[REVIEW] MY MR LOVE

My Mr. Love Oleh Cyda Yusof

Bercinta dan berkahwin dengan boss sendiri? Siapa sahaja yang tak pernah crush dengan boss sendiri. Lagi-lagi jika lelaki itu adalah Encik Zafril. Walaupun lelaki bergelar boss itu agak annoying pada Alya, tipulah Alya tidak mempunyai perasaan. Alya sama sahaja seperti gadis seusianya, pasti akan memandang dua kali tatkala melihat lelaki kacak. Alya; di usia 30 tahun, hidupnya yang bahagia tiba-tiba menjadi kucar-kacir apabila soal kahwin menjadi isu utama oleh keluarganya. Kehadiran Mak Ngah yang menjadi match maker, kedinginan Encik Zafril, Kehadiran Reez yang datang mahu kembali menyambung cinta, semuanya membuatkan Alya semakin buntu untuk memilih. “Oh Hujan bunga di Kuala Lumpur! Siapa bakal jodoh aku sebenarnya?-“- Alya


Harini admin nak buat ulasan buku My Mr Love oleh Cyda Yusof. Kalau anda semua perasan, min suka buat ulasan untuk buku daripada Cyda Yusof sebab buku dia selalu romantik macam ada selori gula tumpah. Sweet tahap potong kaki! Min kan memang lemah dengan cintan cintun ni hahahaha. Lagi satu, min tertarik betul dengan cover dia. Ala ala aesthetic gituuu! 

Okay, untuk penceritaan novel ni, cerita dia memang tersusun cantik flow dia. Tapi sampai kat plot tu, memang min baca dalam keadaan yang ketap gigi (boleh bayang tak) hahahha. Bukan sebab apa, sebab geram dengan si Reez yang entah dari mana muncul balik. Bagi min, dah ex tu ex je lah! Dah terlambat nak menyesal! Uish tenang tenang hahahaha. Sorry min ter-in character pulak! Min sensitif! Hihi.

Novel ni kisah dimana seorang gadis yg berumur lingkungan 30-an yg tidak kisah tentang jodohnya tetapi orang disekelilingnya yg ingin menetapkan jodohnya…..jadi Alya pening dan tak tahu nak buat keputusan. akhirnya siapakah pilihan alya?

Bagi min, novel ni sesuai untuk semua lapisan umur sebab rasanya tiada babak yang agak ‘daring’ dalam novel ni. So, semua orang okay je untuk baca. Tambahan pula, banyak pengajaran yang boleh kita jadikan contoh dalam kehidupan kita.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/346819