Sejenak Bersama Ahadiat Akashah

9789833642168-medium

Salah satu hasil karya Ahadiat Akashah

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Ahadiat Akashah menulis?

Inspirasi saya yang sebenar adalah lingkungan kehidupan saya semasa kecil yang diasuh dengan buku oleh pak cik saya Marwilis Haji Yusof yang juga merupakan seorang penulis terkenal dan merupakan insan pertama yang mengesan bakat saya dan memberi kepercayaan dengan menerbitkan novel sulung saya ‘Budak Setan’. 

2. Apa makanan kegemaran Ahadiat Akashah?

Terlalu banyak untuk disenaraikan sehingga boleh menjadi novel tetapi yang ketara pastinya masakan kampung yang pedas-pedas.

3.  Siapakah penulis kegemaran Ahadiat Akashah? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Sidney Sheldon yang merupakan penulis rujuk di dalam kebanyakan karya saya.

4. Apakah novel kegemaran Ahadiat Akashah? (tak kisah luar negara or dalam negara)

If Tomorrow Comes – Sidney Sheldon

  5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Pelbagai spesis burung dan tupai yang saban pagi berkeliaran di persekitaran rumah saya yang terperosok di kawasan hutan di mana sudah menjadi habit saya dan famili sering longgokkan ‘mereka’ makanan.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Ahadiat Akashah mahu pergi dan mengapa? 

Lembah Andes untuk menyelusuri sejarah peninggalan suku kaum Inca yang pernah dikagumi kehebatan mereka suatu waktu dahulu.

7. Apakah novel baru yang bakal diterbitkan oleh Ahadiat Akashah? Boleh ceritakan sedikit mengenai novel tersebut?

Mungkin ingin menyambung perjalanan kisah ‘Joni Togo’ atau menjawab persoalan di dalam novel ‘Resepi Dari Kubur’ yang masih kabur menurut mereka yang pernah membacanya.

8. Apakah pesanan Ahadiat Akashah kepada pembaca di luar?

Perlu berani, jangan terlalu memberi, terutama dalam merelakan kedai buku menjolikan karya kita sehingga memeras dengan diskaun yang membunuh sehingga ada sanggup yang tawarkan 60% – 70% diskaun.  Di mana harga kita?!  Begitu juga dengan penerbit buku yang sanggup beri percuma kepada syarikat produksi filem atau drama yang memeras dengan ungkapan kalau dah keluar tv nanti jualan buku akan laris.  Tetapi, di mana letaknya nilai karya seorang penulis?  Sebab itu saya pesan penulis kerana berani katakan ‘tidak’ kepada pemeras karya sebegini.

9. Pada pandangan Ahadiat Akashah, apa istimewanya novel Ahadiat Akashah  berbanding novel lain di pasaran?

Biasa-biasa aje, mungkin kerana saya banyak menongkah arus dalam dunia penulisan novel di Malaysia dengan gaya penulisan yang lari dari kebiasaan dan muncul dengan tajuk-tajuk selamba yang menjadi trend ikutan hari ini menjadikan ia nampak istimewa, kut?  Entahlah?!

10. Dari mana Ahadiat Akashah selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Dari persekitaran keliling yang berlaku seharian di dalam masyarakat di Malaysia.  Sebab itu tema novel saya mencakupi semua aspek dan terlalu straight forward dengan membongkar segala rahsia sehingga kelihatan jelik bagi pembaca yang sopan sedangkan realiti tidak sebegitu.  Saya rasa saya dah sentuh semua warna kehidupan, dari kisah cinta, thriller, misteri, sejarah, hubungan luar biasa, gay, lesbian, ilusi dan saya sendiri tak ingat lagi coretan pembongkaran kehidupan di dalam 86 buah novel yang telah diterbitkan sepanjang 30 tahun saya menulis.

11. Apa rutin harian Ahadiat Akashah? Ada yang rare tak?

Menghantar dan menjemput anak-anak sekolah setiap hari dari pagi hingga menjelang malam sejak anak pertama bermula tahun 1998 ketika di TADIKA dan kini anak bongsu nombor empat di dalam darjah enam.  Bererti rutin ini mungkin hanya akan selesai lima tahun lagi apabila anak bongsu saya habis SPM.  Rare tak rare, ada ke bapak macam saya yang dedikasi buat kerja driver macam ni?  Hahaha.

12. Apa nasihatAhadiat Akashah kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Biasa-biasa aje.

13. Apa nasihat Ahadiat Akashah kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Cipta identiti sendiri.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Ahadiat Akashah kuasai?

Tiada.  Kalau ada pun bahasa ‘pasar’ yang dulu sering jadi bahan serangan para pengkritik sastera terhadap gaya penulisan saya.

Kami harap Ahadiat Akashah akan sentiasa mewarnai industri penulisan dan, jika anda peminat Ahadiat Akashah yang rindu dengan tulisan- tulisan beliau, anda boleh klik dibawah

Lebih banyak eBook boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_19_roket-kertas-sdn-bhd/~