REVIEW HALALKAH MAKANAN KITA?

9789673662647-medium

HALALKAH MAKANAN KITA? OLEH DR. SAADAN MAN & ZAINAL ABIDIN YAHYA

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.


“Maka sesiapa yang menjaga diri daripada perkara syubhah, maka dia sudah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, dia akan jatuh ke dalam perkara haram.”

Bagi admin, buku ini merupakan satu buku yang bagus kerana ia menerangkan mengapa dan apa makanan yang halal untuk dimakan. Selain daripada itu, ia juga diperkukuh dengan hujah- hujah dalam al- Quran. Ia memberikan gambaran sebenar. Sebagai contoh syubhah. Apa yang menyebabkan daripada syubhah jatuh kepada haram. Selain daripada itu, yang admin suka mengenai buku ini ialah, ia boleh dijadikan rujukan mengenai QA & QC dalam industri makanan.  Terdapat juga informasi mengenai undang- undang mengenai pembuatan makanan dan cara penghasilannya.

Pendek kata kandungan yang bermutu, penuh informasi dan disokong dengan matan quran dan rujukan yang sahih. Cukup membantu memberi gambaran konsep halal dan aplikasi seharian secara holistik..

Selamat menambah ilmu pengetahuan readers!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/16538/halalkah-makanan-kita