[ REVIEW ] JASAD

EBUKU JASAD OLEH EQBAL MOHAYDEEN

EBUKU JASAD OLEH EQBAL MOHAYDEEN

Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu.

Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?


 

Ulasan untuk buku ini, jalan cerita yang di sampaikan sangat menarik dan tidak bosan membacanya. Dalam buku ini ada pelbagai cerita seram antara nya hantu askar jepun, santau, hospital, hijab dan puaka. Ia berkaitan halusinasi dan alam realiti. Kita boleh membayangkan situasi yang di gambarkan dalam setiap cerita. Cerita nya agak seram dan membuatkan kita tertanya- tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Ada bahagian cerita yang agak sedikit tidak logik tetapi dalam dunia ini tidak ada yang mustahil dengan keizinan Allah. Cerita dalam novel ini bukan setakat seram, ia juga memberi banyak pengajaran, keinsafan dan mengajar kita tentang erti kematian. Di petengahan cerita kita dapat mengagak apa yang berlaku tetapi lain yang berlaku di akhir cerita. Jadi kesimpulan nya novel ini mempunyai iktibar yang kita boleh ambil untuk kehidupan kita.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/55858/jasad