Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.
Merupakan novel kedua yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Murshid (RAM), dibawah terbitan oleh Alaf 21.
Ia sebuah novel yang mengisahkan Rusdi Salleh, seorang novelis sambilan yang telah diupah oleh Ursula,anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal Sabah bernama Tuan Gimbang,untuk mencari adiknya yang hilang iaitu Janet. Kehilangan Janet dikaitkan dengan kejadian-kejadian jenayah kejam di mana buah pinggang dan mata mangsa hilang. Tambah menggerunkan,kejadian ini turut dikaitkan dengan perbuatan Ranggau (Iblis/Syaitan). Novel ini unik pada saya.
Jalan cerita yang menggunakan 2 point of view yang berbeza iaitu pandangan orang pertama dan pandangan orang ketiga. Ending cerita yang agak lemah turut menjadi kelemahan novel ini. Pada pendapat admin, pengakhiran jalan ceritanya bersifat anti-klimaks dan kurang umpph.
Tapi overall, best cerita ni dan sesuai dibaca oleh mereka yang dahagakan novel thriller bahasa Melayu.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/81660/Ranggau