[REVIEW] Rayyan Ooo Rayyan

Rayyan Ooo Rayyan oleh Nurshaza

Rayyan Husaini terpaksa mengizinkan isterinya, Nur Aazeen Raihana mengikuti program kebajikan yang dianjurkan di Thailand dan juga Korea. Sekali gus, Rayyan lah yang harus mengambil tanggungjawab isterinya untuk menjaga anak-anaknya sepanjang ketiadaan Raihana.

“Apalah yayah ni… itu pun tak tahu…” – RIZQ AFHDAL

“Ibu semua tahu. Yayah je tak tahu…” – RAIS AAZAD

“Rais, Rizq tak baik cakap macam tu. Kan ibu dah pesan, ayah sibuk cari rezeki untuk kita. Kalau tak, kita tak dapat makan semua ni. Rais dengan Rizq pun tak dapat nak makan sedap-sedap. Minta maaf dengan ayah cepat.” – RAUF AKWA

Nak tersentap pun, anak sendiri. Nak buat macam mana? Terpaksalah Rayyan hadap kerenah anak kembarnya itu.

“Icha sayang ayah. Icha rindu ayah. Icha rindu ayah suap Icha makan macam dulu-dulu. Ayah janganlah cakap macam tu…” – RAISHA AMAIRA

“Aku minta maaf, Rayyan. Esok aku akan ke rumah baba kau. Maaf sekali lagi sebab dah buat hubungan keluarga kau huru-hara macam ni.” – DAFFA ZULKARNAIN

Eh, kenapa Raisha cakap macam tu dekat Rayyan? Siapa pula Daffa Zulkarnain?

“Tak apalah, abang. Silap saya sebab tak faham perasaan sakit abang tadi. Saya minta maaf. Anak-anak ibu, jom kita masuk tidur. Dah malam…” – NUR AAZEEN RAIHANA


Ebuku kalini yakni sambungan kepada I Love You 3000 menceritakan banyak pasal watak Rayyan sebagai suami dan bapa. Dalam ebuku kalini, penulis membawakan cerita Rayyan dan Raihana setelah mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Kiranya dalam usia lewat 30-an lah Raihana dan Rayyan ni. DAN, ada juga watak tambahan iaitu Daffa, sepupu Rayyan.

Dalam cerita kalini ia lebih kepada unsur kekeluargaan antara Rayyan sebagai bapa dan suami serta sepupu kepada Daffa. Jalan ceritanya lebih kepada insecurity Rayyan sebagai suami dan bapa. Dan pengajaran yang si tua Rayyan kena ambil dari perangai ciptaan dia. Cerita ni ringan dan simple saja. Sekejap baca pun boleh habis. Ebook mini tema raya. Bagi admin, admin suka ebuku ni sebab watak anak-anak Rayyan yang pelbagai karenah. Rauf dan Raisha lebih tua dan faham situasi berbanding si kembar Rais dan Rizq yang masih kecil dan cakap ikut sedap. Biasalah, budak-budak kan? 

Terima kasih penulis untuk karya kalini. Tajuk ebuku tu memang sesuai XD Rayyan ooo Rayyan. Pasal dia aje dalam ebuku ni. Sesiapa nak bacaan santai, boleh terus grab, klik je link kami sertakan di bawah.

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/344033