REVIEW MENGUKIR BAHAGIA

9789831243633-medium-1

MENGUKIR BAHAGIA OLEH HANI FAZUHA

BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.” Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?


Hubungan baik yang berlangsung di antara kedua ibu bapa Natasya dan Zahim Iskandar (Zahim) mengikat mereka sedari kecil. Alasannya, ibu bapa Zahim mahu membalas budi keluarga Natasya yang pernah membantu dan bergolok gadai semasa mereka mahu memulakan perniagaan.

Namun, bila sampai masa mereka mahu disatukan Zahim memberontak. Natasya ditinggalkan semasa majlis persandingan mereka. Pentingkan diri sungguhlah si Zahim ni. Paling menyayat hati bila Natasya kehilangan ayah kesayangannya semasa pertengkaran hebat antara Zahim dan kedua ibu bapa mertuanya. Kecewa dengan apa yang melanda dirinya, Natasya membawa dirinya merantau mencari pengalaman.

Selepas empat tahun, Natasya berjaya membina kerjaya dan bagaikan sudah tersurat yang Natasya bakal bertemu kembali dengan Zahim. Perjalanan waktu tak pernah merubah rasa sakit yang dialami Natasya. Sungguh pun Zahim dibenci dan didendami, Natasya tak mampu menolak ‘rasa’ yang tersimpan dalam hati buat suami. Marah macam mana sekalipun suaminya itulah yang dicintai. Atas rasa yang ada berserta tanggungjawab yang tergalas, mereka kembali bersama.

Secara keseluruhan, haishh.. Geram nye lahai dengan cerita ni. Kalau tanya admin. Rasa nak tonyoh2 je dengan watak dalam ni. Tapi kalau readers suka membaca cerita yang bercampur rasa ni, inilah cerita yang paling sesuai untuk anda duga keimanan anda! Haha. Tapi serious. Geram!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/81374/Mengukir-Bahagia