Tujuh tahun mereka terpisah dan selama tempoh itu, Ghazril tidak pernah lelah mencari. Nadiene hilang tanpa dapat dikesan di mana jejaknya. Selepas tujuh tahun, Nadiene kembali ketika datuk kesayangannya pergi dijemput ilahi. Mereka bertemu semula tetapi kenapa Nadiene sudah tidak seperti Nadiene yang dikenali tujuh tahun dahulu?
“It’s been a long time…” – Megat Ghazril
“It’s you?”- Nadiene Ameena
“Is this how you greet me after seven years?”- Megat Ghazril
Walaupun hati Nadiene sudah berubah tetapi cinta dia tetap sama. Dan dia akan gunakan walau apa cara sekalipun untuk memiliki hati Nadiene semula. Bukan hanya hati tetapi seluruh jiwa dan raga Nadiene juga. Pengkhianatan yang dilakukan oleh keluarga Nadiene telah membuka ruang kepada Ghazril untuk mengambil kesempatan. Di saat itulah dia hulurkan tangan untuk membantu sehingga membuatkan Nadiene berada di jalan buntu.
“Now tell me, who am I to you.” – Megat Ghazril
“My husband.” – Nadiene Ameena
“So, what should a husband do?” – Megat Ghazril
“Protect and take good care of his wife.” – Nadiene Ameena
“Is that all?” – Megat Ghazril
“No…” – Nadiene Ameena
Mereka bertekad untuk membina semula cinta yang hampir rebah. Tapi mampukah cinta mereka terus menjamin bahagia apabila ada kebenaran yang tiba-tiba diungkap dan tersingkap?
“You rasa kenapa dia beria nak tolong you?” – Puan Sri Latifah
“Because he loves me.” – Nadiene Ameena
“Love? You’re so naïve, Nadiene. I feel sorry for you. But people always say, better to get hurt by the truth than comforted with a lie.” – Puan Sri Latifah
Kebenaran memang menyakitkan. Tapi mampukah kebenaran memporak-perandakan dua hati yang saling mencintai? Tetapi di sebalik itu ada satu lagi kebenaran yang lebih perit untuk Nadiene terima apabila orang yang paling disayangi dan dipercayai adalah punca segala malapetaka. Akan berdiamkah Ghazril atau terus mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik dia?
Nadiene Ameena… She’s my one and only mine!
Buku ini mengisahkan Ghazril yang penasaran dengan ghaib nya cinta hati yang dicintai sepenuh hati, Nadiene, kerana cinta pertama tidak mungkin dilupakan.. kehilangan Nadiene ke bumi Jepun diluar kotak pemikiran Ghazril. Dapat laki macam Ghazril ni, domineering pun tak pe dah. On ja! Setia, kaya, kacak, sayang gila kat Nadiene, apa ja yang dia tak bagi dan tak buat kat Nadiene tu. Haishh, beruntung Nadiene. Nadiene je yang asyik was was dengan kebaikan Ghazril.
Bila baca novel ni terasa macam baca novel mills and boon la pula. Best tak rugi beli. Gaya penulisan yang dewasa takde ayat-ayat yang kebudak-budakkan. Rasa tak cukup pulak hehehe! Selain itu, persahabatan Ghazril ..Hun dan Nasriq .. syok sangat! Love betul! Hero dalam novel ni mmg dominant. Dengan plot yang sangat menarik yang membuatkan saya tak letak buku ni and keep on reading, nak bagitahu memang terbaik la karya penulis ni! Watak yang lain juga interesting dan menyebabkan saya tertanya tanya, agak agak penulis ni nak lagi tak tulis novel tentang watak sampingannya itu.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com