REVIEW PENANAMAN BELINJAU

9789834615505-medium

PENANAMAN BELINJAU OLEH FAISAL ABDURRAHMAN

Di Malaysia, penanaman belinjau cukup terhad kerana kurangnya kesedaran masyarakat terhadap manfaat yang diperoleh daripadanya. Buku ini menerangkan dengan lebih lanjut semua aspek penanaman dan penjagaan berlinjau yang dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan penghasilan tanaman ini. Kandungan buku ini merangkumi pengenalan tentang belinjau, sifat tanaman, kaedah pembiakan, keperluan persekitaran dan pengeluaran buah. Turut disentuh dalam buku ini, tentang ekonomi pengeluaran dan pemasaran produk hiliran berasaskan belinjau. Diharapkan buku ini dapat memberikan kesedararan kepada masyarakat bahawa belinjau merupakan pokok yang mempunyai nilai komersial jika diurus denga baik dan teratur.


Sebuah buku yang menarik untuk dibaca sebagai pengetahuan umum dan untuk tujuan pembelajaran. Pokok belinjau sebenarnya mudah tumbuh di Malaysia memandangkan keadaan cuaca dan persekitaran yang sesuai dengan iklim kita. Cuma, dalam kalangan masyarakat kita, kurang pendedahan tentang tanaman belinjau ini. Sekiranya anda berminat untuk belajar cara menanam tananam ini, eBook ini merupakan satu manual penanaman yang boleh dijadikan panduan. Dimana, kaedah pembiakan dan proses penanaman ada diceritakan dalam eBook ini.

Antara produk yang terhasil daripada pokok belinjau ini ialah:

a) Biskut belinjau
b) Tepung belinjau
c) Keropok jejari belinjau

12798058_573123836170880_1080416948_n Emping keropok belinjau

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/80060/Penanaman-Belinjau