NUR AIN… Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon. AHMAD FUADI… Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami. “Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain “Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi “Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain “Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” – Fuadi. Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa. “Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain “Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia? Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. – Ain Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. – Fuadi
Bagi admin, novel ini memang wujud perasaan marah dan beremosi bila baca. Pada permulaan bab ini, kisah jodoh antara Ain dan Fuadi sangat mudah dan terurus. Tetapi pelbagai konflik yang berlaku selepas mereka melayari alam perkahwinan. Kehadiran Sofea, seorang isteri yg telah kematian suami tercinta, dia patut faham perasaan seorang isteri yg dah bersuami tapi mcm takde suami (Ain and Fuadi). Dia asyik berkepit dengan Fuadi suami si Ain. Si suami, Fuadi bagi admin Fuadi ni seorang suami yang dayus dan tidak bertanggungjawab. Kerana amanah, dia sanggup menipu isterinya bahawa Sofea adalah isterinya juga asalkan dia dapat menjaga Sofea dan Danish on behalf of arwah suami Sofea. Malah dia lebihkan Sofea lebih drpd isterinya, Ain. Dan watak Ain yang sangat mudah memaafkan dia terpaksa akur dgn arahan suaminya. Banyak makan hati, difitnah oleh suami sendiri sehingga dia minta cerai. Dapatkan Ain lari dari masalah ini? Mampukah dia bertahan? Dapatkan segera buku ini di https://www.e-sentral.com/ kerana ada promo sehingga esok!!
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/273525/jodoh-untukku