“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.
Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”
Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.
“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?”
Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.
“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…”
“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”
Ah, ni sial.
Cerita dalam buku ini “not bad” masih boleh di terima akal walaupun ceritanya agak pelik, misteri dan keliru sedikit. Ia membuat kita berfikir. Ia mengenai dunia yang manusia tidak boleh nampak atau masuk tanpa bantuan sihir. Secara ringkasnya “unseen world” dan kepercayaan kepada demon.
Begitu lah yang terjadi kepada 7 orang kawan yang pada mulanya hanya mahu pergi bercuti tetapi telah terperangkap di dunia asing dan aneh yang di rancang oleh kawan mereka sendiri. Hanya kerana mahu menghidupkan kekasih nya dia mahu mengorbankan nyawa kawan- kawannya. Di dunia asing itu mereka perlu menempuh pelbagai kejadian pelik dan ngeri.
Walaupun itu hanyalah imaginasi tetapi ia boleh jadi sesuatu yang sangat menakutkan. Selain itu, ia menunjukan nilai persahabatan yang kuat. Dalam keadaan terdesak pun mereka tidak hanya menyelematkan diri sendiri. Mereka masih fikir keselamatan satu sama lain.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/57898/mereka