Kami baru sahaja selesai dengan Bengkel Penerbitan Digital dan Pembinaan EPUB di Perpustakaan Kuala Lumpur. Dan seronok kami dapat berjumpa dengan penulis dan juga penerbit. Daripada itu, timbul satu buah fikiran yang ingin saya kongsikan di sini.
Kami di E-Sentral.com mengharapkan lebih ramai penulis-penulis bebas di luar sana untuk menulis ebook-ebook ringkas dan padat. Sebagai contoh, ini mungkin travelog ringkas tentang pengalaman bercuti di luar bandar Johor seperti Batu Pahat, Mersing dan Pontian. Mungkin juga ianya pengalaman anda melancong menggunakan bas lompat dari satu pekan ke pekan lain di Perak.
Saya pernah bersembang dengan kenalan “backpackers” luar negara dan mereka berminat untuk menerokai kawasan luar bandar Malaysia namun tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenainya.
Selain daripada itu, panduan-panduan khusus berdasarkan pengalaman peribadi juga topik yang baik. Ianya boleh merangkumi topik-topik seperti “Panduan Memborong Pakaian Di Jalan Kenanga” atau juga “Panduan Pemasangan Android TV untuk Kerja dan Hiburan”. Ada banyak lagi bidang topik yang anda boleh terokai seperti hiburan, teknologi, bisnes, ilmiah, gaya hidup, seni, dan lain-lain lagi.
Pemilihan judul juga penting. Mungkin judul seperti “Borong, Jimat dan Untung di Jalan Kenanga” lebih menarik daripada “Panduan Memborong Pakaian Di Jalan Kenanga”
Buku-buku seperti ini tidak perlu begitu komprehensif. Penulis boleh berterus terang dan menyatakan yang ia adalah hasil daripada pengalaman peribadi, dan juga sebuah panduan yang sangat khusus. Yang penting ianya memberikan maklumat yang dimahukan oleh pembaca. Lebih baik lagi sekiranya ia membantu dalam satu permasalahan yang khusus.
Dari aspek pembaca pula, mereka online casino dgfev mahukan penulis terus terjun ke topik yang diceritakan dan memberikan panduan langkah demi langkah. Ruang “perbincangan” boleh dikurangkan atau mungkin diletakkan di bahagian belakang beserta rujukan-rujukan lain untuk maklumat lanjut pembaca.
Dari segi berapa panjang ebook tersebut, kalau sebuah kertas A4, saya anggarkan dalam 40 ke 50 mukasurat dengan font bersaiz 12pt. Kalau jumlah patah perkataan, mungkin di antara 20,000 hingga 25,000 sahaja.
Bagi seorang penulis professional, ini sangat mudah dilakukan dalam satu malam sahaja. Yang kurang pantas sedikit, mungkin dalam satu hujung minggu. Dan bagi kebanyakan kita, menulis sebuah ebook ringkas sebegini adalah tidak mustahil disiapkan dalam seminggu.
Sebuah buku sebegini sangat mudah ditulis dan disiapkan, maka saya perlu mencadangkan anda mula menulis sebuah siri pula.
Ini bagus untuk pembinaan jenama anda dan buku-buku baru yang bakal dilancarkan. Yang menariknya dengan penerbitan digital dan industri ebook, anda tidak perlu menyiapkan kesemua buku dalam siri anda sekali gus. Anda boleh mula menulis sebuah buku seminggu, dan mempunyai sebuah siri dengan 52 buah buku dalam setahun. Baiklah, sekiranya anda menulis sebuah buku setiap 2 minggu, anda masih mempunyai 26 buah judul di pasaran. Bahkan 10 judul juga satu pencapaian yang hebat bagi seorang penulis sambilan.
Maka saya seru dan menjemput penulis bebas, penulis baru untuk mula menulis dan menghantarnya ke E-Sentral.com. Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan, boleh hubungi kami. Maklumat kami ada di E-Sentral.com. Anda juga boleh menggunakan borang di bawah untuk menyatakan apa-apa cadangan dan juga berbincang mengenai entri saya kali ini.
Sememangnya kami sentiasa bekerja keras bersama dengan penerbit-penerbit dan penulis bebas untuk meningkatkan lagi industri ebook di Malaysia.
Selamat mencuba dan selamat maju jaya.
Salam,
Saya ingin cuba untuk menulis ebook. Untuk pasaran terbuka dan antarabangsa.
Bagaimana nak mula
Di E-Sentral, kami menjual ebook dalam format EPUB. Maka apabila menulis ebook, Tuan boleh memberi kami dalam format tersebut. Format EPUB juga diterima oleh iBooks, Kobo dan Amazon Kindle untuk penjual ebook dengan platform mereka. Sebenarnya E-Sentral.com juga adalah agen ebook untuk mengedaran ke iBooks, Kobo dan Amazon Kindle. Tetapi untuk pengedaran antarabangsa ini, hanya ebook berbahasa Inggeris sahaja yang diterima.
Untuk maklumat pembinaan ebook dengan format EPUB: http://blog.e-sentral.com/bagaimana-membina-epub-anda-sendiri/
Untuk pendaftaran penerbit baru di E-Sentral.com : http://publisher.e-sentral.com/
Saya penulis bebas dan memiliki satu manuskrip Travelog Dakwah Penulis Bebas : Transformasi Blog ke Buku yang mahu diterbitkan secara e-book. ia suatu pengalaman daripada saya mula menulis artikel di majalah sehinggalah menjadi penulis buku. Tuan berminat untuk menerbitkan ia sebagai e-book?
Di E-Sentral.com, penulis boleh menerbitkannya dan menjualnya melalui E-Sentral.com. Mungkin juga ramai yang keliru bahawa E-Sentral.com adalah penerbit. Ringkas cerita, E-Sentral.com lebih mirip kepada kedai buku daripada penerbit.
Sekiranya berminat untuk menerbit eBook sendiri, saudara boleh ke laman berikut untuk mendaftar:
http://publisher.e-sentral.com
Sekiranya mencari penerbit untuk menerbitkannya, saudara boleh cuba hubungi PTS, KarnaDya, MustRead atau yang lain-lain.
salam,
saya kurang faham tentang satu perkara..sy tidak jumpa maklumat tentang cas yg dikenakan..macam amazon mereka ade mengenakan cas kpd publisher..bagaimana denga esentral..berapa cas yang dikenakan?
salam,
anda boleh rujuk http://publisher.e-sentral.com/auth/register_self_publisher
terma & syarat menyatakan perkongsian 50-50. terima kasih.