Smart Content & Digital Copyright for Smart Learning: Korea-Malaysia Collaboration

Baru-baru ini telah di adakan satu program di mana syarikat-syarikat  dari Korea dan Malaysia telah berkumpul di hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi menjayakan program Digital Copyright Asian Network Exhbition & Conference. Program ini telah di anjurkan oleh Research Institute for Content Strategy (RICS, Korea) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC, Malaysia).

Program ini telah di adakan selama 2 hari iaitu bermula pada 20 September lalu dan berakhir pada 21 September. Ia melibatkan lebih daripada 15 buah  anak syarikat daripada kedua-dua buah negara. Antara syarikat yang terlibat ialah

  • ContentsSquare Inc (korea),
  • Major Products Release (Korea),
  • digiCAP., Ltd. (Korea),
  • Etri (Korea),
  • Fasoo.com (Korea),
  • MarkAny, Inc (Korea),
  • Mureka Co., Ltd. (Korea),
  • MWSTORY Co., Ltd. (Korea),
  • 3MOVIE Co., Ltd. (Korea),
  • ED-Online Technologies Sdn Bhd ( Malaysia),
  • iPraxis Sdn. Bhd ( Malaysia),
  • Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Malaysia),
  • Sage Interactive Sdn Bhd (Malaysia),
  • Xentral Methods Sdn Bhd ( Malaysia),
  • Universe Digital library Sdn Bhd ( Malaysia),
  • dan UniCLIQ Sdn Bhd (Malaysia).

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan sepanjang program ini berlangsung, antaranya pameran mengenai syarikat yang terlibat, pembentangan dari wakil Malaysia dan korea, persidangan, rundingan di antara syarikat dan juga menadatangani memorandum persefahaman antara Malaysia dan juga Korea.

En Faiz Al-Shahab wakil dari Xentral Menthod, merupakan salah seorang penceramah pada hari tersebut. Tajuk ceramah yang diberikan ialah Ebook & Smart Content: The South East Asian Story. Ceramah yang di sampaikan oleh Encik Faiz mendapat sambutan yang baik daripada tetamu yang hadir. Tahniah di ucapkan kepada beliau!

Melalui aktiviti yang di jalankan melalui program ini. Ia memberi peluang kepada syarikat yang terlibat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Di samping itu, program ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara Malaysia dan Korea.