Memperkenal Majalah Interaktif Daripada E-Sentral: Dashboard, Cube, Dinar & Dirham dan Life is Beautiful

digimag-fb

Mungkin ada di antara kalian yang sudah perasan. E-Sentral.com sudah menerbitkan beberapa judul majalah interaktif di bawah jenama Digimag. Majalah interaktif bukanlah sesuatu yang baru. Namun dengan Digimag, E-Sentral cuba untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi dengan format sedia ada.

Sekarang ini, tidak hairan bagi sebuah majalah interaktif bersaiz antara 100MB hingga 500MB bagi senaskhah. Bila difikirkan kembali, ini tidak masuk akal kerana akan mengambil masa yang panjang untuk dimaut-turun. Apatah lagi dengan hanya menggunakan internet 3G di telefon ataupun tablet. Malahan, dengan saiz yang begini besar, ianya akan memakan ruang storan yang besar di peranti.

Judul-judul di bawah Digimag menggunakan teknologi yang berbeza, hanya bersaiz di antara 5MB hingga 20MB bagi senaskhah. Walaupun bersaiz lebih kecil, ianya masih menawarkan ciri-ciri interaktif yang menarik untuk pembaca. Pembaca boleh menonton video, mencuba permainan, melihat galeri gambar-gambar dan lain-lain.

Mungkin agak terlewat untuk pelancaran rasmi kerana majalah-majalan ini sudahpun berada di E-Sentral.com sejak beberapa minggu lalu. Namun, biarlah kami menulisnya secara rasmi di blog ini sekarang. Berikut adalah judul-judul majalah interaktif di bawah jenama Digimag, terbitan E-Sentral.com

Life is Beautiful (LiB) – merangkumi topik-topik berkaitan wanita, fesyen, pelancongan dan kehidupan secara am.

Dashboard – menawarkan pembacaan menarik mengenai dunia kereta dan permotoran

Cube – memberikan ilmu tentang teknologi dan masa hadapan dari perspektif yang berbeza

Dinar & Dirham (DD) – mengajar pembaca tentang kewangan, perbankan, pelaburan dari sudut Islam

[ Cubalah Digimag sekarang