[REVIEW] TAUTAN KASIH

TAUTAN KASIH OLEH RYANA ADRINA

Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta. Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan.


Irfan dan Athirah bercinta monyet ketika sekolah. Hubungan mereka terputus begitu sahaja bila Athirah ke SBP selepas MRSM dan Irfan ke UK selepas STPM.

Irfan kemudiannya bercinta dan berkahwin dengan Syazwani dan dikurniakan 2 orang anak. Mereka bercerai bila Syazwani sejak dari mula tidak menghiraukan suami dan anak2nya kerana ghairah mengejar cita2 sebagai seorang pengacara. Penceraian tersebut mendapat liputan meluas media dan Irfan disalahkan secara total. Irfan kemudiannya jatuh suka kepada Zuriani, setiusaha barunya. Bercadang untuk mengahwini Zuriani biarpun anak2nya tidak suka.

Athirah yang juga terlibat dalam bidang penyiaran (officemate Syazwani sebenarnya) telah bertunang dengan Danish. Akibat kesibukan si tunang, Danish curang. Athirah nekad memutuskan ikatan tersebut biarpun Danish berulang-kali merayu.

Dalam satu insiden, Athirah terserempak dengan ibu Irfan yang panik di Wad Kecemasan kerana anak Irfan diserang asma. Ikatan antara Athirah a.k.a Auntie Sya dan anak2 Irfan mula terjalin.

Niat Irfan untuk bertunang dengan Zuriani telah dipersetujui kedua-dua keluarga. Namun, ketika itu jugalah Irfan bertembung dengan Athirah di Langkawi. Dan kasih yang layu mekar kembali. Dalam satu pertemuan keluarga Irfan, Athirah dijemput sama. Irfan terkejut kerana Athirah dan Auntie Sya adalah orang yang sama. Athirah pula tergamam bila mengetahui Irfan dan Zuriani akan bertunang.

Penolakan anak2 ke atas Zuriani memberikan kekuatan kepada Irfan untuk memutuskan hubungan mereka. Zuriani yang kecewa berpakat dengan seteru sepejabat Athirah untuk memburukkan namanya di media. Malahan keluarga Athirah juga mula termakan dengan fitnah tersebut. Athirah dipaksa kahwin dengan bekas tunangannya, Danish.

Untuk mengelakkan perkahwinan tersebut dan juga untuk menyelesaikan masalah, Athirah bertekad untuk menyambung pelajarannya ke UK tanpa pengetahuan sesiapa. Irfan cuba memujuk Athirah dengan kiriman2 emailnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/97569/Tautan-Kasih