REVIEW ROH RUMAH SEWA

Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik.

Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa!


 

Bagi saya novel ini ada jalan cerita yang menarik dan misteri yang membuatkan saya terbayang ketika membacanya. Cerita nya membuatkan kita lebih ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di dalam rumah itu kerana pada permulaan cerita ini Rafael sering mengalami mimpi- mimpi pelik. Orang kampung mengatakan rumah itu berhantu tetapi Rafael tidak mempercayainya.

Terdapat bahagian yang seram yang buatkan saya meremang sehingga berasa terkejut jika ada orang tiba- tiba menyapa saya. Contohnya semasa Rafael mendengar bunyi tangisan bayi dan dia mengangkat nya sedangkan benda yang di pegang itu batu nisan.

Pada suatu ketika dia mahu merungkai rahsia yang di simpan di dalam rumah itu. Sifat ingin tahu Rafael mengatasi segala- galanya. Dia ingin memasuki bilik yang sudah sekian lama tidak dibuka dan telah dilarang oleh ketua kampung untuk mebukanya.

Tetapi Rafael dengan kawan- kawannya telah membuka pintu bilik itu untuk mengetahui apa yang ada di dalam bilik itu.Segala rahsia sudah terjawab. Bagi saya tak rugi jika membeli dan membaca buku ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/55687/roh-rumah-sewa