas ini Ariya akan selalu muncul dalam mimpi malamnya untuk menemani? Bagaimana jika Ariya terus hilang? Dan harapan hanya tinggal harapan.
Angin bertiup lebih kencang. Pakaian Maria terbuai-buai.
Dia membayangkan diri berada di atas bukit yang tinggi. Di situ, dia akan menjerit dan meraung sekuat hatinya. Melepaskan segala derita.
Tidak mampu lagi rasanya dia meneruskan perjalanan hidup yang kian sepi dan dipenuhi kesakitan ini.
“Ariya… Ariya…” Maria menangis semahu hati sehingga mengeluarkan suara esakan.
Saat tiba dirumah, Maria masuk. Perlahan-lahan dia mendongak ke arah kipas.
Diambil kerusi dan diletakkan di atas meja kopi.
Lantas sehelai kain diikat pada kipas itu seperti tali gantung.
“Ariya… mama datang.” Bisik Maria.
Pedomannya hilang entah ke mana. Ketaqwaan berada di tahap terpaling rendah.
‘Laailahaillah… laailahaillah… laailahaillah…’ ada suara misteri bergema di fikirannya memujuk agar kembali ke dalam diri.
Namun selain itu, ada juga suara lain yang memujuknya agar melalukan perbuatan berdosa itu.
‘Ariya sedang menunggumu Maria… akhiri hidup dan bersama dengan Ariya di sana. Kesian Ariya, bersendirian.’
‘Dunia ini kejam buatmu Maria. Tuhan tidak mengasihimu… Kau malang. Tiada bahagia buatmu. Silakan mati Maria… silakan.’
Tiada ubat untuk derita ini. Hanya ini sahaja penyelesaian.
Maria memasukkan kepalanya ke dalam kalung kain itu. Dipejamkan mata. Titis-titis mutiara duka berguguran menimpa pipi.
Sedih, teramat sedih.
Pilu, tersangat pilu.
Hiba, terlalu hiba.
Tuhan ampuni hambaMU yang lemah dalam menempuhi ujian yang KAU berikan. Aku hambaMU yang gagal. Aku tidak kuat ya ALLAH.
Setelah itu, Maria mengantung dirinya.
“Ark!” Mata Maria terbeliak ke atas bersama kaki bergerak-gerak. Kesakitan yang dirasai tidak tergambar di fikiran. Yang terbayang di fikiran, hanyalah raup wajah Ariya. Itu sahaja.
“Maria!” Suara Puan Elisia bergema.
“Bilal, tolong anak I.” Wanita itu menggesa teman lelakinya agar melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Bilal segera memanjat kerusi dan membuka ikatan tali itu. Tubuh Maria jatuh ke bawah. Puan Elisia menerpa memeluk Maria. Memangku kepala sang anak diribaannya. Saat itu, kesal yang dirasai tidak tergambar dengan kata-kata. Tidak pernah terfikir, akibat dari perbuatannya menyebabkan Maria sanggup mengambil tindakan ini. Mahu mengakhiri nyawanya sendiri.
Bilal melihat Maria dengan pandangan kesian. Puan Elisia baru sahaja bercerita tentang Maria kepadanya sebentar tadi.
Dipangkuan Puan Elisia, Maria senyap sahaja. Matanya terbuka. Pandangannya kosong. Sudah tiada air mata. Tiada juga esakkan. Yang hidup hanya jasad, namun jiwanya telah mati. Ternyata, syaitan telah berjaya menakluki sekeping hatinya.
Tangisan hiba Puan Elisia langsung tidak menjentik rasa di hatinya. Kerana bagi Maria, wanita inilah pembunuh anaknya.
Mummy… terima kasih untuk kesakitan yang mummy berikan ini. Ketahuilah, anak mummy ini tidak mungkin akan memaafkan mummy sampai bila-bila.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/341720/black-maria-my-wife-badwoman