[REVIEW] Duda Klang Valley

Duda Klang Valley oleh Chempaka Lyana

DIA DELAILA; seorang perempuan yang berpewatakan agak lasak bak tomboi, pandai masak, mencabar secara berseloroh tanpa fikir natijahnya.

Dia Fard Arjuna; seorang duda yang agak dingin, sukar senyum, pendiam, yang akhirnya jatuh cinta dengan pencabarnya sendiri.

Segalanya bermula di suatu petang, selepas sahabatnya, Wardina membocorkan satu rahsia mengenai abang sulung; Fard Arjuna kepadanya.

“Gini ajelah, kalau lagi empat bulankan, aku masih juga single dan abang kau pun masih berstatus duda trang tang-tang aum cak-cak dan dia tak bercadang langsung untuk rujuk balik dengan bekas isteri dia semula dannn bekas isteri dia pun confirm-confirm tak gila talak, kau beritahu abang Arrrjuna tapa kau tu masuk minang aku aje, habis cerita.” Selorohnya bersulam ketawa mengekek sikit punya kuat dengan harapan dapat melihat senyuman di wajah Wardina segera bertukar. Dia cuba ubah mood stres perbualan kembali ceria.

Apa jadi setelah cukup empat bulan…

“Angkatan aaapaaa?” terbeliak biji mata Delaila mendengar ayat penerangan maknya sebentar tadi. Rasa macam gempa bumi dah di sekitar meja makan ni.

Kau tahu apa itu cinta? – Duda Klang Valley

Tak. – Delaila

Jadi hargai aku yang dah mula jatuh cinta pada kau sekarang ni. Selamat malam. – Duda Klang Valley

Kalau betul sayang gila, naturalis nya kau bisa lepaskan segalanya dan biar dia bahagia sepenuhnya; Itu tanda cinta kau sebenar-benarnya; Biarpun dia tidak tahu… – Caption; Instagram @delaila.husin

Caturan ku mudah; Aku King. Kau Queen. Tiada lagi Crush mulai esok, kecuali Pawn. Jangan kata abang tak warning! – Caption; Instagram @dudaklangvalley


Min terhibur sangat baca novel ni. Penulisan santai dari penulis boleh buatkan Min terbayang-bayang gaya percakapan watak-watak dalam novel ni. Contohnya macam dalam sinopsis: 

“Angkatan aaapaaa?” terbeliak biji mata Delaila

Min pun turut baca ikut harakat sekali hahahahha. Dan dalam novel ni juga banyak bahasa-bahasa orang zaman sekarang! Banyak Min belajar dari novelis ni istilah-istilah baru orang zaman sekarang guna.

Pada mulanya Min geram sangat dengan si Fard ni. Perangai dia Ya Allah! Beku betul! Patutlah tak mahunya Del dengan dia. Nak-nak bila Ghani pun tunjuk yang dia suka kat Del. Lagilah tak nak Del pandang si Fard tu. Del dan Fard ni macam buku bertemu dengan ruas tau. Dua-dua degil dan melawan. Nasib baik ada Wardina jadi orang tengah.

Tapi lama-lama, Fard belajar untuk lebih mengekspresikan perasaan dia. Dah dapat awek minah becok, pandai bercakap, kena la ikut rentak dia. Nampak la romantik seorang Fard tu. Dia cuma tunjuk kat Del je. Dan kuat cemburu jugak si Fard ni. Del pun apa kurangnya. Nak jugak suka si Ghani padahal dah tunang dengan Fard.

Min rasa novel ni banyak mengajar tentang maksud sebenar ayat “Kita nakkan sesuatu tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita”. Fard kahwin dengan ex-wife dia atas pilihan dia sendiri. Sebab dia berkenan yang Yuna tu ada sifat keperempuanan, sebab dia model. Cantik dan seksi gitu. Tapi lepas kahwin baru Fard tahu, banyak kekurangan si Yuna ni. Masak tak pandai, tak nak ada anak, melawan ibu mentua dan banyakkk lagi. Tapi lepas dah cerai dan sejak dare si Del, Fard terbuka mata hatinya dan nampak sisi baik kenapa Del calon terbaik untuk dijadikan isteri yang boleh disimpan sepanjang hayat. Del pandai masak, hormat orang tua dan kerja keras. Kerja runner pun dia tak kisah asalkan halal. Dan orang tua Fard bagi lampu hijau kalau Fard nak jadikan Del isteri. Cuma…. Del macam tomboi, kasar dan tak reti berhias. Ada masa-masa yang novelis tunjukkan Fard terpesona dengan kecantikan Delaila. Dah kalau cantik tu tersorok dengan perangai tomboinya tu, dengan rambut berikat, mana nak nampak ye dak?

Novel ni ringan-ringan je, mudah faham storyline. Tak berat dan banyak konflik. Konflik sedia ada pun dah geram dah dengan si ex-wife tu. Tambah pulak dengan Saleha. Pandangan Min, cukup dah novel ni. Dengan konflik, dengan bahagian happy nya. *chef kiss*. Sebab Min minat baca novel yang ringan-ringan je dan tak banyak konflik. Siapa belum baca, boleh lah grab. Enjoy watak-watak sengal dalam novel ni pada masa lapang.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/338316/Duda-Klang-Valley