[REVIEW] JJAJANGMYEON GIRL

Jjajangmyeon Girl Oleh Anis Adanan

Nuha seorang remaja yang hidup berprinsipkan kejayaan hadir seiring dengan usaha yang tidak pernah putus. Dia ingin menyertai slot jualan anjuran sekolah untuk Hari Usahawan tetapi hasratnya itu tersekat selepas dia mendapat tentangan dari ibunya.

Jjajangmyeon adalah menu pilihan Nuha untuk jualan Hari Usahawan dan bercadang untuk membuat sesuatu yang istimewa. Ini tentunya tidak disenangi oleh Huda dan Mia yang juga dikenali sebagai The Duos. The Duos menyukarkan lagi perjalanan Nuha untuk mengecapi apa yang dihajati.

Dapatkah Nuha merungkai rahsia di sebalik tentangan ibunya itu dan menepis rancangan jahat The Duos? Langkah permulaan sudah diatur untuk meneruskan misinya menyertai slot tersebut. Apa kena-mengena The Duos dengan ‘kerja gila’ Nuha?


Haaa kali ni, min pilih novel yang comel comel je. Kfans mesti tahu jjajangmyeon tu apa kan? Memang famous betul makanan ni. Tapi, kalau taktahu tu, maksudnya dia bukan kfans la tu. Drama Korea terlalu suka makan jjajangmyeon sampai penonton pun rasa terliur dan nak cuba benda tu. 

Novel ni sangat sangat sesuai dibaca oleh remaja sebab obviously ni cerita tentang budak sekolah. Min je tak sedor diri dah jadi remaja purba hehehehe. Min suka baca novel comel comel gini sebab boleh fefeeling muda gitu. Novel ni menceritakan tentang seorang remaja yang masih bersekolah yang mempunyai prinsip yang kuat seiring usaha. Dia bercita cita untuk menjual jjajangmyeon pada Hari Usahawan sekolahnya.

Namun, cita citanya terhalang dek kerana mendapat tentangan dari ibu bapanya. Dia teringin untuk menjual jjajangmyeon pada Hari Usahawan sekolahnya. The Duos, yang tidak senang duduk, menyukarkan lagi jalan Nuha.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349058