PECAH Diadaptasikan dalam Filem

Pecah Film Official Poster

PECAH. Novel karya sulung Khairulnizam Bakeri yang di adaptasikan kepada filem dijangkakan bakal memecahkan panggung. Novel terlaris keluaran Fixi ini akan menemui peminatnya pada 13 Jun 2013.

Ia mengisahkan sekumpulan manusia yang bekerjasama dan berpakat untuk melakukan rompakan di Bank CIMB Shah Alam. Pakatan ini melibatkan Herman,Lidya,Alan,Don dan Radi. Masing-masing mempunyai motif yang tersendiri untuk melakukan rompakan tersebut.

PECAH! Sesuai dengan tajuk novelnya,persoalan-persoalan yang berkaitan dengan jalan cerita novel ini terbongkar satu demi satu apabila kita semakin mencapai klimaks di penghujung jalan cerita ini. Ia juga merupakan sebuah novel bergenrekan ‘crime-thriller‘ berbahasa Melayu terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Filem ini dijangka akan menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan filem penuh aksi seperti ini.

Dapatkan buku PECAH dalam bentuk e-book di e-Sentral  http://www.e-sentral.com/search/byid/59

9789670374000-medium