[REVIEW] Darjat Cinta

Darjat Cinta oleh Dilla Ahmad

“Her name is Amandalah, Ku Zarif!” – Eric

“I don’t care what her name is, Eric. Dia ni pernah kena tipu. Kena aniaya. Tapi tak serik lagi. Lepas tu I pulak yang kena bayar ganti rugi luka dia. I macam tak percaya yang dia boleh buat kerja macam ni…”- Tengku Zarif

“Dah tak ada kerja lain ke kat dalam dunia ni sampai you sanggup buat kerja macam ni, Cik Amanda? Suka sangat ke tayang badan tu?”- Tengku Zarif

Sebenarnya kisah ini antara Tengku Zarif Shah, pewaris konglomerat PUTRA HOLDINGS dan Amanda Zara si pelayan kelab malam. Logik? Tidak ada yang logik dalam kisah cinta mereka. Pelik? Pun tidak.

Dia pernah selamatkan si gadis. Namun, gadis itu masih sama. Tak ada apa yang berubah. Cantik dan seksi. Dia tidak tahu apa yang gadis itu cari dalam hidupnya. Manakala dia pula terkurung dengan pilihan keluarga.

Ku Zarif tak tolak kata hatinya yang sudah mula menyukai Amanda biar pun dunia tahu siapa gadis itu. Dia tidak kisah dan dia takkan peduli. Itu janjinya pada Amanda. Kerana itu, Amanda menerimanya sebagai suami.

Bahagia? Itu pasti. Amandalah segalanya. Sehinggakan dia sendiri terlupa yang Amanda juga punya hati. Pada dunia dia berjanji akan melindungi si isteri biar pun mereka mencaci.

Suatu hari, dia kalah. Dia kalah pada janji sendiri.

“You fight for her. You stand by her. But now, when you have her, you ignored her. Just because she doesn’t fit into your society. Stupid!” Ayah Ku

Amanda, kau gadis kampung yang melangkah ke kota raya untuk menyara ibu dan adikmu. Kau korbankan kudratmu untuk sesuap nasi. Cuma, jalan yang kau pilih itu salah. Dan dia, Ku Zarif telah membawamu ke suatu dunia berbeza. Di situ ada bahagia yang kau impikan. Dan di situ juga ada darjat cinta yang tak pernah kau fikirkan.

Kau tahu langit itu jauh dari bumi. Mengapa kau masih ingin menggapai bintang?


Admin excited nak review ebuku ni. Secara peribadinya kerana Dilla Ahmad dah jadi penulis feveret admin. Dan seterusnya, kerana admin memang serious enjoy cerita ni dari karya Dilla Ahmad yang lain. Boleh teruskan membaca untuk tahu kenapa.

Pertama sekali, admin suka pada pertemuan mereka, Zarif telah pun insaf dan Amanda pula masih terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan. Zarif terbuka hati nak bantu Amanda dan ajak Amanda bekerja dengan dia untuk dapatkan sumber pendapatan yang lebih halal dan selamat. Hubungan majikan-pekerja selepas tu bertukar kepada kekasih dan akhirnya suami-isteri. Selama berkawan mereka dah kenal sisi baik-buruk masing-masing. So they know what to expect. 

Kedua, kalau anda baca karya Dilla Ahmad yang lain, heronya agak sengkek. Tak kenal halal haram semua. Tapi dalam Darjat Cinta, Zarif dah insaf. Kisah lalunya masih diceritakan. Tapi yang penting, dia dah tak berperangai macam tu. Amanda pula, perempuan yang baik, tapi disebabkan desakan hidup, terpaksa kerja di kelab malam untuk cari pendapatan lebih. TAPI, dia masih pandai menjaga diri. Untuk admin, karya kalini tiada aksi nakal menyakitkan hati dari heronya yang tak reti jaga batasan hubungan.

Bagi admin, ebuku ni cukup rempah dan rasanya. Ada watak-watak langau yang mengganggu hubungan Zarif dan Amanda. Dan bukan seorang ya hehehehe. Dan konflik-konflik lain yang melibatkan keluarga Amanda dan keluarga Zarif juga.

Rumah tangga diuji itu biasa. Zarif dan Amanda pun tak terlepas dari diuji. Pekerjaan lama Amanda sebagai pelayan kelab malam adalah sesuatu yang Amanda nak sorokkan. Salah satu sebab kenapa Amanda tolak Zarif pada awal Zarif melamar dia. Keluarga Zarif adalah keluarga ternama dan disegani. Jadi Amanda tak mahu terpalit nama busuk pada keluarga tersebut. Sebab lain adalah kerana darjat mereka. Amanda tinggal di kampung tapi berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki dan bantu keluarganya. Zarif pula memang datang dari keluarga yang kaya. Zarif sendiri adalah CEO di syarikatnya. Nampak tak perbezaan mereka? Seorang bekas pelayan kelab malam yang diangkat jadi isteri, bolehkah mereka bertahan? Kalau ada yang busuk hati menjaja cerita macam mana?

Seronok baca review admin? Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/338155/Darjat-Cinta