Rafique Azwar… lelaki yang digelar ‘mamat sejuk beku’ oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikapnya yang beku dan tidak pandai mengambil hati. Sehinggalah dia bertemu Dhamira. Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan. Dhamira… gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan hati. Hati yang disangka telah mati. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri. “Korang tak malu ke?… Aku bukan sekadar sakit mata tengok korang dengan tak malunya bersentuh-sentuhan depan orang ramai, tapi aku pun dah terpalit dosa jugak sebab benarkan perkara mungkar berlaku depan mata aku!” – Rafique Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan ‘hutang nyawa’ serta desakan Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Azam untuk menerima Rafique seadanya rupa-rupanya hanya di bibir sedangkan hatinya masih mengharapkan suaminya itu meluahkan rasa hati. Mampukah Dhamira menangani kecewa dalam hati? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintai dia sedangkan setiap perlakuan lelaki itu mencerminkan sebaliknya?
Novel Rafique’s Girl ini berkisahkan tentang kekeluargaan, kasih sayang sesama adik beradik yang sukar ditemui sekarang. Rafique, seorang abang yang dingin beku sukar bergaul dengan adik kembarnya kerana faktor usia yang menjarakkan komunikasi tersebut. Sudah biasa bergerak sendiri tanpa adik-adiknya menjadikan peribadi Rafique dingin beku. Kemunculan Dhamira yang kontras dengan peribadi Rafique sedikit sebanyak memberi kesan peribadi dingin bekunya. Hubungan Dhamira yang rapat dengan adik kandungnya Danial sering disalah erti oleh Rafique. Keakraban adik2 kembar Rafique bersama Dhamira dan Daniel menimbjlkan cemburunya. Kehadiran Damia serta bekas kekasih Dhamira dikenali sebagai Kuzim juga merangkap abang ipar Dhamira, menimbulkan warna dalam hubungan mereka. Dapatkah hubungan Jiwa antara Dhamira dan Rafique bertahan? Karya ini mementingkan kepentingan ikatan kekeluargaan serta saling mempercayai terhadap pasangan masing2.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com