Mari Mengulas eBook – Ciri Baru Di Portal eSentral

Hari ini, eSentral telah menambah satu ciri baru di portal iaitu ulasan. Kini, pembaca boleh memberikan ulasan ebook yang mereka baca. Dan pastinya secara kolektif, ini akan membantu pembaca lain dalam membuat keputusan untuk membaca ebook tersebut.

Ciri-ciri lain sedang dirancang dan dibina untuk memberikan pengalaman terbaik untuk pembaca. Kami berharap akan dapat membaca ulasan saudara dan saudari. Malah maklumbalas untuk ciri baru ini, ataupun apa sahaja cadangan sedia kami pertimbangkan.