[REVIEW] NOTA

Seorang lelaki yang di kenali sebagai Ray yang suka menulis novel walaupun novel pertamanya tidak mendapat sambutan. Dia tidak mengalah dan masih mahu menjadi penulis. Dia yakin dia akan menjadi seorang penulis Berjaya. Jadi dia mahu menerbitkan novel yang baru dari kisah benar. Dia mahu menulis tentang seorang lelaki yang mati di bunuh oleh seorang wanita.

Jadi dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan wanita yang dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Dia sanggup menemui wanita itu di rumah sakit mental untuk mengetahui cerita yang sebenar. Setiap kali dia menemui wanita itu dia akan mendapat 1 nota. Tetapi wanita itu mengaku tidak membunuh lelaki itu. Ini menjadi tanda tanya kepada Ray. Adakah dia mahu percaya pada cerita orang gila dan adakah nota- nota yang dia dapat itu adalah cerita benar?

Bagi pendapat saya yang telah membaca novel ini, ia sangat menarik kerana saya sendiri merasa di manipulasikan oleh cerita ini. Ia membuat kan saya berfikir dan mahu mengetahui kebenaran nya juga walaupun ia agak sedikit pening untuk difahami.