ESENTRAL DI BOOK EXPO AMERICA 2013

Image

Penyertaan eSentral di Book Expo America 2013 merupakan kali pertama untuk portal tempatan ini mempamer di benua Amerika Syarikat. Book Expo America yang berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun 2013 ini diadakan di Javits Center, New York City.

Penyertaan di Book Expo America ini bertujuan untuk membuka pasaran global kepada pasaran Asia Tenggara. Dengan penyertaan ini, dijangkakan lebih banyak ebuku yang akan dijual di portal eSentral. Untuk penggemar buku-buku Inggeris dari pasaran luar, nantikan kemunculan buku-buku Inggeris “bestseller” di portal eSentral tidak lama lagi.

altAs_aaq1U5HTLlTtSDmR96NxudDvPmOHWiuzAm9a68nby_jpg