[REVIEW] Hello My Twin

Hello My Twin oleh Sharina Elisa

Hana dan Risya, pasangan kembar tidak seiras. Bukan rupa mereka sahaja tidak sama, malahan sikap serta perwatakan mereka juga berbeza.

Risya adalah pelajar harapan sekolah manakala Hana digelar si dungu yang hanya mahir dalam subjek yang melibatkan pengiraan. Kekurangan itu menyebabkan dia tercampak ke kelas belakang sehingga dicemuh oleh rakan-rakan Risya yang tidak pernah tahu bahawa kedua-dua beradik itu adalah kembar.

Seorang di kelas atas dan seorang lagi di kelas bawah.

“Kalau semua buku yang dibaca selama ini pandai bercakap, mungkin mereka marah saya asyik baca tetapi tidak faham-faham apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkin juga ini takdir saya, takdir si dungu” – Hana.


First perception admin, admin ingat ni komik ya. Sebab cover bukunya XD

Bila admin baca, admin seakan terimbau zaman muda hahaha. Sebab ni koleksi bacaan remaja dari PTS yang penuh dengan teladan. Ebuku ni mengandungi pelbagai watak yang baik, yang jahat, yang berubah menjadi baik dan sebagainya. TAK SAH novel remaja seperti ni tanpa drama! Kalau takde drama bosanlah nak membaca, kan?

Ebuku ni menceritakan kisah kembar Risya dan Hana yang jauh beza bagaikan langit dan bumi. Mereka sering dibanding-bandingkan. Seorang pandai, yang seorang pula lemah akademik. Dalam kisah ni, diceritakan bagaimana pasangan kembar ni belajar menerima antara satu sama lain. Susah ya, bukan senang! Mereka bukanlah kembar yang rapat. Dalam setiap ujian yang datang, barulah mereka lebih faham sikap kembar mereka, baru mereka boleh terima satu sama lain. 

Admin tak menyesal baca novel remaja ni. Dapat mengimbau kenangan dan rasa muda sekejap. Hakikatnya hidup sebagai pelajar ada saja dramanya. Walau bukan buatan kita, dengar orang punya drama pun seronok kan? 😉 

Selain tu, admin cukup suka yang novel remaja seperti ini packed dengan nilai moral. Banyak pengajaran yang boleh diambil khususnya buat para remaja. Zaman remaja adalah zaman yang terumbang-ambing untuk cari identiti diri. Semoga anda jumpa identiti diri yang baik, dan jangan lepaskannya. 

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/344032